FOLLOW

Sunday, 20 May 2012

SEJARAH ZINE 2#

ZINE 2#



 Seperti apa yang aku postkan di entri pertama tentang sejarah zine,zine adalah sebuah buku penerbitan bukan profesional,dan pada permulaan perbentukan sejarah zine ianya berbentuk ilmiah dan dan juga berubah ke arah muzik didalam revolusi.ianya diterbitkan secara underground,mungkin juga ada yang tidak paham dan tidak pernah mendengar tentang zine dengan lebih teperinci.dan didalam entri kali ini akan aku terangkan secara keseluruhan tentang sejarah zine di malaysia,mungkin akan lebih senang difahami.seperti entri pertama jugak selepas zine mengalami revolusi macam zaman dinasour, binatang di dalam air dah jadi binatang berkaki empat di darat pulak,orang putih kata.tapi hal tu tidaklah benar manapun,dan berbeza dengan revolusi zine sebelum menjadi gerakan dan tertumpu kepada muzik sahaja.orite lepas aku riview pasal sejarah zine ni jangan kata aku ni pengkaji sejarah atau ahli arkeologi pulak,sebab aku tak lah cerdik nak jadi pengkaji sejarah atau kedua-duanya kahkahkah! 

ZINE UNDERGROUND DI MALAYSIA#


 zine pertama buatan malaysia dipercayai bermula dari terengganu iaitu zine punk yang bernama HURU-HARA yang diterbitkan pada tahun 1986 dan ditulis oleh MAMAT HITAM di dalam dialek pantai timur.beliau tidak menyebarkan zine tersebut kepada umum dan hanya berkongsi dengan kelompok rakan-rakannya sahaja,masa ni zine kat malaysia tak meluas lagi.tahun berikutnya pada 1989,muncul lagi sebuah zine yang bertajuk AEDES yang ditulis oleh JOE KIDD iaitu salah seorang penulis terawal bagi zine muzik underground di malaysia,ha masa ni lah malaysia ada zine pertama tentang muzik.di dalam zine aedes tersebut,beliau menampilkan cerita-cerita mengenai scene punk,hardcore dan metal tempatan serta luar negara.tapi sayang zine aedes berakhir pada tahun 1996,aku juga sebagai penulis blog ni agak tak paham kenapa dia berenti menulis,mungkin dah hilang minat atau aku pun tak tau sebab apa.menurut tuan empunya dan merangkap penulis zine aedes joe kidd,perkara yang mendorong beliau menghasilkan sebuah zine ialah selepas mendengar cerita tentang kewujudan zine-zine punk dari majalah muzik mingguan di british seperti NME(NEW MUSICAL EXPRESS),SOUNDS,MELODY MAKER dan lain-lain pada sekitar tahun 1979 dan 80-an.kemudian,beliau berjaya memiliki beberapa zine punk seperti (SEARCH AND DESTROY,MRR,FLIPSIDE,RAISING HELL,ACROSS THE GREAT DIVIDE dan ARTCORE ) dari luar negara hasil daripada kiriman rakan-rakan beliau dari US,EROPAH DAN ENGLAND. 
selain zine aedes,muncul juga zine TRASH ATTACK yang hanya dikeluarkan sehingga isu ke lapan sahaja dan selepas itu AZIZ(PENULIS ZINE THRASH ATTACK) meyambungnya dengan zine VORTEX FROM THE EAST.mujur penulis zine thrash attack si aziz ni tak berenti menulis macam joe kidd penulis zine aedes tu. 
Selain itu,sebuah zine dari ipoh iaitu KRENMAUT yang diusahakan oleh SAM(BENTARA-LANGSUYR),AJAK dan BEARKEY juga adalah antara zine yang terawal tapi aku tak pasti bila zine krenmaut,ajak,bearkey ni wujud. 


KEGEMILANGAN,KESURAMAN,REVOLUSI TAHAP 3# 

Permulaan bab ni senang aku cakap ialah masa ni adalah era kegemilangan zine itu sendiri. 
yalah selepas tahun 1993,kita dilambakkan bermacam-macam zine yang keluar dan boleh dikatakan terdapat di seluruh negeri terutamanya di ibu negara kuala lumpur,kalau korang nak tau dekat central market masa zaman underground dulu boleh dikatakan adalah tempat melepak budak-budak underground dari macam-macam scene music,melepak dekat kedai mamak CM air kosong kongsi ramai-ramai dan berbual sampai mamak CM panas tengok muka masing-masing hahaha. 
masa tu belum zaman IT jadi bertukar zine dan kaset music dan bercerita tentang band masing-masing giat di isukan di mamak tersebut CM kehkeh. 

Berbalik pada diseluruh negeri boleh dapatkan zine tadi,termasuklah selangor,perak,johor,sarawak,pulau pinang dan pahang
Antaranya ialah HEARTCORE,BUDDY HOLLY,SUFFER AGE,MUKUS,OBSCURE PEOPLE,EARSLAUGHTER,NATHIAS,VERIZATION,NOISY SBENE,UNDER ONE FLAG dan banyak lagi.
Pada sekitar lewat tahun 1990-an sehingga 2002,selain daripada t-shirt yang bercetak dan cd band-band,kita akan dapat lihat merchandise wajib ketika acara gig-gig adalah sebuah buku fotostat yang bersaiz A5 di meja booth-booth yang menjalankan perniagaan. 
Kebanyakan penulis zine memilih untuk hanya memfokuskan kepada satu arah muzik tertentu sahaja untuk zine mereka,misalnya macam dikategorikan zine hardcore,zine punk,zine gurnge,zine metal dan lain-lain lagi. 
Kemunculan zine yang mempunyai pengisian mengenai muzik membawa alternatif baru kepada scene underground di malaysia.golongan pemuzik yang berkecimpung di dalam aliran underground memerlukan risalah penyebaran bagi pergerakan muzik mereka.tambahan pula penubuhan band-band underground bagaikan cendawan yang membiak selepas hujan atau disiram tuan tanah. 
Maka,bagi mereka yang mengikuti fenomena budaya underground,mereka merasakan pembuatan zine dalam scene tempatan diperlukan.zine muzik adalah sebuah fundamental bagi sebuah band underground,ianya sama macam bikin bisnes ye dak??? 


 Tentang kesuraman dan kemunculan yang aku namakan revolusi ke 3 ialah apabila kita ingatkan kembali,sebuah siri televisyen terbitan REDFILMS dan edaran oleh GRAND BRILLIANCE pada tahun 2008 iaitu KAMI yang berkisarkan tentang anak muda yang mengikuti aktivit sosio budaya underground. 
Masa cerita KAMI ni aku ingat lagi bila aku pegi konsert KAMI THE GIG dekat bukit jalil. 
Masa tu konsert final kami the gig dan terbesar sekali selepas kami the gig buat tour 1 malay dan masa tu sebulan lepas raya puasa, 


"konsert ni melalut dari tajuk dah,sebab masa ni sedap makan biskut dan bercerita kahkahkah!" 

Tentang cerita filem kami tadi,filem ni menyelitkan cerita mengenai seorang gadis yang mempunyai minat di dalam bidang penulisan lalu beliau menerbitkan sebuah zine mengenai muzik.kemudian gadis itu menamatkan era zine pembuatan manualnya kepada zine di alam siber iaitu webzine.cerita ni mempamerkan kisah realiti peradaban zine. 


 kesuraman dan revolusi ke 3 yang aku maksudkan ialah zine sudah tidak dibukukan secara manual dan beralih kepada alam siber yang dipanggil webzine dan revolusi ke 3 nya adalah dari buku buatan manual ke alam siber,sama je... 
Dunia sudah bertahun-tahun mengalami kemajuan modenisasi dan sememangnya zine kedengaran janggal pada telinga orang kita sekarang. 
Walau bagaimanapun,masih ada golongan yang cuba mengembalikan era zine macam dulu,cuma bilangannya terlalu kecil dan zaman sekarang kita lebih terdedah dengan arus kemajuan yang pesat membangun.boleh dikatakan sekarang internet hanya di hujung jari,'keletak keletuk'je dekat keyboard,apa yang kita nak tahu semua ada A to Z
Arus globalisasi  ini menamatkan budaya pembacaan zine yang bermaterialkan kertas tetapi kewujudan webzine atau fanzine online yang lebih menjadi pilihan orang sekarang sebenarnya ialah penyambung atau fasa baru bagi budaya zine.pada akhirnya perkembangan zine boleh dikatakan mampu menjadi sebuah kekuatan alternatif tersendiri yang mampu mengimbangi arus informasi di industri underground yang mengalami perkembangan sejagat.

Monday, 14 May 2012

SEJARAH ZINE

ZINE#
 Rasanya dah lama aku tak dengar apa-apa tentang perkembangan pergerakan buku yang dipanggil zine 1 masa dulu.kalau bising-bising bercerita pasal zine ni sekali sekala pun seronok juga.Orite. 


BUDAYA ZINE#
Budaya do-it-yourself(DIY)atau independent dan atau selalu disebut indie selalu dilabelkan kepada golongan yang tergolong dalam pergerakan muzik sahaja.pada korang yang tak tau,sebenarnya tak.prinsip DIY bukan sekadar bunyi-bunyian instrumental semata-mata.aku kira dan lebih tepat lagi prinsip ni juga diterapkan di dalam bidang penulisan melalui penerbitan buku yang dipanggil zine. 

Bagi yang tak tau dan pernah dengar atau pernah membaca zine,masih ingatkah korang tentang zine?? 
Nah biar aku cerita sikit pasal apa itu zine. 




    Perkataan ZINE(atau sebutannya "ZEEN")berasal dari perkataan "FANZINE" yang merupakan singkatan dari "FAN MAGAZINE".istilah zine dicipta untuk membezakan bahan bacaan ini daripada majalah-majalah daripada mainstream,zine dengan majalah mainstream ni memang kanan dan kiri dan tak sehaluan.dan untuk pengahtahuan korang zine adalah sebuah buku penerbitan bukan PROFESIONALl yang dihasilKan oleh golongan tertentu dan diterbitkan secara sendiri dalam sirkulasi yang kecil dan tidak dipasarkan secara meluas seperti majalah-majalah komersial yang lain.Nampak sama macam gerakan muzik indie jugak tapi dari segi perbezaan muzik adalah muzik,buku adalah buku.Zine ni sapa-sapa pun boleh bikin termasuk aku dan korang.penciptaan zine bertujuan untuk menyatakan pendapat sesetengah golongan mengenai sesuatu fenomena atau bagi mereka ingin berkongsi pengetahuan mereka Bersama member-member atau khalayak ramai.Satu masa dulu zine ni besar pengaruhnya,kira boleh aku cakap macam Majalah playboy lah kehkehkeh,tapi walaupun majalah mainstream playboy tu top kerana ruangan kulit depannya dihiasi dengan gadis-gadis the beauty but bimbo dan isinya boleh mematikan dua belah fungsi otak kiri dan kanan bukan semua orang tau apa itu majalah "PLAYBOY",begitu jugalah dengan zine yang bukan diterbitkan di arus dunia hiburan mainstream.





ERA KEWUJUDAN ZINE DI SEANTERO#
Dari pengetahuan dan kajian aku ketika awal kelahiran zine mula-mula dulu,ia tidak bersifat sosialis tetapi ia lebih kepada topik-topik yang bertemakan ilmiah.zine yang pertama adalah berbentuk sains fiksyen yang diberi nama THE COMETT yang diterbitkan oleh THE SCIENCE CORRESPONDENCE CLUB di chicago. 
Di akhir 1930'an,golongan pembikin zine ilmiah mula mengkaji tentang komik.hal ini mendorong kelahiran zine komik pertama,THE COMET COLLECTOR NEW'S yang dibuat oleh MALCOLM WILLITS dan JIM BRADLY,pada oktober 1947.pada pertengahan 1960'an,banyak penggemar sains fiksyen dan komik mempunyai minat yang sama pada muzik ROCK dan kemudiannya genre zine mengalami REVOLUSI perkembangan sehingga terciptanya zine muzik rock seperti CRAWDADDY pada 1966 yang ditulis oleh PAUL WILLIAMS dari california.zine crawdaddy disifatkan sebagai bahan bacaan yang menjadi tonggak utama kepada muzik rock sebelum kewujudan majalah muzik ROLLING STONE dan CREAM
Pada tahun yang sama munculnya zine MOJO NAVIGATOR yang ditulis oleh GREG SHAW dan pada tahun 1970,shaw turut menulis zine WHO PUT YOUR BOMP?(atau dikenali sebagai BOMP). 
Seterusnya zine punk muncul sebagai sebahagian daripada gerakan PUNK di akhir 1970'an.ZINE PUNK bermula di U.K  dan AMERIKA SYARIKAT dan sejak itu mula merebak ke negara-negara lain seperti IRELAND.kemunculan zine punk membentuk revolusi perkembangan zine di mana reka letak zine mendapat wajah baru iaitu penuh dengan unsur-unsur seni dan gambar-gambar.zine punk pertama ialah SNIFFIN GLUE yang diterbitkan di LONDON,pada julai 1976 oleh MARK PERRY.perry mengambil nama zine itu sempena tajuk lagu "NOW I WANNA SNIFF SOME GLUE" iaitu dari album pertama band punk the RAMONES.para pengikut punk menggelarkan zine sniffi glue sebagai "KITAB PUNK.lalu tahun berikutnya di "LOS ANGELES",munculnya zine-zine punk yang lain iaitu "SLASH" dan FLIPSIDE.kemudian pada tahun 1982,MAXIMUM ROCK 'N' ROLL(MRR) muncul sebagai sebuah zine punk yang berpengaruh dan scene punk mulai penuh dengan terbitan zine-zine baru seperti PUNK PLANNET,PROFANE EXISTANCE,SLUGG AND LETTUCE,HEART ATTACK dan banyak lagi.itulah yang aku tau.

Tuesday, 1 May 2012

DUA PANDANG

hari ni atau esok-esok dan atau hari-hari mendatang bila kita keluar tengok wayang gambar,pegi clubbing,pegi kenduri kawin,pegi berdating bawah tangga ataupn pegi shopping dan tak kiralah kau pegi tengok konsert radiohead live in kuala lumpur pun yang ticketnya kau perlu bayar 3 ratus lebih untuk duduk di area rock zone,belum tentu thom york panggil kau tolong nyanyikan fake plastic tress atau creep dan atau lagu2 dalam album baru radiohead,
"cilakak"!
tapi itu aku dan korang panggil happy go lucky tahap gaban punya life.hidup macam tu memang seronok tambah-tambah lagi zaman moden macam sekarang yang dah tak banyak orang bodoh tapi mungkin sikit ketinggalan macam aku,kerana kurang berusaha dan malas.tapi dalam fikiran kita yang kita tak fikir semasa kita buat semua tu yang terbesar sekali adalah,
"kita tinggal dalam negara yang aman damai,boleh dikatakan kaya dan tak ada perperangan", walaupn kita jarang berfikir pasal tu tapi otak kita bagai sudah di set dibawah minda paras sedar kita supaya fikir tanpa sedar.

jadi,buat apa nak fikir pasal tu,lebih baik fikir pasal macam mana nak cari duit nak beli rumah,kereta, kahwin,makan angin,dan boleh kahwin dua.tapi pada hakikatnya tanpa disedari negara yang aman damai tak lama lagi mungkin akan lebih maju atau jahanam macam tu je kerana politik,dan negara yang kaya raya sebenarnya berhutang dengan bank dunia tak habis-habis sampai bila pun agaknya.sama lah macam america tu,walaupun nampak macam tak berhutang dengan sapa-sapa pun.kalau ramai orang yang bijak ni susah jugak,sebab ramai yang nak show off kecerdikannya.
Tapi,kalau ramai orang yang bodoh pulak maka hiduplah dalam belengu kebodohan masing-masing sampai bila-bila.
"macam tu ke"?,
ya jugak,tapi kadang-kadang orang bijak ni kadang-kadangnya teperangkap dengan kecerdikan dia sendiri,orang bodoh pulak kadang-kadangnya boleh jadi cerdik dari orang yang cerdik,
"tak kiralah kalau kau masuk sekolah semula atau belajar dengan pengalaman sendiri",
"itu aku tak tahu"
Jadi,kalau macam tentang hutang tu,"orang bodoh bayar hutang,orang bijak berhutang !
kenapa orang bijak tak boleh bayar hutang??
"yalah,orang cerdik asyik masuk poket sini masuk poket sana,"what the hell!