FOLLOW

Tuesday, 19 June 2012

HIDUP MAMPUS INDUSTRI MUZIK MALAYSIA

Hhari ni macam mana kita menghayati muzik? 
apakah jenis genre lagu dan muzik yang kita dengar? 

Hal ini senang di duga,sudah tentu bermacam-macam aneka jenis genre muzik yang kita dengar atau selalu keluar masuk melalui halwa telinga baik waktu pergi kerja,dirumah,di kedai bundle,di kedai kaset/vcd/dvd dan tak kiralah kemana saja muzik dimainkan. 

Bagi aku sebagai kutu yang selalu menghayati muzik terutamanya muzik underground,alternatif dan muzik bebas diluar negara mahupun didalam negara secara khususnya kadang-kadangnya mengambil berat juga tentang kesemua genre muzik di malaysia walaupun aku kurang gemar dengan muzik yang ada sekarang dan kian ntah apa-apa. 

dimalaysia,muzik didalam industri kita tampak gah dan berjalan lancar seperti biasa,artis dari band dan artis solo bila kita lihat seketika meletup-letup. 
dengan kehadiran mereka lebih menguatkan industri muzik malaysia. 
tapi sampai bila dan boleh pergi sejauh manakah?? 

"indah khabar dari rupa" 

mungkin itulah gambaran yang sepatutnya aku bagi,ianya tampak gah tapi sebenarnya buat pengetahuan and, didalam industri muzik malaysia ianya mempunyai banyak masaalah. 
kita kira saja dari pemuzik susah nak cari makan,artis album tak laku,proses rakaman tak jalan-jalan dan lagu tak main dekat radio. 
Mungkin ramai dari korang yang tak tau hal ni. 

Ada sesetengah pihak menganggap muzik adalah 1 business yang boleh diniagakan,bila ianya tergolong dalam business maka perlulah wujudnya persaingan. 
Itulah masaalahnya didalam business dah tentu terlalu banyak persaingan dan persaingan itu pula bagus supaya kita buat sesuatu yang lebih baik daripada pesaing kita,tapi jika terlalu banyak pesaing buruk padahnya,terutamanya dalam benda yang aku cerita ni,iaitu muzik. 

Di negara ni,muzik tidak bersaing dengan muzik di negara ni saja,tapi terpaksa pula bersaing dengan negara lain terutamanya muzik dari seberang indonesia atau lebih-lebih lagi korea yang dikenali sebagai muzik k-pop dan muzik dari barat.diorang jugalah yang selalu kita lihat membuat konsert dimalaysia dan album-album mereka terjual disana sini. 

kenapa aku buka cerita pasal muzik k-pop dan muzik dari seberang indonesia atau barat?. 
kerana inilah juga masaalah penyebab yang akan menenatkan atau memampuskan industri muzik malaysia harini dan di masa akan datang. 
dan ini jugalah punca artis di negara sendiri susah mahu mencari makan kerana penganjur,penaja dan sebagainya ghairah membawa muzik luar ke malaysia dan mengenepikan artis dan muzik dimalaysia,ibaratnya 
"kera dihutan disusukan anak dirumah mati kelaparan". 

inilah padah bila muzik dibisneskan,bila aku kata macam tu bukanlah bermaksud didalam muzik tidak perlukan bisnes,bisnes itu juga penting untuk royalti seseorang artis tu. tetapi masaalahnya bila orang yang bisneskan muzik itu hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata dan ghairah membawa artis luar ke malaysia dan menutup periuk nasi artis di negara ini. 
Kata mereka ini adalah business,ada peluang sapu,ini trend pendengar tetapi mereka lupa dengan keghairahan mereka akan membawa keburukan di dalam industri muzik malaysia. 

mari kita kira pula berapa orangkah artis kita yang berjaya keluar selepas search? 
habis-habis pun yuna,zee avi, yang top diluar negara dan mungkin yang korang kenal,tapi bagaimana pula dengan artis-artis lain yang berjaya keluar dari negara ini ke negara orang untuk membuat persembahan?? 

Banyak!! 

Tapi kenapa mereka ini tak diangkat dan dipromosikan sehinggakan jika ditanya pada orang ramai mungkin orang tak berapa kenal 
Mereka kerana karya mereka sudah ditenggelamkan oleh karya-kary muzik luar,dan hanya peminat setia mereka sahaja yang tahu dan setia mendengar karya mereka.dari segi persembahan live mereka pula, orang-orang yang bisneskan muzik tadi segan-segan untuk menganjur atau menaja mereka,takut tanggung kerugian katanya. 

Dan pada artis yang sudah dikenali juga tetap sikit-sikit menghadapi masaalah,tidak berani menerbitkan album kerana bimbang akan tidak boleh dijual dan terpaksa gunakan strategi lain seperti mengeluarkan single-single lagu. 


Tidak cukup dengan itu station radio juga memilih bulu untuk memutarkan lagu-lagu artis malaysia di station radio mereka,mereka juga sama membisneskan muzik untuk kepentingan station radio mereka sendiri yang ghairah memutarkan muzik luar terlampau berlebihan. 

Dan ada pula sesetengah station radio yang mengatakan lagu itu lagu ini tidak menepati ciri-ciri stasion radio dan citarasa pendengarlah apalah dan bermacam alasan yang tak munasabah. 
hanya ada beberapa station radio sahaja yang sanggup dan berani memutarkan kebanyakan muzik malaysia. 
Tapi yang banyaknya hari ni adalah station radio yang menganak tirikan muzik malaysia. 

Kesemua masaalah yang aku ceritakan dari awal tadi hingga sekarang,ini adalah benda yang tak tercanggah bila ada orang yang tak bertanggung jawab dan tak perihatin tidak mengambil berat tentang masaalah didalam industri muzik dimalaysia.