FOLLOW

Friday, 17 January 2014

Kearah menjadi blogger Dictatorship

    Aku baru selesai menyelongkar blog-blog baru untuk dijadikan bahan bacaan akan datang. Tapi aku fade-up pasal takda blog yang boleh aku baca. Tiada blog yang power ke untuk aku baca???
Takkan aku nak baca blog pasal tudung, petua nak bercinta, pasal seorang manusia sedang buat apa hari ini, blog ambil kesempatan atau blog ala-ala Diari dan blog jenis kerja nak bagi inspirasi dekat orang.
 
    Blog yang aku follow pun dah jarang update atau dah tak update langsung. Ini sama macam kau baca buku Brother Karamazov dari Fyodor Dostoyevsky sebanyak 10 kali. Jadi sebagai memecahkan hegemoni blog-blog lousy dan permulaan kepada Rejim penulisan aku, aku lancarkan Manifesto Dictatorship melanggar kesemua hukum blog dan pem-blog dalam masyarakat.

    Mungkin aku sedikit kritis. Tapi lebih baik menjadi kritis dari kau terus-menerus stuck dengan benda yang kau tak boleh masuk. Aku mungkin dah tak boleh masuk kepala dengan minda masyarakat lagi, boleh saja anggap aku berasal dari planet Tronckeszer(aku reka). Tapi aku mungkin boleh masuk dengan orang yang layan lagu Pink Floyd atau Rage Against The Machine. tentu banyak perkara yang hendak diceritakan.

    Berbalik kepada Maniefesto tadi, aku perlukan idea untuk berbuat sesuatu tentang hal ini. Tapi nampaknya idea yang aku tunggu tu masih belum muncul pun, fuck. Mungkin Soviet Union tumbang pun kerana takda idea. Seperti blog yang sibuk hendak mengajar orang bercinta yang aku baca sebelum ni - hanya masa yang menentukan segalanya, ambil masa. Mungkin itu saja bait-bait yang aku rasa releven.

Sunday, 5 January 2014

EPILOG

   Kali terakhir aku post sesuatu diblog ini mungkin dah lama, macam Kalau pergi mengembara ke Mississippi, dah lama pun balik ke Malaysia. Aku takda idea nak tulis apa-apa tak macam buku-buku yang aku dah baca. Mungkin aku patut mulakan dengan lagu -



   Hidupkan enjin kereta, keluar ke jalan besar tanpa tujuan kemudian pergi mengembara, Sekeliling kau dikelilingi bukit-bukit dan waktu tu pukul 11.  Aku cuba feel lagu ni, jadi macam tu lah kesesuaian lagu ni.

   Aku berfikir bukan semua orang berani pergi mengembara. Lagi-lagi orang takut tak dapat makan nasi atau tak boleh kalau tak pergi KFC. mngembara ni kau perlukan nilai survival dalam diri. Mungkin juga perlukan kekecewaan dan amarah yang teramat sangat seperti watak dalam filem Into the wild arahan Sean Penn yang mengisahkan Christopher Mccandles seorang anak muda yang baru mendapat segulung kertas atau tamat pengajian di Universiti dan kecewa dengan kehidupan disekelilingnya. Kemudian pergi mengembara ke Alaska seorang diri tanpa apa-apa dan bebas dari segala belenggu terdahulu.
"How important it is in life not necessarily to be strong, but to feel strong... to measured yourself atleast once"
   Baik buat sesuatu sebelum kau sedar bila dah tua nanti kau tak buat apa-apa pun untuk hidup ni.