FOLLOW

Monday, 14 May 2012

SEJARAH ZINE

ZINE#
 Rasanya dah lama aku tak dengar apa-apa tentang perkembangan pergerakan buku yang dipanggil zine 1 masa dulu.kalau bising-bising bercerita pasal zine ni sekali sekala pun seronok juga.Orite. 


BUDAYA ZINE#
Budaya do-it-yourself(DIY)atau independent dan atau selalu disebut indie selalu dilabelkan kepada golongan yang tergolong dalam pergerakan muzik sahaja.pada korang yang tak tau,sebenarnya tak.prinsip DIY bukan sekadar bunyi-bunyian instrumental semata-mata.aku kira dan lebih tepat lagi prinsip ni juga diterapkan di dalam bidang penulisan melalui penerbitan buku yang dipanggil zine. 

Bagi yang tak tau dan pernah dengar atau pernah membaca zine,masih ingatkah korang tentang zine?? 
Nah biar aku cerita sikit pasal apa itu zine. 




    Perkataan ZINE(atau sebutannya "ZEEN")berasal dari perkataan "FANZINE" yang merupakan singkatan dari "FAN MAGAZINE".istilah zine dicipta untuk membezakan bahan bacaan ini daripada majalah-majalah daripada mainstream,zine dengan majalah mainstream ni memang kanan dan kiri dan tak sehaluan.dan untuk pengahtahuan korang zine adalah sebuah buku penerbitan bukan PROFESIONALl yang dihasilKan oleh golongan tertentu dan diterbitkan secara sendiri dalam sirkulasi yang kecil dan tidak dipasarkan secara meluas seperti majalah-majalah komersial yang lain.Nampak sama macam gerakan muzik indie jugak tapi dari segi perbezaan muzik adalah muzik,buku adalah buku.Zine ni sapa-sapa pun boleh bikin termasuk aku dan korang.penciptaan zine bertujuan untuk menyatakan pendapat sesetengah golongan mengenai sesuatu fenomena atau bagi mereka ingin berkongsi pengetahuan mereka Bersama member-member atau khalayak ramai.Satu masa dulu zine ni besar pengaruhnya,kira boleh aku cakap macam Majalah playboy lah kehkehkeh,tapi walaupun majalah mainstream playboy tu top kerana ruangan kulit depannya dihiasi dengan gadis-gadis the beauty but bimbo dan isinya boleh mematikan dua belah fungsi otak kiri dan kanan bukan semua orang tau apa itu majalah "PLAYBOY",begitu jugalah dengan zine yang bukan diterbitkan di arus dunia hiburan mainstream.





ERA KEWUJUDAN ZINE DI SEANTERO#
Dari pengetahuan dan kajian aku ketika awal kelahiran zine mula-mula dulu,ia tidak bersifat sosialis tetapi ia lebih kepada topik-topik yang bertemakan ilmiah.zine yang pertama adalah berbentuk sains fiksyen yang diberi nama THE COMETT yang diterbitkan oleh THE SCIENCE CORRESPONDENCE CLUB di chicago. 
Di akhir 1930'an,golongan pembikin zine ilmiah mula mengkaji tentang komik.hal ini mendorong kelahiran zine komik pertama,THE COMET COLLECTOR NEW'S yang dibuat oleh MALCOLM WILLITS dan JIM BRADLY,pada oktober 1947.pada pertengahan 1960'an,banyak penggemar sains fiksyen dan komik mempunyai minat yang sama pada muzik ROCK dan kemudiannya genre zine mengalami REVOLUSI perkembangan sehingga terciptanya zine muzik rock seperti CRAWDADDY pada 1966 yang ditulis oleh PAUL WILLIAMS dari california.zine crawdaddy disifatkan sebagai bahan bacaan yang menjadi tonggak utama kepada muzik rock sebelum kewujudan majalah muzik ROLLING STONE dan CREAM
Pada tahun yang sama munculnya zine MOJO NAVIGATOR yang ditulis oleh GREG SHAW dan pada tahun 1970,shaw turut menulis zine WHO PUT YOUR BOMP?(atau dikenali sebagai BOMP). 
Seterusnya zine punk muncul sebagai sebahagian daripada gerakan PUNK di akhir 1970'an.ZINE PUNK bermula di U.K  dan AMERIKA SYARIKAT dan sejak itu mula merebak ke negara-negara lain seperti IRELAND.kemunculan zine punk membentuk revolusi perkembangan zine di mana reka letak zine mendapat wajah baru iaitu penuh dengan unsur-unsur seni dan gambar-gambar.zine punk pertama ialah SNIFFIN GLUE yang diterbitkan di LONDON,pada julai 1976 oleh MARK PERRY.perry mengambil nama zine itu sempena tajuk lagu "NOW I WANNA SNIFF SOME GLUE" iaitu dari album pertama band punk the RAMONES.para pengikut punk menggelarkan zine sniffi glue sebagai "KITAB PUNK.lalu tahun berikutnya di "LOS ANGELES",munculnya zine-zine punk yang lain iaitu "SLASH" dan FLIPSIDE.kemudian pada tahun 1982,MAXIMUM ROCK 'N' ROLL(MRR) muncul sebagai sebuah zine punk yang berpengaruh dan scene punk mulai penuh dengan terbitan zine-zine baru seperti PUNK PLANNET,PROFANE EXISTANCE,SLUGG AND LETTUCE,HEART ATTACK dan banyak lagi.itulah yang aku tau.

10 comments:

  1. xpnh dgr..pestime bce nie...n xphm..huhu.. zine tu pe.. bku psal muzik ke

    ReplyDelete
  2. belum siap di ulas lagi neh.

    ReplyDelete
  3. wah,,rajinnye cari info ye..nice..done following u..let's be ny follower too..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. takda kerja punya kerja je ni.
      Orite done jugak.

      Delete
  4. yg dlm cte kami sebut fanzine tu.. yg ni ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,baca entri akan datang pasal zine dengan lbih lanjut.

      Delete
  5. zine , menarikkk :)

    #hye tuan tanah , jemput singgah blog saya . ada sepucuk surat utk awk :)

    ReplyDelete
  6. orite,orite,orite,orite,orite.

    ReplyDelete