FOLLOW

Wednesday, 13 June 2012

KAPITALIS DAN ORANG KAYA

"banyak duit,tindas-tindas orang,rampas-rampas hak,buat sesuka hati" 
mungkin benda yang lebih rapat dan sinonim yang patut aku kaitkan. 

biasanya senang saja mana nak cari orang-orang cilaka ni. 
lebih senang,mereka ni menjadi ahli-ahli kelab yang khas untuk orang-orang yang sama martabat dengan mereka seperti lake club atau royal golf club atau apa-apa kejadah lain lah yang highclass. 
Di sanalah mereka menjalinkan hubungan-hubungan sosial di antara mereka sambil minum dan makan,dan di sana jugalah kadang-kadangnya mereka mengikat janji untuk melancarkan projek ekonomi atau membincangkan soal politik sambil menghayun kayu golf dan berjalan dari lubang ke lubang di padang golf tu. 
mana yang merokok,cigar dan cerut mahal yang aku sendiri tak mampu nak beli berasap-asap di mulut mereka. 

berbeza dengan aku dimana rokok winston berasap dimulut sambil membelek-belek ikan dari meja ke meja penjual ikan yang lainnya,berunding harga dan memikirkan dimana mahu mendapat duit lebih dan terpaksa berkira duit syiling. 

itulah bezanya orang berkelas elit kpitalis dan berkelas pekerja seperti aku dan orang lain dimana lebih kerap dihimpit ekonomi kerana mereka. 
kita dah lama merdeka tapi dari segi ekonomi kita tetap menjadi mangsa. 

kita tengok pemimpin-pemimpin negara, mereka hidup senang-lenang sedangkan ramai rakyat mereka hidup susah di negara ni.bagi mereka kaum elit kapitalis mereka lebih suka menggunakan kudrat orang lain, menindas dan memimpin dengan tidak jujurnya,mereka juga lebih pentingkan kroni-kroni mereka dari lebihan rakyat di negara ni.mereka juga mengawal kesemunya harta negara. 

Kita tengok segala benda yang dahulunya kerajaan punya seperti hospital,tempat belajar,syarikat-syarikat atau apa-apa pun lah, sekarang kebanyakannya sudah di swastakan yang kadang-kadangnya tanpa diminta persetujuan rakyat. 

kononnya benda yang diswastakan tadi untuk dimajukan lebih lagi,padahal untuk keuntungan mereka sendiri. 
Benda yang sudah di swastakan tadi kemudiaannya di serahkan kepada kroni-kroni dan mewujudkan kebangkitan kapitalis,dan mengkayakan kapitalis tadi. 
inilah mujudnya budaya kronism dalam kapitalism. 

Bila tentang projek dan tender-tender besar,atau projek pemasaran ekonomi luar negara,mereka juga senang memperolehinya daripada kroni-kroni mereka sendiri.benda yang tak lari daripada kalangan mereka saja dan senang menjadi kaya-raya. 

Kemudiaan, apabila ada sesuatu projek-projek besar yang diuruskan oleh kroni-kroni tadi seperti syarikat atau apa-apa yang diswastakan tadi dan termasuklah projek pemasaran ekonomi luar menerima kegagalan mulalah,rakyat di suruh berjimat,harga itu ini naik,dan macam-macam lagi. 

itu belum dikira lagi dana yang mereka ambil senyap-senyap dari rakyat seperti kwsp dan sebagainya untuk membantu syarikat-syarikat kroni mereka yang nazak.tapi tetap mengalami bankrapsi dan merugikan berbilion ringgit. 

tapi mereka tetap tidak miskin walaupun syarikat gulung tikar,segalanya beres jika ada projek lain dan boleh dapatkan dana secara mudah dengan bantuan kroni. 
sungguh tak elok budaya mereka yang mendokung amalan kapitalis. 
yang terhimpit kita yang kaya mereka,yang miskin semakin miskin yang kaya semakin kaya. 

2 comments: