FOLLOW

Tuesday, 10 July 2012

konspirasi ekonomi dunia

Selepas aku dapat mengetahui beberapa perkara tentang ekonomi dunia aku terus rasa mahu menulis tentang ekonomi. 
Ekonomi yang zahirnya biasa tetapi penuh dengan konspirasi yang zalim. 
dan aku agak ramai yang tahu tentang ekonomi biasa tapi masih tak tahu tentang rupa sebenar ekonomi. 

Kita hidup dimalaysia, negara yang bertaraf dunia ke-3(LDC) yang semakin maju tetapi mempunyai hutang yang mencecah berbilion ringgit di bank dunia atau mungkin IMF,perlu di ingat IMF dan bank dunia adalah dua benda yang berbeza. 

itu semua adalah kerana hasrat ingin memajukan negara supaya setaraf dengan negara-negara maju lain.tapi hakikatnya kesan daripada kemajuan negara,negara malaysia telah mencatatkan hutang tertinggi di asia tenggara kepada band dunia,walaupun malaysia mencatatkan hutang paling sikit di asia tenggara kepada negara luar. 

Itu kita lihat dari mata kasar,tetapi yang disebaliknya??? ianya ekonomi yang kejam,sulit,rumit,monopoli,corporatocracy dan penuh dengan konspirasi. 
Kenapa aku cakap macam tu?? kau orang tanya diri kau orang sendiri?? kenapa negara berhutang terlalu banyak?? 
boleh bayar balik atau tak?? kalau boleh bayar nak bayar pakai apa?? Adakah nak kena menindas rakyat dahulu supaya boleh membayar hutang yang tak mampu dibayar?? 

Aku rasa baik aku straight to the point kepada benda apa yang aku nak cerita, negara sudah terlibat dalam penguasaan perluasan empayar global oleh pihak asing, ini adalah bentuk jajahan baru pada negara-negara dunia ke-3 (LDC) seperti malaysia. 
ianya dimonopoli oleh negara-negara asing tersebut didalam pergerakan ekonomi. 

Kenapa boleh jadi macam tu adalah kerana negara dunia ke-3(LDC) lain dan termasuk malaysia telah terdesak untuk meminjam kepada bank dunia dan IMF,bank dunia dan IMF kau orang boleh kenalinya sebagai corporatocracy,ianya bukan tempat meminjam duit yang biasa,ianya tersembunyi agenda tersendiri. 
Mereka akan mendesak negara-negara dunia ke-3(LDC) secara halus dan berkesan supaya meminjam kepada mereka dan apabila sudah meminjam mereka akan pastikan yang negara-negara dunia ke-3 (LDC) tadi tak akan mampu membayar balik hutang-hutang mereka,sebaliknya semakin bertambah meningkat dari semasa ke semasa. 

Cara mereka memang halus dan berkesan dengan permainan taktik helah,mula-mula mereka akan menyiasat negara-negara dunia ke-3 (LDC) dahulu,mereka menghantar satu kumpulan untuk menganalisis tempat-tempat yang sesuai untuk dibangunkan,membuat kiraan statistik angka-angka kemudian membuat pembentangan terakhir dan menawar kan negara-negara dunia ke-3 (LDC) kepada bank dunia atau IMF,analisis itu semata-mata dibuat untuk kepentingan mereka sendiri,mereka akan tengok negara dunia ke-3(LDC) tersebut wajar atau tidak untuk dirujuk kepada bank dunia atau IMF tadi,kalau wajar seperti aku cakap tadi terus dibentangkan di meja akhir untuk di buat kira-kira. 
kebanyakan negara dunia ke-3 (LDC) memang terjerumus ke kancah hutang yang takkan mampu dibayar balik,mungkin mereka tak tahu akan agenda tersebut.mereka kebanyakan juga tidak tahu yang mereka sudah masuk ke mulut corporatocracy-corporatocracy. 
tapi ada juga yang sudah sedar dengan agenda tersebut dan oleh sebab mereka terdesak mereka terpaksa juga melepaskannya kepada tangan corporatocracy-corporatocracy. 

Begitulah tujuan mereka dan cara mereka yang begitu konservetif dan efektif,posisi dan kedudukan dalang-dalang ini didalam sesebuah syarikat organisasi atau kumpulan begitu rahsia dan sulit sehingga tidak ada pihak luar yang dapat menghidu agenda mereka kecuali,orang-orang yang terlibat sama didalam organisasi-organisasi tersebut dan mereke juga tidak boleh membongkarkan siapa diri mereka kepada khalayak umum mahupun orang yang rapat dengan mereka,ini kau orang boleh juga kenalinya sebagai kumpulan elit dalam bussines kotor. 

apabila semuanya berjalan dengan lancar,negara-negara dunia ke-3(LDC) yang dah dieksplotasi tadi akan menerima kemajuan-kemajuan yang mereka sediakan seperti pembangunan,jalan raya,empang-empang besar ,saluran tenaga elektrik yang mencecah bermega watt.
sekolah-sekolah Dan termasuk jugalah kemajuan-kemajuan lain yang boleh memberi keuntungan berlipat kali ganda. 

itu adalah dari hasil kerja keras mereka selama ini dan apabila berjaya mereka akan raikannya dengan wain dan champange sebagai tanda kejayaan diatas usaha keras mereka menyelidik dan membuat kiraan-kiraan statistik yang sengaja di tinggikan kos pinjamannya di bank dunia sehingga negara dunia ke-3(LDC) tersebut boleh jatuh miskin dari kemajuan kerana hutang yang tak mampu di langsaikan.dah memang itu tujuan penyangak-penyangak ekonomi ni,menjerumuskan sesebuah negara ke dalam kancah hutang dan selepas gagal sesebuah negara tersebut mereka akan mulakan agenda dan permainan sebenar mereka,mereka akan merompak pula hasil-hasil bumi negara tersebut seperti minyak,balak atau lombong emas dan segala-galanya.semua itu bergangtung kepada apa yang negara-negara dunia ke-3(LDC) boleh bagi kepada mereka,kalau negara tu kaya dengan minyak,minyaklah. Kalau hasil hutan,hutanlah. 

Itu semua adalah sesuatu yang berbentuk cagaran sebenarnya dari pinjaman yang tak mampu dibayar balik,katakan kau orang hutang dengan aku dan kau orang tak mampu nak bayar balik.jadi aku boleh rampas kereta atau rumah kau orang. 
pada awalnya kau orang nak pinjam aku tak bagi tahu pun kalau kau orang tak mampu nak bayar balik hutang rumah dan kereta akan dirampas. 
Tapi bila sampai masa aku datang nak merampas kereta atau rumah kau orang kerana atas dasar hutang dan atas dasar hutang jugalah kau orang terpaksa bagi kereta dan rumah kau orang. nampak permainan dia?? Ianya bukan seperti main dam aji di kedai kopi tetapi ianya mungkin sama seperti permainan catur,segala langkah perlu diawasi dan dijaga berhati-hati,setiap langkah penuh agenda tersirat dan banyak percaturan yang perlu dibuat. 

Kerja-kerja ni selalu dilakukan oleh negara-negara kelas pertama(DC) seperti america.mereka suka memonopoli negara-negara dunia ke-3(LDC) untuk kepentingan mereka sendiri. Entri ni akan jadi panjang lebar sampai kau orang malas nak baca kalau aku cerita apa yang dah berlaku sejak 1940-an,50-an sampai tahun mellenium 2000.entri lain mungkin.

1 comment: