FOLLOW

Thursday, 10 July 2014

Apa Kita Patut Buat Sebenarnya, Boikot cukup ke?

Semalam selepas aku berbuka puasa, belum pun aku membuka komputer dan menceroboh masuk ke laman sosial sendiri, TV3 menyampaikan berita yang sudah aku jangka akan terjadi. Walaupun aku sudah beberapa hari menjauhkan diri dari media atau senang cerita aku mengetahui perkara tersebut agak lewat dari orang lain. Perkara tersebut sudah berlaku sejak 1948, iaitu perkara berkaitan Israel - Palestin.

Aku perhati sahaja kaca TV, tekun mendengar perkara yang aku dah tahu dan orang lain tahu. Aku jadi marah juga walaupun aku sedikit kritis dalam banyak hal. Sambil aku merokok, aku asyik terfikir sampai bila benda ini akan berterusan. Tiada siapa pun dalam dunia ini yang inginkan peperangan. Peperangan amat sakit untuk dihadapi, boleh sahaja kau selak segala sejarah peperangan dalam abad ini tanpa mengira abad lain. Itu pun sudah cukup untuk buatkan kau tidak selesa perasaan.

Tapi, walau macam mana pun kau cakap kau bertamadun atau berada pada bangsa yang bertamadun tinggi, perang tak pernah berakhir. Selagi ada dunia dan manusia, selagi itu perang akan berterusan. Lumrah dunia menjadikan manusia sentisa berperang bagi menuntut segala benda yang hak atau pun bukan - dalam isu ini Israel dan Palestin.

Selepas penindasan kaum yahudi oleh Adolf Hitler dari Nazi dan Nazi tewas dalam perperangan, kaum yahudi telah dipindahkan oleh British sedikit demi sedikit ke tanah palestin. kemudian sedikit demi sedikit - mereka yahudi menakluk Palestin. Aku tersentuh banyak dalam soal ini. Kerana aku punya kesedaran yang amat tinggi juga, sebab bila aku fikir soal tanah yang diceroboh aku jadi marah. Kau tak boleh simpan perasaan kau dan tak terlepas juga membayangkan perasaan dimana tanah tumpah darah kau diceroboh dan dirampas oleh orang yang menumpang pada asalnya. Faktornya juga adalah aku orang islam dan kesedaran itu datang lebih tebal.

Kemudian selepas perasaan itu semua membelengu, aku terasa hendak membuka laman sosial milik aku. Seperti jangkaan aku juga, Facebook juga tidak terlepas dengan sebaran isu Israel -Palestin yang bertaburan dan bertembung sesama sendiri. Dan jangkaan aku lagi tebal, sebab aku pasti akan ada soal boikot-memboikot berlaku. Memang terbukti jangkaan aku.

Tak terlepas juga aku menyelak setiap halaman dan komen untuk membaca sebarang dua berita, ada yang berlebihan ada yang berkadar. Kemudian aku jadi marah sangat apabila aku membaca setiap komen ataupun status para Facebookers. Soal bercakap tidak guna otak dan membabi buta adalah kemarahan utama. Setiap orang ada pendapatnya sendiri dan aku berpendapat soal boikot ini wajar juga tapi kurang berjaya. Kerana dalam entri kasar-kasar aku sebelum ini yang berlainan dengan entri ini sudah aku katakan boikot tidak berjaya dikalangan orang melayu kerana mereka kurang bersunguh.

Aku menghidupkan api rokok dimana sebagai seorang perokok aku sukar untuk membuang tabiat ini dan rokok katanya - jika merokok ibarat membunuh anak-anak Palestin tanpa mereka membentangkan pengesahan yang sah, seperti juga barangan lain - dimana duit yang kita laburkan akan sampai ke tangan yahudi dan aku tak mahu usik soal Israel berurusan dengan Malaysia tentang kapal kontena atau apa walaupun aku tahu itu betul dan jelas.

Kemudiaan aku hairan dengan mereka yang bersunguh-sunguh tentang hendak menyuruh orang lain memboikot sama dan dalil-dalil mereka tidak munasabah. Misalnya, anda beli anda penyumbang kepada setiap kematian, Kau ni nak tengok saudara kita mati, kau orang yahudi ke taknak boikot atau mereka ada alasan untuk defend diri bila disuruh boikot Facebook yang mereka guna seperti "kita guna barangan mereka untuk jatuhkan mereka semula" "boycott with brain". Tapi disebabkan aku adil, aku setuju juga dengan boycott with brain ini. 

Soal guna Facebook untuk sebarkan dan tekan mereka(Israel) dengan propaganda-propaganda sahih kita mungkin akan berjaya sedikit kerana ramai orang islam dan melayu tentunya menggunakan Facebook. Seperti aku katakan, aku sedikit adil - aku punyai idea yang baik juga aku kira.

Kenapa kita tidak sebarkan pada orang ramai bahawa McD tidaklah menyihatkan kita, sama juga dengan KFC. Ayamnya ayam yang disuntik bukan? sebarkan dengan bersunguh-sungguh dan orang takkan boikot lagi, kerana orang takkan pergi makan ditempat yang dimana makanannya tidak sihat. Sama juga Starbuck, buat kedai kopi kita sendiri yang ada class sama macam Starbuck. Seperti aku yang merokok - selagi kerajaan ingin untung dengan cukainya, hasilkan tembakau kita sendiri yang sedap rasanya - disini kita sudah punyai rokok sendiri, rokok daun. Tapi ianya tidak memenuhi rasa tekak setiap perokok di Malaysia. Kemudian sama juga dengan barangan lain yang orang propagandakan suruh boikot tanpa kau bersedia.

Berkenaan generasi kita, mulakanlah dengan pendidikan yang lebih mendalam dan bukan sekadar berlumba untuk sijil. Tanamkan sifat nasionalis dalam diri mereka supaya mereka ini bila dewasa kelak tidaklah seperti melepaskan batuk ditangga. Sifat nasionalis ini penting bukan sekadar kepada negara tetapi kepada agama juga dan dipanggil nasionalis kepada agama namanya. Aku percaya, jika ini ada kita akan berada diatas. Seperti didalam buku 
Arnold Toynbee, Civilization On Trial dan The World And The West - mengambarkan Soviet Union tidak dapat bertahan lama kerana mereka tidak ada agama(bukan semua), tidak ada kepercayaan, tidak ada iman dibelakang ideologi mereka. Sejarah membuktikan bahawa kepercayaan, jiwa dan keyakinan kepada kuasa tuhan adalah penting. Sebab lain, Soviet Union juga runtuh kerana ekonomi mereka tidak berjalan lancar dan seperti kapitalis mereka juga penindas pada akhirnya. 

Dalam isu Israel - Palestin, bagaimana 50 atau 100 tahun lagi? Aku rasa mereka pun dah tak ingin kuasai tanah itu tetapi ingin kuasai dunia sepenuhnya. Jadi apa yang kita patut buat sebenarnya?




Tuesday, 8 July 2014

Raya Yang Akward, Fail Dan Lagi Creep



Aku tiada idea sangat nak menulis buat masa sekarang. Aku hairan mana pergi kesemua idea yang aku pupuk, atau aku tak pernah ada idea langsung dan itu hanya bidaah dalam kepala aku sahaja. Bulan puasa ni aku tidak ada apa-apa nak ditulis sangat memandangkan tak boleh nak cakap lebih-lebih.

Jadi aku terus pergi ke bahagian raya, dimana raya yang kita jangka happy akan spoil bila ada perkara-perkara tertentu yang spoil-kan raya. Tak kira lah dari kau atau orang lain janji raya itu spoil, walaupun sikit. Seperti aku sendiri, raya aku juga sudah beberapa kali spoil.

1. Kau punya raya akan rosak bila kau sedar-sedar sahaja, matahari sudah terpacak tegak diatas kepala. Cilaka apa raya bangun tengah hari. Terlepas sembahyang raya satu hal, bila member tanya tak nampak kau dekat masjid kau nak bagi alasan apa. Macam aku dulu, member yang datang kejutkan aku. Mana nak letak muka kalau tau dekat makwe-makwe. Ya, selain ambil tahu hal-hal yang berat, aku kisah juga dengan makwe.

2.  Kau tak keluar rumah, kalau kau bujang, muda dan bertenaga. Raya pertama duduk terperap dekat rumah memang tak steady langsung. kalau rumah kau buat laksa tahun itu, kau tak dapat balun sup tulang rumah member. Masa raya pertama lah kau nak sapu bersih segala macam makanan dan kau tak dapat tengok makwe berkeliaran.

3. Yang ini lain sikit, kau pergi America masa raya pertama, Bercuti atau apa-apa sahaja. Ini biasanya golongan yang tiada kampung halaman, liberal atau dah biasa raya sahaja bercuti. Aku liberal juga tapi masih ada sisi konservatif dan ada kehidupan raya. Raya lah sangat.

4. Bila kau pergi beraya ke rumah orang atau makwe yang stranger, kawan kau buat perangai tak senonoh dan menimbulkan ke-akward-an (kau tengok bahasa aku). Misalnya gelak kuat-kuat dan komdem langsir baru yang hodoh dan

5. Muntah dalam rumah atau baju orang. Aku belum pernah menghadapi tragedi seperti ini, jika bakal, aku belum ready. Bila raya semua benda nak makan, kemudian kau atau kawan kau muntah sesuka hati. ini memang fail tahap epic dalam sejarah hidup kau.

6. Tak pakai baju melayu atau baju kurung, kebaya ata apa-apa sahaja bagi perempuan pada pagi hari raya pertama. Aku harap kau paham budaya orang melayu ni macam mana, asal raya mesti baju melayu. Jadi demi memenuhi formaliti dalam majoriti kau kena pakai juga. Kalau kau tak pakai kau akan dianggap berasal dari Marikh. Tak percaya kau try la pakai macam nak pergi clubbing.

7. Sama macam no.6, kau pakai macam nak pergi clubbing. Pakai pakaian yag rock-rock, black metal, punk rock. Kau tau apa orang melayu kata, creepy gila babi.

8. Bila kau raya rumah orang, kau dapat duit raya. Ini aku percaya ramai yang masih dapat angpau walaupun dah tua bangka. Raya yang akward bukan? Tapi kau ambil juga demi menjaga hati tuan rumah. Kalau nak ikutkan kau bukan nak ambil pun seringgit dua tu. Melainkan kau tahu semua rumah nak bagi seringgit dua. 20 rumah dah berapa kau dapat, lepas isi minyak dan beli rokok.

9. Kena kerja masa raya. Aku tahu perasaan kau yang kena kerja masa raya pertama macam mana. Tambah-tambah lagi kalau itulah tahun pertama kau kena kerja masa raya. Kalau aku, aku tak boleh. Ada perasaan nak memberontak. Nasib lah, siapa suruh pilih kerja yang terikat.

10. Masa raya kau tiada duit. Aku pernah rasa peritnya sebab baru kehilangan kerja. Hari raya memang dapat makan free tapi duit nak isi minyak, rokok memang tuan rumah tak sediakan. Kalau macam tu buat macam No.8 untuk tambahkan pendapatan. Pau ahli keluarga juga adalah salah satu jalan dan elakkan anak buah, tapi kena bangun awal dari anak buah la.

11. Sesetengah lelaki dan perempuan yang selalu rasa raya tanpa boyfriend atau girlfriend tak bermakna akan rasa raya mereka fail dan akward sebab tiada boyfriend dan girlfriend. Apa kejadahnya ni. Tapi ada juga jenis ini. Bagi aku raya dengan kawan-kawan lagi seronok dan lebih havoc. 

12. Semua kawan kau beraya dengan kekasih hati mereka dan kau amat lonely pada hari raya. Kau akan diketepikan, nasihat aku kau balik rumah sahaja sebab tumpuan mereka hanya kepada kekasih hati mereka. Bagi lelaki, pagi jumpa di masjid, pukul 9 semua berkepit, tak kurang juga yang menghilangkan diri. Kau pun sibuk menyelak satu persatu no telefon perempuan di dalam talefon kau semata-mata untuk beraya bersama-sama mereka. Desperate gila.

13. Putus cinta pada hari raya pertama, dan nampak kekasih hati kau beraya dengan orang lain. Aku malas cerita bab yang aku tak gemar dan menjadi melayu tipikal - sangat.

14. Raya dekat bandar. Bab ini aku sedikit bongkak kerana aku punyai kampung untuk beraya. Kesian mereka tak pernah beraya di kampung. Pergi raya rumah kawan kena berhenti di traffic light dahulu sebelum sampai. Masih ramai yang beli lemang yang mahal dan tak masak sepenuhnya atau mentah. Dan juga tak pernah merasa main meriam buluh - nak cari buluh pun susah pasal sudah kena tebang dengan pihak pemaju untuk buat stesen LRT. Maaf jika aku berlagak.

15. Excident juga boleh menjadikan raya kau fail. Jadi berhati-hati lah masa hari raya sebab bukan sebelum raya sahaja nak kena berhati-hati. Dan memandu jangan serupa orang gila.

16. Raya aku fail tahun lepas. Tak dengar lagu raya, tiada wang, tiada makwe, bangun tengah hari dan tak pergi mana pun. Tahun ini nampaknya bakal fail juga. Jadi aku sudah buat rancangan sebelum gagal sepenuhnya. Aku mahu bercuti pada hari raya pertama bersama rakan yang dimana mereka rasa raya mereka juga bakal gagal. Bercuti ke terengganu sahaja. Walaupun berbaur kegagalan raya tapi kau patu paham kenapa asal raya sahaja orang pergi bercuti, sebab ianya seronok. Kau tak buat macam tu sebab mak kau marah kan???





Friday, 4 July 2014

'Into The Wild' Bukan Sekadar Sebuah Filem


Into The Wild, sebuah filem yang kau patut tengok. Hayati dengan tenang, hadam perlahan-lahan. Aku bukan nak buat riview atau apa tapi nak menceritakan tentang filem ini yang bukan sekadar sebuah filem.

Jika kau adalah seseorang yang teringin nak mencuba sesuatu benda yang baru atau keluar dari zon selesa kau, apa yang kau nak sangat buat? bagi aku, mengembara adalah salah satu angan-angan aku yang masih belum kesampaian. Kalau dapat travel dalam Malaysia pun jadilah asalkan aku dapat travel. Malangnya bukan semua manusia bernasib baik, aku terikat dengan komitmen yang besar, kewangan, fucked up dan itu menghalang aku untuk mengembara.

Cerita tentang mengembara, filem ini adalah berkisarkan tentang seorang anak muda yang fucked up juga dengan keadaan sekeliling dan telah mengambil tindakan untuk mengembara ke Alaska bagi mencari dirinya dan pengertian hidup setelah graduated dari universiti. Kemudiaan Sepanjang filem ini macam-macam perkara berlaku, misalnya kesusahan untuk mendapatkan makanan, transport dan penyakit

Filem ni bagi aku sangat berinspirasi dan bersemangat la. Masa aku tengah tengok filem ni aku rasa macam terus mahu mengembara. Biasalah, spirit tengah menaik. Dengan quote-quote yang power memang terngiang-ngiang dekat telinga. Hebat betul Sean Penn buat filem.




Kalau kau pernah baca dalam surat khabar pengintai(Metro) atau utusan, tak silap aku. Sebelum bulan puasa, ada  rencana pasal dua orang pengembara asing yang travel ke serata dunia dan telah singgah di Terengganu kemudian meneruskan perjalanan ke Singapore pada hari berikutnya. Cara mereka mengembara agak sedikit radikal, pasal mereka jalan kaki.

Bila ditanya sebab mereka untuk mengembara, mereka jawab, inspirasi untuk mengembara datang selepas menonton filem Into The Wild dan mereka juga mengenali antara satu sama lain adalah di dalam sebuah forum dimana rakan backpakers-nya juga adalah peminat filem tersebut.

Kau boleh imagine tak macam mana dia punya pergi filem ni? Sebenarnya aku dah banyak tengok filem berunsur-unsur pengembaraan, contohnya macam The Secret Life Of Walter Mitty, The Motorcycle Diaries, The Loneliest Planet semua tu. Motorcycle Diaries tu cerita pasal Che Guvara masa muda-muda, ada unsur-unsur revolusi sikit dan filem Into The Wild ni adalah filem paling aku suka la.

Walau macam mana pun filem ni memang bagi inspirasi dan tolong jangan buat lawak hambar suruh aku tengok upin ipin mengembara.

Wednesday, 2 July 2014

Orang Melayu Suka Kecoh Pasal Makan

Kalau kau fikir apa yang orang melayu paling concern sekali adalah, salah satu perkaranya ialah pasal makan. Kau rasa betul ke tidak? Aku tau la banyak juga perkara lain yang orang melayu ambil port. Contohnya perempuan pakai - tak pakai tudung, orang OKU, selfie doggie style dalam tandas dan macam-macam lagi.

Tapi pasal makan juga orang melayu selalu peduli. Aku yakin kau juga tahu, pergi je ke pasar malam. Punyalah ramai yang berniaga. Tambah-tambah lagi bulan puasa macam ni, lagi la ramai yang berniaga. Kalau pasar malam tak hari-hari tapi bazar hari-hari. Jadi macam mana kau boleh jamin tak ada pembaziran dekat situ?

Kalau kau perhati dan ingat-ingat balik, kita dah melalui pelbagai isu-isu makanan - kau ingat tak? Misalnya dulu masa aku dekat high school, Yang ada isu daging hotdog ada babi tu, orang melayu punyalah kecoh sampai tak beli langsung. Asal hotdog je babi, masa tu la....

Masa sekarang juga benda tu tak berubah, orang melayu masih lagi menjadi mangsa melalui makanan. Pasal semua orang tau melayu suka makan dan kita juga beruntung mempunyai perdana menteri yang juga ambil peduli pasal makan. Contohnya melalui penurunan harga kangkung tempoh hari dan membuatkan seluruh rakyat Malaysia terasa beruntung kerana mempunyai perdana menteri yang masih ambil berat terhadap rakyat. Trend kangkung, buat lawak kangkung la woi!( masa isu ni tak basi lagi la).

Kemudian tak lama lepas tu timbul lagi satu isu yang memprovoke orang melayu, iaitu chocolate cadbury ada DNA babi. Kau tengok berapa ramai orang melayu mengamuk dekat alam maya. Facebook, Twitter, Blog. Berapa banyak cadbury tak laku sebab bagi orang melayu marah.  kau kena tahu kalau asal babi sahaja, melayu mesti mengamuk. Sebab ini makanan. Orang melayu tak ambil port sangat pasal dadah, alkohol, sosial runtuh, macam mana dunia berfungsi, macam mana ekonomi run atau macam mana nak hidup dengan lebih baik sebab mereka peduli pasal makanan mereka terlebih dahulu. Tapi betul juga melayu mana nak makan babikan? Jadi kenapa tak produce makanan kita sendiri. Lebih baik dari mengamuk untuk isu yang akan datang.

Selama ni pun malaysia juga dah melalui fasa-fasa memboikot barang. Asal negara-negara pengeluar yang buat apa yang mereka tak suka mereka akan memboikot. Paling terus-terang sekali adalah makanan. Tapi, kau ingat berjaya ke? Kau tau sebab apa? sebab ini makanan. Kau cuba cerita dekat aku berapa banyak melayu pergi makan Mc Donald, KFC masa boikot memboikot sedang dijalankan. Boikot makanan tak akan menjadi keatas orang melayu. Orang melayu sebenarnya bukan peduli sangat pun dengan isu siapa kena bom atau apa, asalkan mereka dapat makan. Tapi boikot barang yang bukan makanan atau tiada kena mengena dengan makanan, itu aku setuju juga serba sedikit. Cara ini mungkin berkesan, tapi tolong jangan makanan.

Setelah dunia makanan di Malaysia dengan isu Cadbury sudah sedikit tenteram atau hujung-hujung, tiba-tiba ada pula isu kilang mee yang pengurusanya kotor dan tak teliti. Lagi sekali orang melayu mengamuk dan naik hantu dalam alam maya. Kalau apa-apa hal pun mesti alam maya. Satu isu makanan yang bersambung aku kira - macam lah kau tak tau dekat malaysia ni, kalau bas eksiden - bas je..... kalau buang anak - buang anak je....
Mana tak mengamuk sebab semua orang makan mee dan pakai cap masjid lagi. Kalau dalam alam kapitalis ini satu contoh baik untuk mempengaruhi rakyat, dalam kapitalis la.

Walaupun mengamuk, tapi isu ni sekejap sahaja. Tak sampai seminggu pun bertahan kerana;

1. Orang melayu dah penat mengamuk.

2. Orang melayu dah makan mee ni dah lama, sebab kilang mee ni dah beroperasi sejak tahun 60-an lagi.

3. Asalkan tiada daging atau DNA babi atau tak ada kaitan langsung dengan babi.

4. Orang melayu tahu semasa proses membuat budu juga ada ulat.

Dan isu ini diakhiri dengan pembakaran kilang tersebut oleh puak melayu yang lebih radikal.

Last sekali, kes Azwan Ali yang sangat hangat hari ini. Ditambah pula dibulan puasa ni dan pendapat dia tentang makanan dibazar ramadhan yang tak berkualiti. Disebabkan ini bulan puasa kau tak boleh ada pendapat yang berbaur kutukan terhadap bazar ramadhan kerana bazar mesti bulan ramadhan bagi orang melayu. Kalau bukan bulan puasa mereka tak marah sebab kau hanya kutuk pasar malam biasa dan bukan bazar ramadhan yang sama dengan pasar malam pada hari biasa. Kalau dia mencarut pahala dia lah yang kurang kan???

Sebagai orang melayu, aku juga ada makanan favourite masa bulan puasa;

                                           (gambar ikhlas yang aku curi dari Google)


Monday, 30 June 2014

Lagu Dalam Blog dan Sepatah Dua Kata Dari Aku


4. Suka hati kau lah nak letak lagu apa pun asalkan kau bahagia. Kalau kau minat hardcore punk atau metal kau boleh letak. Tapi bukan semua orang suka dengan lagu kau.

5. Aku kalau buka blog yang ada lagu, aku memang leceh sikit. Dah la berat, lagu yang tak kena dengan soul pula. Memang aku pangkah awal-awal la. 

6. Blog aku tiada lagu, yang ada hanya lagu dalam entri yang aku share. Dengan cara ini, walaupun aku suruh kau dengar lagu yang aku bagi, kau masih boleh pilih untuk tak dengar dan pergi ke entri lain.

7. Aku tak letak lagu pasal aku tak mahu paksa orang dengar lagu yang orang lain rasa teruk dan lagu itu mengcakupi seluruh blog kau.

8. Cita rasa muzik aku adalah berstatus NOT BAD.

9. Kau tak rasa ke letak lagu dalam blog kau macam kau paksa orang tu dengar lagu yang teruk? ha?

Sunday, 29 June 2014

Susah Betul Nak Cari Blog Bagus Sekarang.

Hari pertama bulan puasa. Seperti kebanyakan entri aku yang lepas-lepas disulam dengan carutan. Tapi, aku kekang diri aku untuk mencarut takkala aku banyak bengang dengan banyak perkara. Tujuan aku ni nak cerita benda yang aku bengang juga, tapi sikit-sikit je. kahkah.

Zaman sekarang susah betul aku rasa nak cari blog yang bagus untuk aku baca hari-hari. Aku tak tau lah kau orang punya bahan bacaan macam mana, bagi aku blog yang aku nak baca tu sudah semestinya bukan blog info macam mana nak cantikkan blog atau benda remeh-temeh lain yang semua orang dah tau. Biasanya kalau nak rujuk info umum aku lebih suka rujuk dari info barat.

Lagi satu bukan blog yang berunsur-unsur diari, kisah percintaan keterlaluan, tudung dan produk kecantikan. Aku bukan into pun benda-benda macam ni, tapi kalau kau cerita pasal muzik aku boleh masuk kepala. Pada pemerhatian aku orang yang layan muzik yang berunsur alternatif ni dia cool sikit. Pendapat aku la.

Aku mencari juga blog perempuan yang aku rasa cool dan best tapi lagi susah nak dapat. Yang aku pernah baca pun tak sampai sepuluh dan aku percaya ada banyak blog yang cool dari mereka ni. Cuma aku tak jumpa lagi, mungkin blog mereka terhalang oleh blog lain, mungkin sahaja. Kalau blog best lelaki aku banyak lah jumpa dan aku masih ada membaca lagi sampai sekarang.

Cool atau best disini bukan bermaksud kau yang cool atau best. Tapi, blog kau dan penulisan kau. Cuba kau cerita dekat aku cool ke blog kau kalau nak kena tunggu beberapa minit nak buka blog kau? siap ada lagu dan bersepah iklan nak duit. Macam aku cakap blog dan penulisan kau yang aku pentingkan kerana dari situ mencerminkan kau sikit-sikit. 

Blog yang kebanyakan aku baca pula dah banyak yang tak update. Mana pergi semua kutu-kutu sebenarnya. Blog macam hilang punca, frust tapi malas, darab dua, Akutakpeduli.com semua dah tak update. Kau boeh cuba Akutakpeduli.com macam mana dia punya pergi. Teh Tarik Gelas Besar sedap juga. CursingMalay pun boleh tahan. Kalau Tukar Tiub hari-hari dia update, ini politik la.

Aku selalu gunakan kata kunci yang akan relate dengan blog yang berkaitan. Kalau tak buat macam tu,  gila nak mampos nak blogwalking semua blog dan cari satu-satu. Aku selalu pakai macam-macam. Contohnya hipster dan band-band alternatif. Siapa dan blog mana yang akan bercerita tentang hal hipster dan apakah itu blog seorang hipster atau bukan. Siapa pula yang akan bercerita tentang band-band alternatif atau riview album atau consert band-band seperti Radiohead, Muse, The strokes, Pixies, Pink Floyd, Ramones atau banyak lagi.

Untuk lebih progressive aku selalu gunakan melayu sekian-sekian.... komunis sekian-sekian... falsafah sekian-sekian... Untuk blog macam AkuTakPeduli.Com aku selalu search pasal hah-hal sosial sebab blog ni banyak menafsir orang dalam masyarakat dan bagaimana orang itu dan ini sehingga ke mat rempit pun ditafsir.

Jadi semua itu dah tiada. Aku memang memerlukan blog-blog baru tahap power untuk dibaca. Takkan asyik mengadap entri yang kau rasa boleh dapat dekat mana-mana pun kan?


Saturday, 28 June 2014

Kau patut dengar banyak lagu macam ni.

Immortal technique - The 3rd World.


Genre muzik ni adalah Hip-Hop. Ya aku tahu ramai yang tak layan sangat Hip-Hop sebab yang ramai tahu Hip-Hop adalah sekumpulan lelaki yang asyik mandi dengan duit dan perempuan dan lirik lagu mereka asyik cerita pasal dadah, perempuan, duit, bling-bling atau semalam tidur dengan perempuan mana. Kalau dekat MTV video muziknya turut dipenuhi perempuan bimbo dan parti juga. Lagi drastik Hip-Hop adalah samseng dalam kumpulan dan mesti ada beef (bukan daging) macam dekat U.S.

Tapi tak semua atau Hip-Hop macam tu. Real punya Hip-Hop lebih concern pasal penindasan, kemiskinan, kapitalis,perang dan macam-macam lagi. Immortal Technique adalah salah satunya daripada ramai-ramai true Hip-Hop yang ada. Tak rugi kalau kau jual masa kau dengar lagu-lagu macam ni dari lagu yang sempitkan otak untuk berfikir.

Tak tahu maksud Beef dalam konteks lain, sila google.


Friday, 27 June 2014

Aku Ada Pendapat Sendiri Tentang Tudung

Kau ingat aku tak peduli langsung ke pasal tudung walaupun aku separa liberal  macam sesetengah penduduk dekat bangsar. Disebabkan aku ni orang melayu aku masih mempunyai sisi sifat konservatif yang masih belum neutral dari sifat melayu. Aku jarang ambil tahu tentang tudung tapi aku lihat tudung ada dimana-mana dan cerita ini tertumpu pada kaum perempuan sahaja, takkan lelaki pakai tudung kan? akward gila babi.

Pemerhatian aku dalam golongan melayu sekarang jika kau bertudung kau punya self-esteem akan menaik dan kau punya tahap nak dihormati menaik sikit. Jadi disebabkan ramai orang sekarang yang pakai tudung, maka banyaklah tudung yang macam-macam jenis dan gaya sehingga kau bukak blog pun tak berapa sedap pasal asyik cerita pasal tudung sahaja. 

Aku tak kisah sangat kalau kau nak bertudung atau tak, itu terpulang pada kau. Tapi aku ada rasa sikit perasaan tidak puas hati dengan scene bertudung ni. Bertudung zaman sekarang ni macam kau berada dalam zon yang baik sangat dan aku bengang juga dengan lelaki yang asyik beri pandangan yang perempuan bertudung itu, ini boleh buat isteri lah awek lah. Apa kau ingat perempuan tak bertudung jahat?

Dulu kalau kau perhati dalam cerita-cerita melayu klasik 70, 80,90an atau sebelum itu orang perempuan tak ramai sangat bertudung dan jika kau perhati lagi atau tanya orang lama, ustazah sekolah agama pun tak pakai tudung. Jadi datang dari celah mana pakai tu tanda dia baik? sedangkan tudung itu untuk menutup aurat sahaja.

Kemudiaan tahun 90an dimana zaman Anwar Ibrahim dalam UMNO dan ciri-ciri islamik yang dibawakan oleh Anwar Ibrahim (aku bukan penyokong mana2 parti jadi jangan kaitkan politik lebih2) maka telah ramai wanita-wanita bertudung kerana dizaman itu jika bertudung kau disamakan dengan orang-orang dakwah.

Zaman sekarang semua itu dah tiada. Sesiapa yang nak pakai tudung boleh pakai dan siapa yang tak nak pakai terpulang. Aku lihat sekarang pemakaian tudung adalah sebagai trend yang tengah up. Kebanyakan perempuan tiba-tiba pakai tudung. Sudah tentu kebanyakan perempuan menjadikan Felexia Yeap sebagai epitome mereka atau artis perempuan lain yang dah convert pakai tudung. 

Kau ada search Google atau cari tak yang tudung ni datang dari mana asal-usul dia? Tapi aku yakin yang ada dalam Google hanya dipenuhi asal-usul tudung bawal. Kenapa boleh panggil tudung bawal dan macam-macam lagi la. Orang bukan concern pun dari mana asal-usul pakai tudung ni, tau pakai sahaja.

Macam yang aku cakap, terpulang atas kau la nak pakai atau tak. Tapi yang aku bengang yang baru bertudung ni bila dah convert bertudung macam lain macam pulak dia punya perangai, semua orang dia nak suruh pakai tudung. Aku tak kisah kalau kau dah memang bertudung dan kau dah neutral dengan keadaan bertudung. Kau kena ingat tudung bukan senjata nak perlekehkan orang. Macam Abby Abadi, semua artis kena tarbiah dengan dia.

Bertudung masih belum cukup mencerminkan sifat seseorang perempuan. Aku kenal ramai perempuan bertudung dan tak bertudung. Bagi aku sama sahaja yang membezakan mereka hanyalah tudung. Tudung hanya untuk tutup aurat dan lagi satu benda yang kau tak perlu deny, tudung adalah trend zaman sekarang. 

Macam mana kalau kau lihat perempuan bertudung tapi merokok? Aku dengar dari mulut sesetengah lelaki yang kata "harap bertudung je tapi isap rokok". Atau dari mulut perempuan sendiri "baik tak payah pakai tudung kalau isap rokok". Aku fucked up bila dengar penyataan ni. Apa kejadahnya kau perlu libatkan tudung dengan perangai ni.

Aku tau semua orang ada pendapat sendiri tapi kau jangan samakan tudung dengan sifat seseorang. Ini bukan tahun 90an. Lagi satu aku perhati, ada orang perempuan takut dan segan nak pakai tudung pasal nanti kena kutuk.  Orang melayukan suka judge. Tapi kau kena ingat apa yang aku cakap tadi pakai tudung belum cukup mencerminkan sifat seseorang dan pakai tudung tak semestinya kau baik dan kena jadi baik.






Monday, 23 June 2014

Jika Ada Pertanyaan Mengapa Patut Keluar Dari Malaysia Mungkin Aku Ada Jawapan.

Aku yakin kau pernah dengar berita ni atau sesiapa yang ambil port la. Dimana kerajaan malaysia telah menyeru seluruh rakyatnya yang berkhidmat secara profesional di luar negara untuk pulang ke tanah air untuk berkhidmat disini semula. Tapi sambutannya amatlah hambar. Ini dipanggil "brain drain". Sudah tentu ini cerita lain dan berbalik semula kepada tajuk. Soal brain drain ni mungkin dalam entri lain kali.

Salah satu sebab yang simple mungkin kau dah terlalu lama duduk dekat malaysia dan teringin nak duduk oversea. Jawapan sesetengah perempuan aku rasa adalah Korea mungkin.. hmmp!. Kalau aku, jika tak Amerika boleh jadi duduk di Jerman atau Perancis. Jadi kutu dekat sana ok juga, kalau boleh la..

Lagi satu sebab adalah aku bengang dengan perkataan yang keluar dari mulut sesetengah melayu yang kata "kalau tak suka, keluar lah dari Malaysia" dimana aku syak perkataan ini hanya keluar selepas seseorang melayu itu sudah habis akal atau tak fikir panjang, sudah tentu juga penyokong kuat kerajaan, itu sudah pasti.

Suasana kerja di Malaysia juga tidak menyenangkan. Pekerja selalu tertekan dengan gaji yang dibayar, sebab itu yang buat kerja kontrak adalah pendatang asing. Selalu bising orang tempatan memilih kerja sedangkan dengan gaji murah siapa yang mahu kerahkan tenaga. malaysia boleh dijadikan contoh kapitalis bobrok dunia ketiga. Kerja di sektor lain di Malaysia juga sama, pekerja tiada rancangan untuk hidup. Kerja sahaja sampai mati.

Bangsa di Malaysia juga kucar kacir tiada persefahaman, tambah-tambah lagi melayu. Aku perhatikan melayu lebih banyak buat kecoh sebenarnya dari bangsa lain di Malaysia. Misalnya didalam politik melayu memang raja politik yang tak kemana pun, kaum yang ingin menguasai segala-galanya. Cina dan india pula adalah dua sosok yang terlalu menjaga kepentingan mereka sendiri. Tapi aku kira dimana-mana pun mungkin ada sedikit persamaan. tapi malaysia, politiknya nampak sangat tidak matang dan tertumpu kepada politik kaum kadang-kadang sehingga rakyatnya tertekan, baik kiri dan kanan.

Kemudiaan sistem di malaysia selalu sahaja membuatkan rakyatnya marah-marah setiap hari. Kau akan marah setiap kali ke bank. Kau akan marah setiap kali kad pengenalan kau cipnya selalu rosak, Kau marah bila ke hospital kerana sesak macam shopping mall. Kau bengang bila kena tahan dengan JPJ bila kereta kau bercermin gelap. Kenapa kereta bercermin gelap akan menjamin jenayah berlaku lebih banyak, siapa yang cipta sistem bodoh yang amat ni? Kenapa tak boleh bercermin gelap? takut senang nak rogol orang? culik orang? bawak dadah penuh satu kereta? makan bulan puasa?. Macam mana pula dengan panas yang menggila macam sekarang? kalau seseorang itu ada anak kecil yang nak dilindung dari panas macam mana mana pula?. Kebiasaan pemandu kereta di Malaysia selalu bengang dengan JPJ dan sistem bodoh ini kerana kerap makan hati bila kereta mewah selau lepas dari sistem ini dan kalau setakat pakai myvi grenti kena. Jadi sebagai rakyat biasa-biasa kenalah pandu dengan cermin seperti aquarium, bila berhenti di traffic light akan pandang kereta sebelah, kau tengok aku, aku tengok kau. Seronok kan..........

Malaysia sesak dengan kereta. Sesaknya mengalahkan New York. Siapa yang duduk di Kuala Lumpur dan berkereta pasti terasa azabnya, kalau kau masih pakai pandu manual la. Kalau auto steady sikit, tapi tension juga pasal hari-hari kena mengadap traffic jamm. Aku pun tak tahu apa yang menteri pengangkutan buat sampai benda ni tak selesai sampai sudah. Orang di Malaysia juga tidak suka menggunakan pengangkutan awam dan malas jalan kaki sikit. Kalau tempat kerja kau jauh dan tiada pengangkutan awam berdekatan aku faham, Kau patut guna kereta. Pengangkutan awam pula tidak beroperasi 24 jam. Takut berlakunya jenayah. Tapi jenayah berlaku juga. Aku terfikir juga dalam ingin mengelak sesuatu maka tercipta satu sistem tak masuk akal dan menyusahkan. Ah lagi satu masalah yang aku malas nak cerita panjang lebar dan jadikan sebab kenapa nak kena keluar Malaysia adalah masalah parking sesak. Faham-faham sudah.








Thursday, 19 June 2014

Tolong Jangan Main Handphone La, Cilake!





Salah satu perkara yang aku selalu perhatikan ketika dimana-mana pun apatah lagi ketika melepak dan perkara itu tidak lain dan tidak bukan adalah scene main handphone dari beberapa individu. Kalau kau tak percaya kau boleh pergi lepak kedai mamak atau tempat yang ramai orang dan perhatikan. Tapi aku rasa semua orang dah tahu benda ni atau kau adalah kaki main handphone juga? melainkan kau Geek. Kalau kau Geek tak apa.

Aku pernah perhatikan dimana 7 orang yang sedang duduk-duduk melepak tapi tak bercakap sepatah pun. Apa yang diorang buat? main handphone dengan muka serius. Nah teknologi mampu membunuh ketamadunan dan cara manusia berkomunikasi dengan baik. Kau macam tak boleh nak bersembang dengan baik kenapa? Kalau bersembang pun mungkin "Apa nama awek dekat pesbuk tu?". "mana air aku?" ini kronik la. Langsung tidak beretika. Jika dieropah ini tidak menghormati satu sama lain namanya. Tapi memang semua main handphone pun.

Selepas handphone canggih aku rosak pada tahun lepas aku ada juga simpan niat nak ada Handphone canggih baru. Tapi aku dah jadi selesa dengan menggunakan handphone tak canggih lalu membatalkan niat buat masa ini. Jadi aku tidak menggunakan handphone canggih buat masa sekarang dan ianya membuatkan aku rasa lebih bertamadun dan lebih banyak berkomunikasi dengan cara baik. Nanti aku beli juga handphone canggih satu, susah juga pakai handphone tak canggih ni pasal sudah 5 orang makwe minta MMS gambar dan aku asyik beri alasan suruh tengok dekat facebook je.

Aku ada pergi ke Danau Kota dan pemerhatian aku disana walaupun ramai orang tapi scene main handphone ni kurang. Pasal orang sibuk untuk tak main handphone. Takkan tengah sesak-sesak nak mengadap handphone lama-lama kan? kalau ada pun sekejap je dan aku perhatikan mereka adalah perempuan. Tapi scene main handphone lama-lama ni memang ketara dan jelas bila melepak seperti aku katakan sebelum ni lah.

Waktu melepak adalah waktu rileks-rileks yang tak perlu buat apa-apa. Disebabkan dah tak reti nak bersembang maka mereka main handphone bagi mengisi slot bersembang. Aku perhati mereka senyum, serius, gelak, buat muka kagum. Jadi aku fikir mungkin:

Yang senyum sedang stalker perempuan atau lelaki dekat facebook, main we chat dan whassap.

Yang serius mesti main game tak habis-habis atau baca tutorial cara memikat wanita dan disuruh beli buku oleh web tersebut.

Yang gelak sudah tentu tengok video atau gambar lawak yang sebenarnya taklah lawak pun dan juga mengutuk orang dekat facebook.

Last sekali yang buat muka kagum ni. Aku rasa diorang mesti sedang mengagumi tubuh badan wanita atau sedang menonton porno. Takkan tengok sportrim kereta pun nak kagumkan?

Seperti yang diketahui oleh pengguna-pengguna handphone canggih, handphone canggih ni cepat habis bateri. Jadi muncul lagi satu benda yang tolong menghapuskan ketamadunan iaitu power bank. Kaki main handphone yang rata-ratanya mesti ada power bank supaya nanti tak tergangu masa berkualiti yang sebenarnya tak berkualiti diluar. Kalau takda power ban nanti kena balik rumah.

Aku ada nama untuk mereka "Phone Addict" atau "Phone Crack". Mungkin.





Sunday, 15 June 2014

Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia.


Dah alang-alang piala dunia ni aku kasi up sikit la buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia ni dan sambil-sambil buat riview. Mula-mula sekali abaikan sahaja rokok dan pemetik api yang tertulis bahasa latin itu. 

Sebenarnya aku beli buku ni 2 tahun lepas masa bulan puasa. Sebuah buku hasil penulisan Lucius Maximus dan terbitan Dubook Press (menggunakan haiwan dubuk sebagai lambang haiwan berkaliber dan menjadi Du-book). Buku ni memang menarik. Kalau kau sembang pasal bola gila-gila tapi tak baca buku ni kau memang ayam la.

Menceritakan kegagalan Malaysia selama 40 tahun untuk ke piala dunia. Buku yang dipenuhi analisis-analisis bola dan dukungan falsafah bola. Analisisnya bukan hanya tertumpu kepada Malaysia sahaja tetapi bola seluruh dunia. Malaysia adalah diantara negara yang mempunyai liga yang tertua tapi tak boleh main piala dunia. Negara yang belajar main bola dengan Malaysia dulu rata-rata dah main piala dunia.

Dan Dipenuhi kritikan juga bagi persatuan-persatuan dan cara pengurusan. Tidak ketinggalan juga politik didalam bola dari pucuk pimpinan FAM dan kedegilan sesetengah individu. Senang cerita buku ni memang mempunyai karismanya.

last sekali pada akhir-akhir buku ni ada pascakata dari Pipiyapong. Boleh tahan juga gampangnya. Tak kenal Pipi? Ala..... yang jenis malas-malas sikit tu.

Wednesday, 11 June 2014

Sikap Aku Terhadap Piala Dunia

Aku yakin piala dunia adalah acara yang dinanti-nantikan oleh peminat tegar bola sepak seluruh dunia. Segala obsesi terhadap bola dicurahkan melalui acara ini dengan team negara pilihan. Seperti kebiasaan piala dunia, Brazil mesti akan dipenuhi pelacur-pelacur seperti acara piala dunia sebelum-sebelum ini. Masa ini lah mereka nak buat duit dan judi bola juga tak ketinggalan.

Semua kutu bola sudah riuh tentang hal ini. Yelah, kutu bola mana yang tak layan piala dunia? kalau layan bola tapi tak tengok piala dunia sama macam kau mengaku minat Nora Danish tapi tak tengok dia pakai seksi. Tapi..... tu lah, aku gemar juga bola dan piala dunia ni aku macam lost dia punya soul. Jika hendak di ikutkan aku lebih gemar bola didalam liga kerana bertanding club mana lagi power ni memang mencabar dan ada banyak team power. Kalau bertanding negara ni itu jelah yang dok mencabarnya.

Lagi satu faktor yang menyebabkan lack of spirit ni mungkin kesian juga aku tengok rakyat marhaen Brazil yang berdemo tentang piala dunia. Brazil ni kaya juga aku kira, tapi banyak rakyat yang susah dan negara sibuk habiskan duit anjurkan piala dunia. Kalau malaysia jadi anjurkan piala dunia nanti aku tak tahu lah kesannya. Rakyat lah yang kena tekanan.

Aku mungkin sokong juga. tapi, Aktiviti aku lebih memberangsangkan dari piala dunia. Jadi sokong tanpa tengok adalah jalannya. Aku bercadang hendak sokong Itali dan Iran. Jika aku sokong Iran tak bermakna aku Syiah. Tapi salah satu sebab mungkin itu. Aku nak dengar apa orang sekeliling kata. Biasanya orang bodoh akan libat kan dengan agama walhal cuma sokong bola. Umpan aku adalah sokong Iran untuk memerangkap orang bodoh. Itali pula isunya tidaklah beberapa kuat.

Satu lagi perkara yang aku tertarik adalah, perempuan juga kecoh dengan piala dunia ni. Ada yang mengaku sokong Brazil terus. Tapi apa salahnya perempuan minat bola. Lelaki boleh suka bra takkan perempuan nak minat bola tak boleh.




-Di Brazil mereka tak cakap Spain tapi cakap portuguese.

Monday, 9 June 2014

Tumbok Rusok !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Nah ini dia bahan baru. Sebuah naskah buku yang bertajuk Tumbok Rusok. Buku ini bukanlah buku yang mengajarkan seni mempertahankan diri yang memerlukan kau menumbuk rusuk lawan, Tapi buku ini merupakan adaptasi dari ruangan kolum Tumbok Rusok dari majalah kegemaran aku iatu ROTTW dan dikeluarkan oleh ROTTW juga.

Seperti sesiapa yang biasa membaca majalah muzik tanah air ROTTW pasti sudah mengetahui apakah Tumbok Rusok ini. Bagi sesiapa yang tidak mengetahui, Tumbok Rusok ini adalah ruangan kolum didalam majalah muzik ROTTW yang membicarakan masalah-masalah serius muzik tanah air serta analisis dan kepincanganya.

Jadi kalau minat membaca atau muzik dan tak keberatan, boleh dapatkannya.

TUMBOK RUSOK JILID 1 (2005-2008)
KINI SIAP DICETAK
35 TOPIK
208 MUKA SURAT
CETAKAN PERTAMA: 500 NASKAH SAHAJA
SILA!

HARGA BIASA:
RM25.00 SEMENANJUNG
RM30.00 SABAH DAN SARAWAK
KOS POS:RM 5.00
HARGA PROMOSI RM25(BELI TERUS DARI ROTTW TERMASUK TAMBANG)
PEMBAYARAN:
MAYBANK 1625-5309-4626(NOREHAN BT MD NOR)

Sunday, 8 June 2014

Panik!!! Tapi Ada Kemenangan.

Bersarapan pada pukul 12 tengah hari ni memang steady, kerana waktu ini mood agak mellow. Lagi-lagi baru bangun tidur seperti ini. Sebagai pemuda yang berkaliber aku terus sambung makan tengah hari sambil dengar lagu rock. Tengah hari itu berjalan lancar secara luar biasa dan hari ini adalah Sabtuday. 

Tapi aku amat hairan kenapa hari sabtu begini begitu sunyi. Tiada kutu-kutu berkeliaran. Semua kutu masih tidur lagi ke? Persoalan demi persoalan menghentak fikiran. Aku keluar kedepan rumah bagi memastikan keadaan terkawal. Tapi masih tiada kelibat kutu-kutu.

Vroooommm......... dua orang makwe lalu menaiki motorsikal dan menjerit "Wooo pakai boxer je tu" Aku buat tak endah sahaja, kerana aku liberal macam orang dekat Bangsar.

Aku tidak dapat duduk diam lagi kerana kampung ini begitu sunyi sehingga aku khuatir jika pemuda kampung ini yakni kutu-kutu harapan bangsa diculik atau ditangkap supaya mengelakkan revolusi terhadap kerajaan daripada berlaku. Tuala dicapai dengan pantas dan aku sempat menukarkan lagu rock yang lain untuk dibuat bekal mandi.
 
Aku kehulu-kehilir sekitar kampung bagi memastikan keadaan tenang seperti biasa. Tapi, ianya sangat luar biasa. Orang-orang muda baik lelaki atau perempuan semuanya hilang entah kemana. Yang ada hanya orang-orang tua dan orang-orang yang di umur pertengahan. Itupun tak ramai dan mereka memandang dengan pandangan jenis pandang ikut tepi. Aku berasakan kampung ini begitu aneh. Ala jenis macam Zombies sikit.

Kemudian aku pulang kerumah semula untuk kurangkan panik yang menyelubungi diri. Aku kedapur membuka peti ais, tapi tidak jadi apa-apa. Buka periuk nasi juga tidak jadi apa-apa. Buka TV ada cerita sinetron bodoh dan rancangan realiti TV bodoh, tidak juga jadi apa-apa. Akhir sekali aku membuka mesin basuh dan ianya kemuncak kepada panik yang menumbuk-numbuk. Aku keluar sekali lagi untuk mencari penyelesaian kepada permasaalahan.

Seperti sebelum, orang yang aku jumpa masih melemparkan pandangan Zombies dan kampung masih lagi tiada kelibat orang muda. Kesunyiaan, keanehan itu membuatkan aku lemah dan hampir rebah. Dari dua perasaan itu telah melahirkan rasa takut yang amat sangat. Aku jatuh dimakan ketakutan. 

"Eh Zar. Kenapa kamu baring tengah jalan ni?" Satu suara muncul entah dari mana, sepertinya aku kenal. Aku bangkit dari atas tar.

"Makcik Ramona? makcik Ramona tak apa-apa ke? makcik Ramona kena pergi sekarang kampung dalam bahaya, Makcik kena lari." puas aku meyakinkan Makcik Ramona, makcik ramona tukang jual nasi lemak.

"Apa kamu merepek ni!! kamu buat apa lagi dekat kampung ni? Semua orang dah pergi, kenapa kamu tak pergi lagi?"

"Eh, kenapa saya pulak, makcik la yang kena pergi!" Aku hairan.

"Macam mana nak pergi, tiket takda. Lagi pun Makcik dah tua nak tengok bola ramai-ramai dalam sesak tu. Kamu kan orang muda kenapa tak pergi? semua orang muda dalam kampung ni pergi tau."

Tak lama selepas itu, aku telah berada ditepi sungai dengan 4 batang mancing, Jenis nak bagi nampak ramai.

Tapi tak lama, aku tak dapat tahan dengan boring dan terpaksa juga bergegas ke stadium Shah Alam bagi menyaksikan Pahang menentang Felda United. Gampang betul.




Friday, 30 May 2014

Kembali Ke Petak Pertama

Welcome back Zar, Welcome back to the house of addicted.

Blog aku dah kembali pulih seperti biasa. Boleh follow dan unfollow blog. Itu pun aku sedar ketika memeriksa blog ini. Bukan itu sahaja sebab aku terjun semula ke blogger, tapi sebab blog yang aku tulis selepas blogger  iatu tumblr belum ramai melayu gunakan. Cuma ramai mat salleh dan minah salleh dan tumblr bukan dipenuhi artikel tapi gambar. Tumblr ni macam instagram kedua, salah guna mungkin. kepala babi ko, pakai instagram sudah lah!

Melayu hanya tertumpu kepada blogger sahaja, yang menulis di blog lain memang tak ramai. Jadi memang mengarut kalau aku menulis dekat tumblr. Macam mana aku nak mempengaruhi orang melayu ke jalan aku, kahkahkah. Jadi sebagai melayu yang terpaksa, aku kembali semula ke blog yang dipenuhi melayu. 

Ah, tengoklah macam mana nanti....

Aku pun bukan yakin sangat dengan blogger ni.

Tambah2 lagi pembaca melayu.

Blog aku ni pun macam harem juga, ntoh mende-mende.

Saturday, 29 March 2014

Selamat Kembali Buat Diri Sendiri



Aku kembali semula ke alam maya melalui blog Pelepak Professional dengan identiti yang masih rahsia dan kabur kepada umum dimana tidak ada orang peduli pun. Sejak aku terputus hubungan dengan internet selama 2 minggu terlalu banyak perkara yang berlaku. Aku tidak tahu perjalanan scene muzik di Amerika selama itu. Kemudian 6 orang didapati mati di Future Music Festival Asia(FMFA) gara-gara overdose dan banyak hal lain lagi. By the way dadah bukan muzik dan muzik bukan dadah.

Lagi satu soal Flight MH370, berita ni senang dapat. Dari metro surat khabar pengintai sehinggalah ke New Street Time semua cerita pasal MH370 sehinggalah pengesahan di lautan Hindi. MH370 ni akhirnya menjadi obsesi rakyat malaysia akhirnya. Bukanlah aku tidak sensitif dengan keadaan. Tapi bermacam-macam spekulasi yang timbul, kena hijack, pusing balik, sakit mental dan yang aku paling susah nak telan adalah spekulasi dari mereka yang suka konspirasi yang mengatakan ini kerja Amerika atau iluminati. Boleh diterima akal tapi sukar disahkan. Tapi orang yang gila teori konspirasi ni bukan suka cakap pakai bukti sahih pun.

Dah 2 hari aku menceroboh ke alam maya ni, tapi baru hari ni nak update blog. Biasalah kadang-kadang aku terpaksa menghormati sikap malas tu sikit sebelum aku mencari idea untuk menulis. Esok mungkin idea akan timbul, selain entry mengarut dari Pelepak Professional atau entry yang perlu berfikir secara melepak dengan penuh ke-professional-an, memang itu pelepak professional pun. Banyak juga benda yang nak kritik ni.

Semalam di Facebok, disamping kemalasan untuk update blog aku cuba chat dengan seorang perempuan cun.

Ruang chat;

Aku: Hey ladies?.

Makwe: Bagi salam please.

Aku: Oh sorry, Assalamualaikum?

Makwe: Waalaikumsalam.

Aku: Nice photo.

Makwe: tak balas.

Aku: U terer memanah ke? (menurut gambar dalam facebook dia, aku stalker sikit je)

Makwe: Taklah, saja try.

Aku: Hahaha okay. So buat apa sekarang?

Makwe: tal balas.

Aku: Busy ke?

Makwe: Tak.

Aku: Oh sorry ganggu.

Makwe: Tak balas.

Aku dalam fikiran, kemarin bukan main beria lagi chat dengan aku.

Razak: Woi pulang balik CD Pearl Jam aku. Lepas tu jom teman aku pergi rumah awek aku jap.

Aku: Tak balas.



Friday, 28 March 2014

The Genius Of The Crowd By Charles Bukowski





there is enough treachery, hatred violence absurdity in the average
human being to supply any given army on any given day

and the best at murder are those who preach against it
and the best at hate are those who preach love
and the best at war finally are those who preach peace

those who preach god, need god
those who preach peace do not have peace
those who preach peace do not have love

beware the preachers
beware the knowers
beware those who are always reading books
beware those who either detest poverty
or are proud of it
beware those quick to praise
for they need praise in return
beware those who are quick to censor
they are afraid of what they do not know
beware those who seek constant crowds for
they are nothing alone
beware the average man the average woman
beware their love, their love is average
seeks average

but there is genius in their hatred
there is enough genius in their hatred to kill you
to kill anybody
not wanting solitude
not understanding solitude
they will attempt to destroy anything
that differs from their own
not being able to create art
they will not understand art
they will consider their failure as creators
only as a failure of the world
not being able to love fully
they will believe your love incomplete
and then they will hate you
and their hatred will be perfect

like a shining diamond
like a knife
like a mountain
like a tiger
like hemlock


they finest art

Saturday, 15 March 2014

Kena Cuti Menulis, Ini Memang Cilaka!

Broadband aku sudah mahu habis koutanya, ini kira entry last. Nyawa-nyawa ikan je ni. Ini mungkin kerana selalu tengok konsert-konsert versi penuh seperti Reading festival, Rock Am Ring, Glastonbury dan itunes festival yang lepas-lepas. Kemudian download lagu.
Ni semua punca ni. Kalau setakat chat dengan makwe dari perancis takda hal sangat MB broadband ni.

Aku belum habis nak membuat riview buku-buku best yang bersepah-sepah dekat rak sedang-sedang aku ni( sebab tu penuh pasal raknya pun sedang). Buku-buku yang aku beli dari pesta buku angtarabangsa Kuala Lumpur setiap tahun bermula 2 tahun lepas(kahkah) dan dengan buku-buku tahun lepas hendaklah di-riview dengan tertib, tapi aku bukan nak riview semua, cuma beberapa sahaja yang aku rasa berbaloi untuk orang baca. 

Aku belum membuat keputusan drastik lagi hendak habiskan masa bercuti ni dekat mana walaupun ini hanya cuti menulis blog sahaja. Mungkin aku akan berjalan-jalan sedikit melihat negeri orang atau mencari makwe baru bagi mengaburi kegagalan percintaan masa lalu. 

Kah kah kah kah kah.

Ini ada sedikit buah tangan buat hibur-hibur.

Band yang datang Malaysia tahun lepas dimana aku tiada duit nak beli tiket, harem betoi!




ULASAN BUKU: Lelaki Eksistensial


Buku yang akan dijudge begitu sahaja oleh serbanitas melalui kulit buku ini. Tapi terpulang pada orang hendak judge atau tak. bagi aku yang dah membaca, buku ini boleh bukakan minda kau sedikit daripada bahan bacaan yang asyik dibelenggu oleh held mentality. buku dari penulis sama ULASAN BUKU: Awek Chuck Taylor terbitan Lejen Press. Jika tak tahu Eksistensial boleh rujuk sini Eksistensialisme

Mengisahkan seorang lelaki tak bernama yang sentiasa dibayangi oleh seorang perempuan bernama Sofea dan mempunyai hubungan dengan beberapa perempuan. Susah hidupnya, kemudiaan senang setelah bertemu seorang perempuan bernama Lin di Frinjan (tempat jual buku dekat shah alam) ketika lelaki ini sibuk baca buku tulisan sendiri. Dipelawa oleh Lin untuk menjadi editor kepada buku dia, kemudiaan diambil bekerja disyarikat penerbitan buku milik Lin yang sebenarnya adalah seorang anak tengku.

Setelah berjaya, lelaki ini menjadi tutor jurusan filem di sebuah universiti dan pada masa yang sama menjadi penulis skrip drama yang sebelum ini menyambung pelajarannya semula setelah berhenti belajar kerana perempuan bernama Sofea, itu pun diatas pujukan Lin yang semakin hari semakin rapat dengannya. 

Semasa menjadi tutor, lelaki ini mengenali seorang gadis hipster bernama Puspa yang akhirnya menjadi teachers pet nya. Seorang gadis yang suka memberontak, melawan arus sistem dan seorang vegeterian. Pada masa yang sama adalah seorang komunis juga, perbalahan dan perdebatan ilmu sering terjadi diantara Puspa dan lelaki ini kerana masing-masing berpandangan tinggi tentang falsafah.

Turut mengenali pelakon perempuan sinetron indonesia gred-B bernama Fitrana ketika pengambaran drama Cinta Luhur Dari Illahi. Seorang gadis bimbo yang tidak tahu soal falsafah atau apa pun juga mempunyai hubungan dengannya. Kemudian gadis seterusnya bernama Maisara, Datang dari keluarga melayu pasca DEB (dasar ekonomi baru) urban konservatif yang bapanya adalah ketua UMNO cawangan perumahan. mengenali Maisara di satu simposium anjuran universiti.

Lelaki kasanova ini mengoda mereka semua dengan mengcungkil ID mereka berteraskan kaedah Sigmund Freud(sila google). Dan setelah berjaya memiliki jiwa mereka, lelaki ini masih belum puas kerana cintanya hanya kepada seorang perempuan bernama Sofea yang dikenali semasa sekolah menengah hingga di universiti. Perempuan yang membuatkan lelaki tak bernama ini putus semangat untuk belajar. Kesemua perempuan yang digodanya, Lin, Puspa, Fitrana dan maisara mempunyai sedikit ciri-ciri Sofea, gadis yang membelenggu dirinya. Bertemu semula dengan Sofea ketika syarikat penerbitan buku milik kekasihnya, lin, mengambil pekerja baru. Kemudian bermula bermacam-macam peristiwa bercelaru.

Buku yang berbaloi untuk dibaca. Jika kau adalah seorang yang konservatif, tolong buka minda untuk membacanya walaupun buku ini agak keterlaluan bagi orang yang konservatif mindanya. Dalam buku ini banyak mengkritik perkara disekeliling kita orang melayu. Perkara-perkara seperti cinta yang gagal seiring dengan perkara-perkara yang kritis. Tentang kehidupan seorang yang eksistensialis.

Eksistensialisme

                               (Soren Kierkegaard,Friedrich Nietzsche, Jean-Paul Sartre)

Eksistensial ni adalah sesuatu nilai yang berat dan dokongan didalam hidup. Diantara salah satu falsafah terbesar dalam bahagian falsafah barat. Buat masa sekarang aku belum membaca naskah-naskah buku atau karya-karya agung eksistensialis, cuma ada membaca beberapa buah buku yang ada kaitan dengan eksistensialis seperti buku Marxism.

Sebelum mengenali Eksistensialisme atau menjadi seseorang yang Eksistensialis kau harus mengenali tokoh-tokoh atau bapa kepada eksistensialisme itu sendiri. Tokoh-tokoh yang wajib kenal bagi falsafah Eksistensialisme terdiri daripada  Soren Kierkegaard, Frederick Nietchze dan Jean-Paul Sartre, mereka adalah orang yang bertanggung jawab membangunkan Eksistensialisme. Didalam wikipedia jika dibaca akan berbunyi Eksistensialisme ini adalah tentang kerber-ada-an manusia. Tapi aku rasa ini terlalu sukar untuk orang nak faham.

Keber-ada-an manusia didalam Eksistensialisme ini terlalu berat bunyinya, tapi dengan maksud penerangan yang lebih senang difahami, Eksistensialisme ini adalah falsafah yang menitik beratkan kewujudan manusia. Inti pati Eksistensialisme adalah mempertahankan hak seseorang manusia sebagai individu yang mempunyai hak untuk berfikiran bebas dan membuat sesuatu dengan bebas tanpa halangan dari orang lain atau faktor yang menghalang seseorang individu tersebut didalam hidupnya.

Eksistensialisme juga terdiri daripada persoalan-persoalannya iaitu, persoalan Eksistensialisme. Persoalan seperti, aku sebagai manusia apa yang patut dilakukan? Bagaimana aku harus jalankan hidup aku? Apakah fungsi aku sebagai manusia? Benarkah jalan ini yang dipilih? Aku buat sesuatu ini atas kehendak aku atau orang lain?. Sehinggakan jika kau ada bela kucing, persoalan Eksistensialismenya berbunyi mengapa aku adalah seekor kucing dan apa perkara sepatutnya aku buat sebagai kucing?.  

Didalam Eksistensialisme kebebasan kau membuat keputusan itu tidak bergantung dengan orang lain atau yang boleh menghalang keputusan kau. Kau boleh buat apa sahaja yang kau nak tanpa dibelenggu oleh sesuatu. Kemudian barulah kau menjadi seseorang yang Eksistensialisme.

Pada hari ini Eksistensialisme bukanlah perkara asing. Eksistentialism banyak mempengaruhi pemikir-pemikir dan ahli falsafah, penulis, pembuat filem dan ramai lagi. Filem-filem dan buku yang berunsurkan Eksistensialism sangat banyak hari ini cuma kau boleh faham atau tidak sahaja. Jika nak diberi contoh kecil, mungkin Into The Wild sebab ini filem kegemaran aku dan menceritakan tentang Christopher Mccandless yang membuat kuputusan untuk mengembara dan mencari diri sendiri di dunia luar. Jika aku tengok filem ini tak semestinya aku adalah seseorang yang Eksistensialis. Tapi masih banyak lagi sebenarnya filem yang lebih pekat Eksistesialismenya seperti No Exit, No Exit lebih dekat dengan karya Eksistensialism Jean-Paul Sartre iatu No Exit juga.

Karya-karya lain bagi Eksistensialisme terdiri dari karya-karya agung seperti Being and Nothingness, The Sickness Unto Death, Thus Spoke Zarathustra, Existentialism and Human Emotion, Truth As Subjectivity, Knight Of Faith, Faith As a Passion, Critique Of Dialetical Reason dan banyak lagi.