FOLLOW

Friday, 29 June 2012

PERTEMUAN SINGKAT ANTARA AKU DAN NOEL GALLAGHER

CENTRAL MARKET 11 pagi.
rambut yang hampir menutupi telinga,kelihatan seorang lelaki yang hanya ber t-shirt band the stroke,berjeans yang sedikit koyak-koyak dan kasut converse biru lautnya kelihatan rugged.lelaki itu begitu leka dan tenang sedang merokok,hembusan asap ketenangan begitu berkepul-kepul di khalayak ramai central market.siapakah lelaki itu?ah iyalah aku lah-

"excuse me,tumpang lalu".Seorang makwe mengalas sebuah gitar.boleh tahan cun makwe ni,sama rugged macam aku pulak tu,ada sikit seperti jelmaan courtney love,siap bawak gitar lagi,ni mesti kaki jamming!

"oh yeah sorry,silakan" .mengesot ke tepi.
"jamming?"Tekaan yang comform dan confidence.
"no lah,tolong ambikkan gitar kawan". berlalu pergi dan melesatkan semua telahan.Cis!

"hello braderrrr???,mintak rokok sebatang". Lelaki itu lebih kusut dari aku dan kelihatan tak mandi.Dan sesuka hati mengepau rokok aku- 
"Em nah ada lagi sebatang".
"eh betol ke ni bro! Thank you!".
"ya,ya ambik..eh lu nak nasik tak?kalau lu nak lu tunggu sini,nanti gua datang bawak nasi".
"betul bro?".seakan tak percaya.
"gua no hal,gua pun tak makan lagi!".
"okay-okay,lu tunggu nanti gua datang balik,lu jangan pegi mana-mana pulak!" aku pun bukak langgkah turun tagga.

  Berjalan tanpa tujuan,hanya mengikut gerak kaki berkeliaran dan mata meliar melihat gerak geri langkah manusia lain,kelihatan makwe-makwe cantik berlalu,mereka adalah sebahagian watak-watak yang penting di central market-

"huh panasnya harini!".membelek jam.baru pukul 11:41 tetapi matahari sudah galak mengedik menghidangkan haba.terasa kering pula anak tekak ni,singgah minum dulu di mamak central market,selepas itu rasanya nak pergi ke kedai buku dan ke kedai kaset/cd.

"mau apa adik manis?".mamak senyum.
"butuh kau adik manis!! duduk longkang nanti!".
"aiyoyo saya minta maaf la,mau apa encik?"Nada menyesal.
"tea o ais limau,rokok winston sekotak!".Mamak blah masuk dalam kedai.

  Haish....Begitu boring sampai macam ni,dulu tak macam ni central market.tak ada pulak tu makwe lalu lalang yang aku kenal.
Oh ya,kemana nadia,sarah dan sahabat-sahabat lelaki dan perempuan yang lain.dah terlalu lama aku tak jumpa mereka,terasa rindu semula.mungkin dah kahwin terutamanya nadia..5 tahun lepas kami semua sama-sama melepak disini,aku baru tamat persekolahan,mat-mat punk,skinhead,grunge dan semuanya melepak disini pada hari minggu.
Nadia adalah salah seorang dari skingirl,cute pulak rambut pendek nadia masa tu,tapi sayang tak sempat.ah bodoh.
dah terlalu lama masa tu berlalu.

"ini encik!". Mamak muncul.
"ya terima kasih!"aku masih tak ada hala tuju disini,duduk keseorangan sambil minum dan melayan perasaan pada teman-teman dan pada kehidupan lepas dan sekarang,tiba-tiba-

"can I take a seat here?!".
"oh yeah,sure!."
"thanks!"
"my plesure!".eh mat salleh mana ni rambut panjang tutup telinga dan berkaca mata hitam bulat.rasanya macam pernah tengok lelaki ini,setelah lama cuba aku menganalisis memang tak syak lagi memang dia.Memang aku kenal amat sangat dari gaya rambut dan kaca mata lelaki ini.
setelah 5 minit-

"hey my name is a noel gallagher,do you know where a nearest book stores here ?".
"yeah I know,and I want go the same place.and I know your name too,your is a liam gallagher brother isin't it?you both are gallagger siblings!".dari agakan aku.
"woo...yeah! So you know me as well!"
"yeah,include oasis,your brit-pop band!".
"em well..thats true!"
"hell yeah,what are you doing here dude?"agakan aku tepat.
"vacation,a fucking vacation!" lain macam muka noel.

  Selepas aku dan noel melepak di mamak,kami membuka langkah ke kedai buku sambil menyanyi lagu kenny rogers yang teruk itu.
Aku terus menghantar dia ke kedai buku dan aku pula tak jadi hendak membeli buku kerana ada hal penting.lagi pun aku malas nak sembang lebih-lebih dengan si noel ni,nanti dia mengarut,dan aku terpengaruh pula dengan penagih ni nanti.

"oh ya,apa yang terjadi dengan lelaki yang kusut di kaki lima tadi yang aku janji nak bawak nasi tu.ah lantak lah,lagipun aku tipu je,nasib la sapa suruh pau rokok aku!". Dan aku terus sambung menyanyi lagu kenny rogers yang teruk itu