FOLLOW

Friday, 29 June 2012

PERTEMUAN SINGKAT ANTARA AKU DAN NOEL GALLAGHER

CENTRAL MARKET 11 pagi.
rambut yang hampir menutupi telinga,kelihatan seorang lelaki yang hanya ber t-shirt band the stroke,berjeans yang sedikit koyak-koyak dan kasut converse biru lautnya kelihatan rugged.lelaki itu begitu leka dan tenang sedang merokok,hembusan asap ketenangan begitu berkepul-kepul di khalayak ramai central market.siapakah lelaki itu?ah iyalah aku lah-

"excuse me,tumpang lalu".Seorang makwe mengalas sebuah gitar.boleh tahan cun makwe ni,sama rugged macam aku pulak tu,ada sikit seperti jelmaan courtney love,siap bawak gitar lagi,ni mesti kaki jamming!

"oh yeah sorry,silakan" .mengesot ke tepi.
"jamming?"Tekaan yang comform dan confidence.
"no lah,tolong ambikkan gitar kawan". berlalu pergi dan melesatkan semua telahan.Cis!

"hello braderrrr???,mintak rokok sebatang". Lelaki itu lebih kusut dari aku dan kelihatan tak mandi.Dan sesuka hati mengepau rokok aku- 
"Em nah ada lagi sebatang".
"eh betol ke ni bro! Thank you!".
"ya,ya ambik..eh lu nak nasik tak?kalau lu nak lu tunggu sini,nanti gua datang bawak nasi".
"betul bro?".seakan tak percaya.
"gua no hal,gua pun tak makan lagi!".
"okay-okay,lu tunggu nanti gua datang balik,lu jangan pegi mana-mana pulak!" aku pun bukak langgkah turun tagga.

  Berjalan tanpa tujuan,hanya mengikut gerak kaki berkeliaran dan mata meliar melihat gerak geri langkah manusia lain,kelihatan makwe-makwe cantik berlalu,mereka adalah sebahagian watak-watak yang penting di central market-

"huh panasnya harini!".membelek jam.baru pukul 11:41 tetapi matahari sudah galak mengedik menghidangkan haba.terasa kering pula anak tekak ni,singgah minum dulu di mamak central market,selepas itu rasanya nak pergi ke kedai buku dan ke kedai kaset/cd.

"mau apa adik manis?".mamak senyum.
"butuh kau adik manis!! duduk longkang nanti!".
"aiyoyo saya minta maaf la,mau apa encik?"Nada menyesal.
"tea o ais limau,rokok winston sekotak!".Mamak blah masuk dalam kedai.

  Haish....Begitu boring sampai macam ni,dulu tak macam ni central market.tak ada pulak tu makwe lalu lalang yang aku kenal.
Oh ya,kemana nadia,sarah dan sahabat-sahabat lelaki dan perempuan yang lain.dah terlalu lama aku tak jumpa mereka,terasa rindu semula.mungkin dah kahwin terutamanya nadia..5 tahun lepas kami semua sama-sama melepak disini,aku baru tamat persekolahan,mat-mat punk,skinhead,grunge dan semuanya melepak disini pada hari minggu.
Nadia adalah salah seorang dari skingirl,cute pulak rambut pendek nadia masa tu,tapi sayang tak sempat.ah bodoh.
dah terlalu lama masa tu berlalu.

"ini encik!". Mamak muncul.
"ya terima kasih!"aku masih tak ada hala tuju disini,duduk keseorangan sambil minum dan melayan perasaan pada teman-teman dan pada kehidupan lepas dan sekarang,tiba-tiba-

"can I take a seat here?!".
"oh yeah,sure!."
"thanks!"
"my plesure!".eh mat salleh mana ni rambut panjang tutup telinga dan berkaca mata hitam bulat.rasanya macam pernah tengok lelaki ini,setelah lama cuba aku menganalisis memang tak syak lagi memang dia.Memang aku kenal amat sangat dari gaya rambut dan kaca mata lelaki ini.
setelah 5 minit-

"hey my name is a noel gallagher,do you know where a nearest book stores here ?".
"yeah I know,and I want go the same place.and I know your name too,your is a liam gallagher brother isin't it?you both are gallagger siblings!".dari agakan aku.
"woo...yeah! So you know me as well!"
"yeah,include oasis,your brit-pop band!".
"em well..thats true!"
"hell yeah,what are you doing here dude?"agakan aku tepat.
"vacation,a fucking vacation!" lain macam muka noel.

  Selepas aku dan noel melepak di mamak,kami membuka langkah ke kedai buku sambil menyanyi lagu kenny rogers yang teruk itu.
Aku terus menghantar dia ke kedai buku dan aku pula tak jadi hendak membeli buku kerana ada hal penting.lagi pun aku malas nak sembang lebih-lebih dengan si noel ni,nanti dia mengarut,dan aku terpengaruh pula dengan penagih ni nanti.

"oh ya,apa yang terjadi dengan lelaki yang kusut di kaki lima tadi yang aku janji nak bawak nasi tu.ah lantak lah,lagipun aku tipu je,nasib la sapa suruh pau rokok aku!". Dan aku terus sambung menyanyi lagu kenny rogers yang teruk itu

Tuesday, 19 June 2012

HIDUP MAMPUS INDUSTRI MUZIK MALAYSIA

Hhari ni macam mana kita menghayati muzik? 
apakah jenis genre lagu dan muzik yang kita dengar? 

Hal ini senang di duga,sudah tentu bermacam-macam aneka jenis genre muzik yang kita dengar atau selalu keluar masuk melalui halwa telinga baik waktu pergi kerja,dirumah,di kedai bundle,di kedai kaset/vcd/dvd dan tak kiralah kemana saja muzik dimainkan. 

Bagi aku sebagai kutu yang selalu menghayati muzik terutamanya muzik underground,alternatif dan muzik bebas diluar negara mahupun didalam negara secara khususnya kadang-kadangnya mengambil berat juga tentang kesemua genre muzik di malaysia walaupun aku kurang gemar dengan muzik yang ada sekarang dan kian ntah apa-apa. 

dimalaysia,muzik didalam industri kita tampak gah dan berjalan lancar seperti biasa,artis dari band dan artis solo bila kita lihat seketika meletup-letup. 
dengan kehadiran mereka lebih menguatkan industri muzik malaysia. 
tapi sampai bila dan boleh pergi sejauh manakah?? 

"indah khabar dari rupa" 

mungkin itulah gambaran yang sepatutnya aku bagi,ianya tampak gah tapi sebenarnya buat pengetahuan and, didalam industri muzik malaysia ianya mempunyai banyak masaalah. 
kita kira saja dari pemuzik susah nak cari makan,artis album tak laku,proses rakaman tak jalan-jalan dan lagu tak main dekat radio. 
Mungkin ramai dari korang yang tak tau hal ni. 

Ada sesetengah pihak menganggap muzik adalah 1 business yang boleh diniagakan,bila ianya tergolong dalam business maka perlulah wujudnya persaingan. 
Itulah masaalahnya didalam business dah tentu terlalu banyak persaingan dan persaingan itu pula bagus supaya kita buat sesuatu yang lebih baik daripada pesaing kita,tapi jika terlalu banyak pesaing buruk padahnya,terutamanya dalam benda yang aku cerita ni,iaitu muzik. 

Di negara ni,muzik tidak bersaing dengan muzik di negara ni saja,tapi terpaksa pula bersaing dengan negara lain terutamanya muzik dari seberang indonesia atau lebih-lebih lagi korea yang dikenali sebagai muzik k-pop dan muzik dari barat.diorang jugalah yang selalu kita lihat membuat konsert dimalaysia dan album-album mereka terjual disana sini. 

kenapa aku buka cerita pasal muzik k-pop dan muzik dari seberang indonesia atau barat?. 
kerana inilah juga masaalah penyebab yang akan menenatkan atau memampuskan industri muzik malaysia harini dan di masa akan datang. 
dan ini jugalah punca artis di negara sendiri susah mahu mencari makan kerana penganjur,penaja dan sebagainya ghairah membawa muzik luar ke malaysia dan mengenepikan artis dan muzik dimalaysia,ibaratnya 
"kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan". 

inilah padah bila muzik dibisneskan,bila aku kata macam tu bukanlah bermaksud didalam muzik tidak perlukan bisnes,bisnes itu juga penting untuk royalti seseorang artis tu. tetapi masaalahnya bila orang yang bisneskan muzik itu hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata dan ghairah membawa artis luar ke malaysia dan menutup periuk nasi artis di negara ini. 
Kata mereka ini adalah business,ada peluang sapu,ini trend pendengar tetapi mereka lupa dengan keghairahan mereka akan membawa keburukan di dalam industri muzik malaysia. 

mari kita kira pula berapa orangkah artis kita yang berjaya keluar selepas search? 
habis-habis pun yuna,zee avi, yang top diluar negara dan mungkin yang korang kenal,tapi bagaimana pula dengan artis-artis lain yang berjaya keluar dari negara ini ke negara orang untuk membuat persembahan?? 

Banyak!! 

Tapi kenapa mereka ini tak diangkat dan dipromosikan sehinggakan jika ditanya pada orang ramai mungkin orang tak berapa kenal 
Mereka kerana karya mereka sudah ditenggelamkan oleh karya-kary muzik luar,dan hanya peminat setia mereka sahaja yang tahu dan setia mendengar karya mereka.dari segi persembahan live mereka pula, orang-orang yang bisneskan muzik tadi segan-segan untuk menganjur atau menaja mereka,takut tanggung kerugian katanya. 

Dan pada artis yang sudah dikenali juga tetap sikit-sikit menghadapi masaalah,tidak berani menerbitkan album kerana bimbang akan tidak boleh dijual dan terpaksa gunakan strategi lain seperti mengeluarkan single-single lagu. 


Tidak cukup dengan itu station radio juga memilih bulu untuk memutarkan lagu-lagu artis malaysia di station radio mereka,mereka juga sama membisneskan muzik untuk kepentingan station radio mereka sendiri yang ghairah memutarkan muzik luar terlampau berlebihan. 

Dan ada pula sesetengah station radio yang mengatakan lagu itu lagu ini tidak menepati ciri-ciri stasion radio dan citarasa pendengarlah apalah dan bermacam alasan yang tak munasabah. 
hanya ada beberapa station radio sahaja yang sanggup dan berani memutarkan kebanyakan muzik malaysia. 
Tapi yang banyaknya hari ni adalah station radio yang menganak tirikan muzik malaysia. 

Kesemua masaalah yang aku ceritakan dari awal tadi hingga sekarang,ini adalah benda yang tak tercanggah bila ada orang yang tak bertanggung jawab dan tak perihatin tidak mengambil berat tentang masaalah didalam industri muzik dimalaysia. 

Wednesday, 13 June 2012

KAPITALIS DAN ORANG KAYA

"banyak duit,tindas-tindas orang,rampas-rampas hak,buat sesuka hati" 
mungkin benda yang lebih rapat dan sinonim yang patut aku kaitkan. 

biasanya senang saja mana nak cari orang-orang cilaka ni. 
lebih senang,mereka ni menjadi ahli-ahli kelab yang khas untuk orang-orang yang sama martabat dengan mereka seperti lake club atau royal golf club atau apa-apa kejadah lain lah yang highclass. 
Di sanalah mereka menjalinkan hubungan-hubungan sosial di antara mereka sambil minum dan makan,dan di sana jugalah kadang-kadangnya mereka mengikat janji untuk melancarkan projek ekonomi atau membincangkan soal politik sambil menghayun kayu golf dan berjalan dari lubang ke lubang di padang golf tu. 
mana yang merokok,cigar dan cerut mahal yang aku sendiri tak mampu nak beli berasap-asap di mulut mereka. 

berbeza dengan aku dimana rokok winston berasap dimulut sambil membelek-belek ikan dari meja ke meja penjual ikan yang lainnya,berunding harga dan memikirkan dimana mahu mendapat duit lebih dan terpaksa berkira duit syiling. 

itulah bezanya orang berkelas elit kpitalis dan berkelas pekerja seperti aku dan orang lain dimana lebih kerap dihimpit ekonomi kerana mereka. 
kita dah lama merdeka tapi dari segi ekonomi kita tetap menjadi mangsa. 

kita tengok pemimpin-pemimpin negara, mereka hidup senang-lenang sedangkan ramai rakyat mereka hidup susah di negara ni.bagi mereka kaum elit kapitalis mereka lebih suka menggunakan kudrat orang lain, menindas dan memimpin dengan tidak jujurnya,mereka juga lebih pentingkan kroni-kroni mereka dari lebihan rakyat di negara ni.mereka juga mengawal kesemunya harta negara. 

Kita tengok segala benda yang dahulunya kerajaan punya seperti hospital,tempat belajar,syarikat-syarikat atau apa-apa pun lah, sekarang kebanyakannya sudah di swastakan yang kadang-kadangnya tanpa diminta persetujuan rakyat. 

kononnya benda yang diswastakan tadi untuk dimajukan lebih lagi,padahal untuk keuntungan mereka sendiri. 
Benda yang sudah di swastakan tadi kemudiaannya di serahkan kepada kroni-kroni dan mewujudkan kebangkitan kapitalis,dan mengkayakan kapitalis tadi. 
inilah mujudnya budaya kronism dalam kapitalism. 

Bila tentang projek dan tender-tender besar,atau projek pemasaran ekonomi luar negara,mereka juga senang memperolehinya daripada kroni-kroni mereka sendiri.benda yang tak lari daripada kalangan mereka saja dan senang menjadi kaya-raya. 

Kemudiaan, apabila ada sesuatu projek-projek besar yang diuruskan oleh kroni-kroni tadi seperti syarikat atau apa-apa yang diswastakan tadi dan termasuklah projek pemasaran ekonomi luar menerima kegagalan mulalah,rakyat di suruh berjimat,harga itu ini naik,dan macam-macam lagi. 

itu belum dikira lagi dana yang mereka ambil senyap-senyap dari rakyat seperti kwsp dan sebagainya untuk membantu syarikat-syarikat kroni mereka yang nazak.tapi tetap mengalami bankrapsi dan merugikan berbilion ringgit. 

tapi mereka tetap tidak miskin walaupun syarikat gulung tikar,segalanya beres jika ada projek lain dan boleh dapatkan dana secara mudah dengan bantuan kroni. 
sungguh tak elok budaya mereka yang mendokung amalan kapitalis. 
yang terhimpit kita yang kaya mereka,yang miskin semakin miskin yang kaya semakin kaya. 

Wednesday, 6 June 2012

SAMPAH INDUSTRI HIBURAN MUZIK

''music doesn't lie,if there is something to be changed in this world,than it can only happen through music" -jimi hendrix-. 

Muzik tak menipu?? 
Ya,mungkin itu zaman jimi hendrix masa beliau hidup.mungkin zaman dirintis jimi berlalu semua muzik zaman itu kekal sebagai perintis zaman pemuzik dan artis baru yang lebih berkualiti,jujur nukilannya bagi aku. 
Tp,tu zaman bila beb! dan ianya ada sedikit persamaan dengan scene muzik malaysia. 

kita cerita semula industri muzik di malaysia zaman sekarang,lebih senang aku cakap "kebanyakannya kelaut" 
What the hell is this! 

beberapa tahun kebelakangan lepas atau senang aku kata era tahun 2000 muncul bermacam-macam segala jenis artis didalam industri muzik tanah air ni,benda ni benda bagus kerana memeriahkan industri hiburan,tapi lama kelamaan perkembangan fuck ni semakin kelaut atau klise dengan karya-karya dan artis yang tidak berkualiti. 
dan yang aku gelarkan "sampah industri hiburan." 
ianya ibarat macam kita makan koci,gigit kunyah gigit kunyah tau-tau ada koci yang masuk angin atau rasanya pahit serupa gampang. 
ianya andaian aku dan memang aku dah kaji ada persamaan dengan makan koci sambil main karom. 

Kita ibaratkan seperti makan koci juga, 
orang yang ghairah sangat nak jadi artis tu ada rupa paras,berpesonaliti menarik dan nak jadi penyanyi/pemuzik yang belum tahu kemampuannya,bukankah ianya seperti kulit koci yang cantik dan direka untuk dimakan sambil main karom?? 
Kemudianya bila orang tadi disuruh menyanyi atau bermain muzik semuanya jadi macam koci masuk angin dan pahit serupa gampang yang ditelan juga,begitu jugalah yang terjadi didalam industri muzik tanah air dan didalam industri hiburan lain. 
benda macam ni lah yang menyebabkan sampah bertebaran. 

rancangan realiti tv pada zaman sekarang pulak memainkan peranan penting dalam pelonggokan sampah di industri hiburan. 
(AF)Akedemi fantasia adalah contohnya,satu semenanjung masuk uji bakat kemaruk nak jadi artis,kemudian juri-juri pemilih pula kononnya hebat untuk memilih peserta yang layak,ada rupa,boleh nyanyi ala-ala dan kau dah layak.benda ni adalah benda bodoh dalam senario industri hiburan. 
tapi mujur AF sudah berakhir di AF9,jika tidak makin banyaklah sampah didalam industri hiburan tanah air. 

tak cukup dengan AF muncul pula rancangan realiti tv seperti mentor dan lain-lain. 
di dalam scene industri muzik. rancangan realiti tv mentor 2012 dalam iklannya, adam mencari protegenya dan berkata;

"kalau rasa tak cukup bagus jangan datang!" 

bila aku dengar ni,aku tergelak dengan ayatnya yang klise. 
what a stupid words adam. 
Siapa adam ni??hebat sangat ke dia ni??Aku rasa adam tak cukup bagus kerana dia juga adalah sebahagian daripada serpihan sampah industri hiburan. 
setakat boleh menari nyanyi sikit-sikit dah boleh pergi jauh. 
Berapa kerat sangatkah artis yang betul-betul boleh maju kehadapan dalam jangka waktu yang panjang? 

Bagi aku rancangan realiti tv mentor adalah rancangan realiti tv yang kedua paling bangang selepas akedemi fantasia. 

Bukan setakat tu je beb,pemuzik seperti band-band juga berlongokkan secara berlebihan. 
Buat lagu ntah apa-apa lirik berterabur kelaut,gitar tuning sumbang,main macam haram pun boleh jadi artis,tapi ianya berbeza sikit dengan scene d.i.y tanah air yang dimana aku lebih menghormati band-band tertentu dengan karya-karya jujur mereka. 

Dan lepas tu,artis yang di dalam industri lakonan pulak cuba untuk bertukar arah kepada kerjaya muzik,kerana sudah popular mungkin jika menyanyi pun boleh popular,tak apalah kalau suara tak berapa nak sedap pun tapi boleh jual atau muka boleh buat duit sudah.
begitu senang diorang buat duit,memang sial la industri hiburan sekarang. 

untuk apa industri muzik tanah air ni wujud jika semua artis tak boleh blah dan menyemak je. 
Dari segi displin dan komitmen belum lagi kita ukur. 
Industri muzik tanah air ni sebenarnya dah nazak disebabkan pelambakan sampah-sampah di dalam industri hiburan tu sendiri. 
sampai bila pun tak ada kemajuan,berapa kerat sangat artis didalam industri muzik kita yang layak di angkat sebagai penghibur. 
Apakah yang mampu diubah melalui muzik seperti kata-kata jimi hendrix??


jawapannya berbelah bahagi,ada dan tiada. 
Tapi kebanyakannya adalah tiada daripada ada. 
itulah senario didalam industri muzik malaysia hari ni; ''LEBIH KUANTITI DARI KUALITI''
                                               
                                                                                                   
                                            

Friday, 1 June 2012

KENAPA KOMUNIS DISALAH ANGGAP DI MALAYSIA

 aku rasa ni mungkin sebab idealogy baru yang dah diterapkan di dalam diri atau minda sesetengah rakyat melalui media surat khabar,tv,atau buku teks sejarah dan kurangnya orang zaman sekarang nak kaji benda ni dengan teperinci dan asyik bercakap seperti orang kurang ilmu yang hilang pertimbangan dan menilai dengan bangsatnya. 
apa tak betul aku cakap?? nak menilai mesti berilmu,kalau tak jangan menilai atau hanya tinggal cakap kosong. 
aku bukan mana-mana orang dalam parti politik malaysia,tapi aku cuma mengkaji.aku menulis bukan mewakili pihak atau pro sesebuah organisasi pun.jadi mudah saja,jika bijak berfikirlah secara bijak,jika bangang banyaklah berfikir. 

pasal cerita ni di malaysia tak payah lah aku nak petik nama tokoh-tokoh komunis dunia macam karl marx,friedrich angels,vladimir lenin dan leon trotsky sebab aku nak cerita pasal komunis dekat malaysia kenapa disalah anggap. 

benda ni memang jadi isu yang menggila,tak kira sapa pun asyik bercakap pasal komunis ni,lagi-lagi orang yang dalam arus politik lagilah hangat sepanjang masa.bukan tu je orang yang tak tau apa-apa pasal komunis pun sibuk juga dia nak bercerita pasal komunis even setakat dengar cakap-cakap orang,cakap-cakap tv atau pernah belajar dekat sekolah dulu,kalau cerita dekat tv komunis memang betul-betul dibuat sebagai watak penjenayah dan pemberontak,british pula mesti wajib ada sebagai wira yang jadikan orang melayu sebagai budak suruhan yang setia,sampai begitu sekali pihak british inggeris diangkat sebagai wira.nampak??jadi benda ni pun dah tertanam dalam diri generasi baru yang dipanggil generasi pasca merdeka supaya menganggap komunis dulunya adalah anasir petualang
Asal cakap komunis saja bunuh orang,tembak-tembak,baling mortar 6mm,kuku besi takda agama. habis british tu buat menatang apa pulak??tak bunuh orang??tak bakar rumah orang?? 
selalu saja orang mempertikai benda bahlul ni supaya hilang dari sejarah. 

Benda ni perlukan pengetahuan yang lebih universal atau mendalam,baru kita boleh kata sesuatu atau menilai dengan ada isi ilmu. 
jika kita kata komunis tiada agama,kenapa yang masuk komunis tetap ada agama.? 
Masa komunis ditubuhkan pada tahun 1930 memang kebanyakan mereka yang meyertai adalah orang cina,tapi mereka tetap ada agama.kemudian semakin ramai orang-orang melayu menyertai komunis tapi tetap ada agama,mereka juga ada terdiri dari guru-guru agama juga.jadi atas dasar apa yang mengatakan komunis anti agama? 
Mungkin pula dilihat sebagai watak pemberontak yang menentang kerajaan.perlu di ingat juga pada masa tu melayu tiada kerajaan tetapi hanya berani menjerit "hidup melayu" dan ada pula yang sanggup jadi balaci british.jadi sudah tentulah masa tu peberontakan komunis adalah keatas kerajaan british di malaya. 
memang betul komunis memberontak tapi hanya untuk menghalau british. 
dan masa jepun menjajah malaya pada tahun 1942,kenapa pihak british mengiktiraf komunis? 
Ini kerana british di malaya sudah kalah pada tangan jepun dan terpaksa berkerja sama dengan komunis hanya untuk mengekalkan kuasa emperialis semata-mata.jadi malayan people anti jappanese army(MPAJA) yang asalnya komunis pun ditubuhkan oleh british.mereka ni bila difikirkan memang tamak,datang malaya hasut orang tu hasut orang ni supaya senang mengambil hasil bumi malaya seperti emas,timah dan macam-macam lagi.mereka ni suka menyibuk dimana-mana,bahkan di negara lain pun mereka cuba menyibuk. 

Selepas jepun kalah tanpa syarat pada tahun 1945 kerana hiroshima nagasaki dibom oleh tentera berikat pada perang dunia ke-2 pulanglah mereka dengan meninggalkan hantu-hantu jepun dan selipar-selipar jepun di malaya dan barulah pihak british muncul semula nak jadi wira.masa tu komunis ni tak keluar lagi dari hutan letih gamaknya. 
selepas itu barulah komunis keluar menghalau british pula dengan memakai nama (PKM) parti komunis malaya semula dan menubuhkan sayap-sayap pkm seperti (API),angkatan pemuda insaf(AWAS)angkatan wanita sedar dan (PKMM)parti kebangsaan melayu malaya. 
Majoritinya adalah orang melayu semuanya dan bukan cina yang lebih ramai.


Sudah tentulah ramai orang melayu,kerana seramai mana pun cina ramai lagi orang melayu di malaya. 
Selepas jepun berambus mereka ni tidaklah memberontak secara mutlak tetapi hanya bermain politik,mereka selalu adakan ceramah,persembahan sandiwara rakyat dan aktiviti lain seperti berkawat
Selepas 1945 jepun berambus,dan 1946 muncul pula watak yang bakal merubah segala-galanya di malaya sampai hari ini yang bernama malaysia atau tak tau sampai bila,mungkin seorang pawang pun tidak cukup ilmu untuk menduga hal ini.watak tersebut ialah (UMNO)united malays national organisation
Mereka ni muncul pula dari bayang-bayang sejarah diantara komunis,british dan jepun.mereka ni muncul secara tiba-tiba,perang pun tak apa pun tak tau-tau ada je keluar. 
Rupanya mereka ni adalah british running dog atau budak suruhan british yang menawarkan diri untuk merdekakan malaya.jadi keadaan semakin pincang dari kesemua pihak lalu perintah darurat diisytiharkan oleh emperialis dog yang bernama sir edward gent pada tahun 1948 dan mengharamkan kesemua pertubuhan kecuali umno yang nyata budak suruhan british.di dalam komunis setelah haram orang-orang melayu mula menubuhkan rejimen ke-10 yang disertai hanya oleh semua orang melayu yang ingin berjuang sahaja,inilah detik pemberontakan mutlak kepada british. 
tetapi lama kelamaan komunis tetap kalah juga di tangan british dengan bantuan-bantuan orang yang sanggup menjadi british running dog,perjuangan singkat dari pihak komunis. 

Selepas komunis dihalau maka mereka yang dari umno pun mula berjuang bermati-matian menuntut kemerdekaan malaya,dan setelah beberapa lama menjadi budak suruhan british berhasillah malaya dimerdekakan pada tahun 1957 walau pun secara tidak tulen.kenapa aku cakap tidak tulen??ada sebabnya. 
mungkin orang yang baca ni mampu berfikir dengan teliti. 

Jadi selepas perjuangan orang melayu didalam komunis kenapa masih perlu disalah anggap komunis itu petualang,bukankah tokoh-tokoh melayu seperti tok janggut,datuk bahaman,tok gajah,mat raja lela juga memberontak terhadap inggeris.kita banyak lihat di tv atau surat khabar sebagaimana ada keluarga tertentu dibunuh oleh komunis tapi kenapa tak pula ditunjuk berita yang british juga menyiksa,membunuh,membakar kampung,tengok peristiwa dekat batang kali pembunuhan beramai-ramai penduduk oleh british.kenapa tak tunjuk? 
ini kerana british running dog tidak mahu memburukkan penjajah british yang dipihak mereka kerana ingin berkuasa di malaysia,sedangkan sebelum merdeka mereka hanya berani menjerit pada langit "hidup melayu". dan mereka adalah umno yang sehingga hari ini memakai nama ingeris mereka iaitu united malays national organisation dan sesuka hati mengubah sejarah.aku 
membaca juga buku yang sudah dikaji oleh mana-mana penulis,bukan membaca google yang terlebih auta kadang-kadangnya dan tak juga belajar guna kepala lutut sendiri.