FOLLOW

Sunday, 29 July 2012

MEMIKAT AYAM HUTAN TAHAP EPIC











"tringggggg!!!!..tringgggg!!!."  jam loceng bergema, merobohkan istana mimpi yang sudah terbina sejak awal aku tidur lagi. Kuat deringannya dan aku rasa jiran aku yang berpesatuan UMNO itu  juga mengelupor terjaga dari tidur dek terkejut akan deringan itu seawal 6.30 pagi. 

Aku masih terkial-kial membuka mata dan masih terpisat-pisat. Lalu 
Ke toilet membasuh muka dan mencapai kunci untuk memanaskan enjin motor. 
Sementara memanaskan enjin aku ke reban denak ayam hutan untuk memasukkan denak ke dalam beg sandang yang dibikin khas untuk ayam, 


"Tek!tek!tek!"  aku membuat bunyi mulut. 
"matthew,mari kita main-main di hutan hari ni!".  Matthew senget menyending tanda galak dan melepas kokokan pendek tanda sedia bertempur di hutan. 




Pukul 7, aku sudah berada diatas jalan, menuju ke ladang sawit 200 ekar. dengar kata ayam dekat situ pantang di ceroboh kawasannya. dan memang sesuai dengan matthew yang sudah lama tidak menyergah dan menjerat musuhnya ke dalam gelanggang pertempuran racik secara one by one. 

Sebenarnya ianya bukan lah hutan tebal yang aku maksudkan tadi tapi hutan kecil ditepi-tepi ladang kelapa sawit. asal nampak saja semak itu aku dah panggil hutan, kalau betul hutan tebal memang aku goyang nak redah sorang-sorang, buatnya teserempak dek gajah atau harimau tak ke naye, nak pegi ladang sawit ni pun aku malas sorang-sorang.
Semasa perjalanan, aku terserempak dengan megat yang sedang membeli nasi lemak diwarung makcik ramona- 


"ah cantik ada member sama hobi!" dalam hati aku.
"megat! Nak ikut tak?". Sambil aku menepuk badan ayam di dalam beg sandang buatan sendiri.
"jap,jap! Ambik aku kat umah!".megat kalut. membuat stunt ala-ala jackie chan dengan melompat dua meja sekali gus, makcik ramona pula menggeleng kepala, terpengaruh dengan jackie chan betoi budok nie.


Selesai aku mengambil megat dirumah, kami pun gerak ke ladang sawit 200 ekar seperti yang aku ceritakan di awal tadi dan tiba ke jalan masuk ladang itu. bermakna
ianya sudah bermula, percaturan yang amat dasyat sekali. aku dengan prinsip, falsafah dan teori tentang memikat ayam hutan bersedia membuat percaturan kah kah kah.


"bruhhh!" ayam betina terbang setelah melihat kami berdua. ayam betina kami tak perlu kerana yang betina tak akan berlaga dengan jantan. tapi kalau jantan sama jantan, buku dan ruas pulak tu, memang berlaga la jawabnya kerana pencerobohan kawasan telah berlaku.


"karl marx (bukan nama sebenar aku),aku rasa semak tu sesuai!"  sambil megat memuncungkan mulut ke arah semak.
Bila megat berkata begitu aku yakin dengan megat kerana dia bukan kepalang dan sembarangan pemburu, dia begitu arif membaca sudut, tapi harini dia tak bawa denak ayamnya kerana pakai denak ayam aku.


"okay cantik!" aku berhentikan motor seperti ejen FBI ingin lakukan ambush di kilang dadah.
"kita berenti jauh sikit,kita jalan kaki!"  Amaran megat.
"ok nah bawak perkakas!" aku memberi tugak kepada megat. 
"kau pasang racik tabur aku pasang racik kandang!" kami lakukan tugas masing-masing.
Tidak lama selepas itu-
"beres,kau pergi menyorok dulu,aku nak letak ayam!."  megat pantas menyorok.
Setelah ayam denak diletak didalam racik kandang yang menyerupai gelanggan aku pun lipat belakang dua kali dan terus menyorok hampir dengan megat.


"pap!,pap!,pap!,pap!". Denak menepuk agak kuat dan terus berkokok dan terus kais tanah.


Denak berkokok lagi dan lagi berulang dengan tepukan kepaknya yang memecah keheningan pagi secara berselang seli dengan kokokan.tiba-tiba-


"Prap!"  bunyi yang tak diketahui arahnya.
"prap!"  bunyi yang semakin dekat, pokok bergoyang-goyang kecil seperti ada mahkluk yang melintasi di balik semak, teringat pula aku akan cerita alien vs predator ketika predator memburu alien.
Macam mana kalau alien dan predator muncul dibalik semak tu. cair aku kena tembak.ah apa yang aku fikir ni!! Positif,positif!


"cit,cit,cit!"  dua ekor tupai berkejaran di tanah dan memanjat semula pokok.
"cis!" tupai rupanya.aku ingat ayam hutan atau alien vs predator tadi.di sebelah aku pula megat sedang rilek membalut rokok daun.
Selepas setengah jam kami pun blah hutan semak lain kerana terlalu lama ayam masih tak keluar untuk bertempur, mungkin juga tekaan megat yang salah supaya memikat ayam disini. Megat tak macam aku pergi memikat ayam tak ada falsafah, teori dan prinsip  kahkahkah ketawa dalam hati.


Tempat kedua, tak jauh dihadapan, semak yang gelap,kali ni langkahnya sama seperti awal tadi. Tetapi sedikit berbeza,kerana racik tabur tidak dipasang. diawal tadi cuma dipasang kerana pembukaan tirai gelanggang. tapi kali ini tidak! 


"pap!pap!pap!"  tepukan yang disusuli kokokan sama seperti mula-mula tadi. tetapi aku belum sempat nak menyorok lagi, begitu ghairah denak ayam hutan aku ni untuk memanggil musuh keluar bertempur. menyorok dengan baik adalah penting, supaya ayam tak akan nampak kita dan terbang. kerana ayam hutan agak sensitif kecuali ayam denak. itulah teori  sebenarnya. 


"pap!pap!pap! Disusuli kokokan!"  aku dan megat terus tercari-cari arah kokokan dan tepukan itu, kerana itu bukan ayam denak aku, ianya berbeza, kokokannya pun panjang sebelum mati di noktah. 


Tiba-tiba dalam carian kami tadi, ayam hutan yang memegang kawasan itupun keluar, mendada, menyenget, kais tanah dengan garang, ke kiri ke kanan mencari sudut serangan yang sesuai. ayam hutan ni kiranya macam gangster yang pegang kawasan bukit bintang dan petaling street lah, tapi cuma dia sekor je. mungkin aku patut panggil soloster  sebab dia takda gang.kahkahkah. 


Dalam hati "hah inilah dia,sudah mula aksi dan epic yang sebenarnya,tidak syak lagi!".
matthew pun nampaknya sudah tidak keruan,garang seperti singa walaupun matthew adalah seekor ayam hutan muda. tapi matthew sudah banyak pengalaman bertempur, setakat satu, dua sepakan ayam hutan liar begitu mudah dielaknya, bukan mudah bagi ayam hutan liar itu untuk mengusir matthew dari gelanggang.


"kok,kokkok,kok,kok.!" Matthew membakar jiwa ayam hutan liar itu.Dengan tak semena-menanya- macam haram juga aku buat bunyi ayam kokok guna tulisan.


"bruph! Bruph!" mereka sudah membuka lembaran gelanggang. matthew galak berlaga. Dan tak semena-menanya juga talipon berbunyi- 
lagu the killer berkumandang dan menghentikan pertempuran "shit!" 
"weh aok kt mane tew weh?"  mesej dari winston. ah aku lupa ada kenduri tunang arini. ah pegi mampus la, bila aku dah ada dekat hutan memikat ayam nak ada kenduri tunang ke, nak ada orang kahwin ke, nak ada orang kena tangkap basah ke aku dah tak peduli. itu lah prinsip  namanya kahkah! 


Ayam berketok takut "ktok,ktok,ktok,ktok!."  adu dan-dan ada mesej pulak, aku pun bangang tak silent dan boleh tahan bangang bunyi ayam ketok yang aku tulis ni. 
"sysh....! Apalah kau ni bikin spoil!"  megat sound aku. 
"sori,sori". Aku dah pun menekup mulut aku,bukan untuk tutup mulut tapi meniru bunyi ibu ayam. 
"tret...tret,tet,tet!" (macam gampang) ayam hutan liar itu pun diam dan berkokok semula. sama juga ayam aku. 
"bruph,bruph!"  mereka berlaga sekali lagi. sepakan demi sepakan. akhirnya matthew menendang dada ayam hutan liar itu lalu kakinya terkena racik dan terkunci bertali. 


"hah! Dah kena!"  jerit megat. 
"rileks slow-slow nanti ayam tu mengelupur putus pula tali racik tu"!  Sambil aku bangun. racik tu aku buat sendiri jadi aku belum test lagi kuat ke tidak.masa mula-mula dulu habis terbang ayam. 
"em tua dah ayam ni,taji macam pedang aladdin,tapi ayam ni besar cantik." megat menilai struktur tubuh ayam hutan liar itu. kami ada lalukan benda wajib dan rahsia selepas mendapat ayam hutan liar itu terhadap matthew supaya dia lebih garang. rahsia! jangan nak korek rahsia.


"mana port lagi nak redah?"  tanya megat. 
"sudah la tuh,cukup seekor bahagi dua.nak tamak-tamak buat apa!"  nasihat aku kepada megat. 
"tak best langsung!"  keluh megat. 
"inilah falsafah hahahaha,tak cukup malam nanti kita datang bawa sauk,sauk semua sekali." tambah aku dengan mood seperti orang berfalsafah macam cilake. 


Kami pun gerak pulang dengan pemburuan yang epic lagi adventures untuk diceritakan pada anak-anak cucu dan pada generasi akan datang.Perkemaskan diri dengan teori,falsafah,dan prinsip. 
Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah epic sungguh power power.