FOLLOW

Friday, 1 June 2012

KENAPA KOMUNIS DISALAH ANGGAP DI MALAYSIA

 aku rasa ni mungkin sebab idealogy baru yang dah diterapkan di dalam diri atau minda sesetengah rakyat melalui media surat khabar,tv,atau buku teks sejarah dan kurangnya orang zaman sekarang nak kaji benda ni dengan teperinci dan asyik bercakap seperti orang kurang ilmu yang hilang pertimbangan dan menilai dengan bangsatnya. 
apa tak betul aku cakap?? nak menilai mesti berilmu,kalau tak jangan menilai atau hanya tinggal cakap kosong. 
aku bukan mana-mana orang dalam parti politik malaysia,tapi aku cuma mengkaji.aku menulis bukan mewakili pihak atau pro sesebuah organisasi pun.jadi mudah saja,jika bijak berfikirlah secara bijak,jika bangang banyaklah berfikir. 

pasal cerita ni di malaysia tak payah lah aku nak petik nama tokoh-tokoh komunis dunia macam karl marx,friedrich angels,vladimir lenin dan leon trotsky sebab aku nak cerita pasal komunis dekat malaysia kenapa disalah anggap. 

benda ni memang jadi isu yang menggila,tak kira sapa pun asyik bercakap pasal komunis ni,lagi-lagi orang yang dalam arus politik lagilah hangat sepanjang masa.bukan tu je orang yang tak tau apa-apa pasal komunis pun sibuk juga dia nak bercerita pasal komunis even setakat dengar cakap-cakap orang,cakap-cakap tv atau pernah belajar dekat sekolah dulu,kalau cerita dekat tv komunis memang betul-betul dibuat sebagai watak penjenayah dan pemberontak,british pula mesti wajib ada sebagai wira yang jadikan orang melayu sebagai budak suruhan yang setia,sampai begitu sekali pihak british inggeris diangkat sebagai wira.nampak??jadi benda ni pun dah tertanam dalam diri generasi baru yang dipanggil generasi pasca merdeka supaya menganggap komunis dulunya adalah anasir petualang
Asal cakap komunis saja bunuh orang,tembak-tembak,baling mortar 6mm,kuku besi takda agama. habis british tu buat menatang apa pulak??tak bunuh orang??tak bakar rumah orang?? 
selalu saja orang mempertikai benda bahlul ni supaya hilang dari sejarah. 

Benda ni perlukan pengetahuan yang lebih universal atau mendalam,baru kita boleh kata sesuatu atau menilai dengan ada isi ilmu. 
jika kita kata komunis tiada agama,kenapa yang masuk komunis tetap ada agama.? 
Masa komunis ditubuhkan pada tahun 1930 memang kebanyakan mereka yang meyertai adalah orang cina,tapi mereka tetap ada agama.kemudian semakin ramai orang-orang melayu menyertai komunis tapi tetap ada agama,mereka juga ada terdiri dari guru-guru agama juga.jadi atas dasar apa yang mengatakan komunis anti agama? 
Mungkin pula dilihat sebagai watak pemberontak yang menentang kerajaan.perlu di ingat juga pada masa tu melayu tiada kerajaan tetapi hanya berani menjerit "hidup melayu" dan ada pula yang sanggup jadi balaci british.jadi sudah tentulah masa tu peberontakan komunis adalah keatas kerajaan british di malaya. 
memang betul komunis memberontak tapi hanya untuk menghalau british. 
dan masa jepun menjajah malaya pada tahun 1942,kenapa pihak british mengiktiraf komunis? 
Ini kerana british di malaya sudah kalah pada tangan jepun dan terpaksa berkerja sama dengan komunis hanya untuk mengekalkan kuasa emperialis semata-mata.jadi malayan people anti jappanese army(MPAJA) yang asalnya komunis pun ditubuhkan oleh british.mereka ni bila difikirkan memang tamak,datang malaya hasut orang tu hasut orang ni supaya senang mengambil hasil bumi malaya seperti emas,timah dan macam-macam lagi.mereka ni suka menyibuk dimana-mana,bahkan di negara lain pun mereka cuba menyibuk. 

Selepas jepun kalah tanpa syarat pada tahun 1945 kerana hiroshima nagasaki dibom oleh tentera berikat pada perang dunia ke-2 pulanglah mereka dengan meninggalkan hantu-hantu jepun dan selipar-selipar jepun di malaya dan barulah pihak british muncul semula nak jadi wira.masa tu komunis ni tak keluar lagi dari hutan letih gamaknya. 
selepas itu barulah komunis keluar menghalau british pula dengan memakai nama (PKM) parti komunis malaya semula dan menubuhkan sayap-sayap pkm seperti (API),angkatan pemuda insaf(AWAS)angkatan wanita sedar dan (PKMM)parti kebangsaan melayu malaya. 
Majoritinya adalah orang melayu semuanya dan bukan cina yang lebih ramai.


Sudah tentulah ramai orang melayu,kerana seramai mana pun cina ramai lagi orang melayu di malaya. 
Selepas jepun berambus mereka ni tidaklah memberontak secara mutlak tetapi hanya bermain politik,mereka selalu adakan ceramah,persembahan sandiwara rakyat dan aktiviti lain seperti berkawat
Selepas 1945 jepun berambus,dan 1946 muncul pula watak yang bakal merubah segala-galanya di malaya sampai hari ini yang bernama malaysia atau tak tau sampai bila,mungkin seorang pawang pun tidak cukup ilmu untuk menduga hal ini.watak tersebut ialah (UMNO)united malays national organisation
Mereka ni muncul pula dari bayang-bayang sejarah diantara komunis,british dan jepun.mereka ni muncul secara tiba-tiba,perang pun tak apa pun tak tau-tau ada je keluar. 
Rupanya mereka ni adalah british running dog atau budak suruhan british yang menawarkan diri untuk merdekakan malaya.jadi keadaan semakin pincang dari kesemua pihak lalu perintah darurat diisytiharkan oleh emperialis dog yang bernama sir edward gent pada tahun 1948 dan mengharamkan kesemua pertubuhan kecuali umno yang nyata budak suruhan british.di dalam komunis setelah haram orang-orang melayu mula menubuhkan rejimen ke-10 yang disertai hanya oleh semua orang melayu yang ingin berjuang sahaja,inilah detik pemberontakan mutlak kepada british. 
tetapi lama kelamaan komunis tetap kalah juga di tangan british dengan bantuan-bantuan orang yang sanggup menjadi british running dog,perjuangan singkat dari pihak komunis. 

Selepas komunis dihalau maka mereka yang dari umno pun mula berjuang bermati-matian menuntut kemerdekaan malaya,dan setelah beberapa lama menjadi budak suruhan british berhasillah malaya dimerdekakan pada tahun 1957 walau pun secara tidak tulen.kenapa aku cakap tidak tulen??ada sebabnya. 
mungkin orang yang baca ni mampu berfikir dengan teliti. 

Jadi selepas perjuangan orang melayu didalam komunis kenapa masih perlu disalah anggap komunis itu petualang,bukankah tokoh-tokoh melayu seperti tok janggut,datuk bahaman,tok gajah,mat raja lela juga memberontak terhadap inggeris.kita banyak lihat di tv atau surat khabar sebagaimana ada keluarga tertentu dibunuh oleh komunis tapi kenapa tak pula ditunjuk berita yang british juga menyiksa,membunuh,membakar kampung,tengok peristiwa dekat batang kali pembunuhan beramai-ramai penduduk oleh british.kenapa tak tunjuk? 
ini kerana british running dog tidak mahu memburukkan penjajah british yang dipihak mereka kerana ingin berkuasa di malaysia,sedangkan sebelum merdeka mereka hanya berani menjerit pada langit "hidup melayu". dan mereka adalah umno yang sehingga hari ini memakai nama ingeris mereka iaitu united malays national organisation dan sesuka hati mengubah sejarah.aku 
membaca juga buku yang sudah dikaji oleh mana-mana penulis,bukan membaca google yang terlebih auta kadang-kadangnya dan tak juga belajar guna kepala lutut sendiri. 

No comments:

Post a Comment