FOLLOW

Sunday, 20 May 2012

SEJARAH ZINE 2#

ZINE 2#



 Seperti apa yang aku postkan di entri pertama tentang sejarah zine,zine adalah sebuah buku penerbitan bukan profesional,dan pada permulaan perbentukan sejarah zine ianya berbentuk ilmiah dan dan juga berubah ke arah muzik didalam revolusi.ianya diterbitkan secara underground,mungkin juga ada yang tidak paham dan tidak pernah mendengar tentang zine dengan lebih teperinci.dan didalam entri kali ini akan aku terangkan secara keseluruhan tentang sejarah zine di malaysia,mungkin akan lebih senang difahami.seperti entri pertama jugak selepas zine mengalami revolusi macam zaman dinasour, binatang di dalam air dah jadi binatang berkaki empat di darat pulak,orang putih kata.tapi hal tu tidaklah benar manapun,dan berbeza dengan revolusi zine sebelum menjadi gerakan dan tertumpu kepada muzik sahaja.orite lepas aku riview pasal sejarah zine ni jangan kata aku ni pengkaji sejarah atau ahli arkeologi pulak,sebab aku tak lah cerdik nak jadi pengkaji sejarah atau kedua-duanya kahkahkah! 

ZINE UNDERGROUND DI MALAYSIA#


 zine pertama buatan malaysia dipercayai bermula dari terengganu iaitu zine punk yang bernama HURU-HARA yang diterbitkan pada tahun 1986 dan ditulis oleh MAMAT HITAM di dalam dialek pantai timur.beliau tidak menyebarkan zine tersebut kepada umum dan hanya berkongsi dengan kelompok rakan-rakannya sahaja,masa ni zine kat malaysia tak meluas lagi.tahun berikutnya pada 1989,muncul lagi sebuah zine yang bertajuk AEDES yang ditulis oleh JOE KIDD iaitu salah seorang penulis terawal bagi zine muzik underground di malaysia,ha masa ni lah malaysia ada zine pertama tentang muzik.di dalam zine aedes tersebut,beliau menampilkan cerita-cerita mengenai scene punk,hardcore dan metal tempatan serta luar negara.tapi sayang zine aedes berakhir pada tahun 1996,aku juga sebagai penulis blog ni agak tak paham kenapa dia berenti menulis,mungkin dah hilang minat atau aku pun tak tau sebab apa.menurut tuan empunya dan merangkap penulis zine aedes joe kidd,perkara yang mendorong beliau menghasilkan sebuah zine ialah selepas mendengar cerita tentang kewujudan zine-zine punk dari majalah muzik mingguan di british seperti NME(NEW MUSICAL EXPRESS),SOUNDS,MELODY MAKER dan lain-lain pada sekitar tahun 1979 dan 80-an.kemudian,beliau berjaya memiliki beberapa zine punk seperti (SEARCH AND DESTROY,MRR,FLIPSIDE,RAISING HELL,ACROSS THE GREAT DIVIDE dan ARTCORE ) dari luar negara hasil daripada kiriman rakan-rakan beliau dari US,EROPAH DAN ENGLAND. 
selain zine aedes,muncul juga zine TRASH ATTACK yang hanya dikeluarkan sehingga isu ke lapan sahaja dan selepas itu AZIZ(PENULIS ZINE THRASH ATTACK) meyambungnya dengan zine VORTEX FROM THE EAST.mujur penulis zine thrash attack si aziz ni tak berenti menulis macam joe kidd penulis zine aedes tu. 
Selain itu,sebuah zine dari ipoh iaitu KRENMAUT yang diusahakan oleh SAM(BENTARA-LANGSUYR),AJAK dan BEARKEY juga adalah antara zine yang terawal tapi aku tak pasti bila zine krenmaut,ajak,bearkey ni wujud. 


KEGEMILANGAN,KESURAMAN,REVOLUSI TAHAP 3# 

Permulaan bab ni senang aku cakap ialah masa ni adalah era kegemilangan zine itu sendiri. 
yalah selepas tahun 1993,kita dilambakkan bermacam-macam zine yang keluar dan boleh dikatakan terdapat di seluruh negeri terutamanya di ibu negara kuala lumpur,kalau korang nak tau dekat central market masa zaman underground dulu boleh dikatakan adalah tempat melepak budak-budak underground dari macam-macam scene music,melepak dekat kedai mamak CM air kosong kongsi ramai-ramai dan berbual sampai mamak CM panas tengok muka masing-masing hahaha. 
masa tu belum zaman IT jadi bertukar zine dan kaset music dan bercerita tentang band masing-masing giat di isukan di mamak tersebut CM kehkeh. 

Berbalik pada diseluruh negeri boleh dapatkan zine tadi,termasuklah selangor,perak,johor,sarawak,pulau pinang dan pahang
Antaranya ialah HEARTCORE,BUDDY HOLLY,SUFFER AGE,MUKUS,OBSCURE PEOPLE,EARSLAUGHTER,NATHIAS,VERIZATION,NOISY SBENE,UNDER ONE FLAG dan banyak lagi.
Pada sekitar lewat tahun 1990-an sehingga 2002,selain daripada t-shirt yang bercetak dan cd band-band,kita akan dapat lihat merchandise wajib ketika acara gig-gig adalah sebuah buku fotostat yang bersaiz A5 di meja booth-booth yang menjalankan perniagaan. 
Kebanyakan penulis zine memilih untuk hanya memfokuskan kepada satu arah muzik tertentu sahaja untuk zine mereka,misalnya macam dikategorikan zine hardcore,zine punk,zine gurnge,zine metal dan lain-lain lagi. 
Kemunculan zine yang mempunyai pengisian mengenai muzik membawa alternatif baru kepada scene underground di malaysia.golongan pemuzik yang berkecimpung di dalam aliran underground memerlukan risalah penyebaran bagi pergerakan muzik mereka.tambahan pula penubuhan band-band underground bagaikan cendawan yang membiak selepas hujan atau disiram tuan tanah. 
Maka,bagi mereka yang mengikuti fenomena budaya underground,mereka merasakan pembuatan zine dalam scene tempatan diperlukan.zine muzik adalah sebuah fundamental bagi sebuah band underground,ianya sama macam bikin bisnes ye dak??? 


 Tentang kesuraman dan kemunculan yang aku namakan revolusi ke 3 ialah apabila kita ingatkan kembali,sebuah siri televisyen terbitan REDFILMS dan edaran oleh GRAND BRILLIANCE pada tahun 2008 iaitu KAMI yang berkisarkan tentang anak muda yang mengikuti aktivit sosio budaya underground. 
Masa cerita KAMI ni aku ingat lagi bila aku pegi konsert KAMI THE GIG dekat bukit jalil. 
Masa tu konsert final kami the gig dan terbesar sekali selepas kami the gig buat tour 1 malay dan masa tu sebulan lepas raya puasa, 


"konsert ni melalut dari tajuk dah,sebab masa ni sedap makan biskut dan bercerita kahkahkah!" 

Tentang cerita filem kami tadi,filem ni menyelitkan cerita mengenai seorang gadis yang mempunyai minat di dalam bidang penulisan lalu beliau menerbitkan sebuah zine mengenai muzik.kemudian gadis itu menamatkan era zine pembuatan manualnya kepada zine di alam siber iaitu webzine.cerita ni mempamerkan kisah realiti peradaban zine. 


 kesuraman dan revolusi ke 3 yang aku maksudkan ialah zine sudah tidak dibukukan secara manual dan beralih kepada alam siber yang dipanggil webzine dan revolusi ke 3 nya adalah dari buku buatan manual ke alam siber,sama je... 
Dunia sudah bertahun-tahun mengalami kemajuan modenisasi dan sememangnya zine kedengaran janggal pada telinga orang kita sekarang. 
Walau bagaimanapun,masih ada golongan yang cuba mengembalikan era zine macam dulu,cuma bilangannya terlalu kecil dan zaman sekarang kita lebih terdedah dengan arus kemajuan yang pesat membangun.boleh dikatakan sekarang internet hanya di hujung jari,'keletak keletuk'je dekat keyboard,apa yang kita nak tahu semua ada A to Z
Arus globalisasi  ini menamatkan budaya pembacaan zine yang bermaterialkan kertas tetapi kewujudan webzine atau fanzine online yang lebih menjadi pilihan orang sekarang sebenarnya ialah penyambung atau fasa baru bagi budaya zine.pada akhirnya perkembangan zine boleh dikatakan mampu menjadi sebuah kekuatan alternatif tersendiri yang mampu mengimbangi arus informasi di industri underground yang mengalami perkembangan sejagat.

6 comments:

  1. sangat minat cite kami. hehe. tgk yg muvi pon ngs sbb abu mati. lallala~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tu citer tu best.

      Delete
    2. tak best dah.zaman berlalu cepat.20tahun nanti best kot.keh3.

      Delete
  2. sekarang dah takda orang nak buat filem mcm ni.tak untung agaknya kata pengarah.

    ReplyDelete