FOLLOW

Friday, 17 January 2014

Kearah menjadi blogger Dictatorship

    Aku baru selesai menyelongkar blog-blog baru untuk dijadikan bahan bacaan akan datang. Tapi aku fade-up pasal takda blog yang boleh aku baca. Tiada blog yang power ke untuk aku baca???
Takkan aku nak baca blog pasal tudung, petua nak bercinta, pasal seorang manusia sedang buat apa hari ini, blog ambil kesempatan atau blog ala-ala Diari dan blog jenis kerja nak bagi inspirasi dekat orang.
 
    Blog yang aku follow pun dah jarang update atau dah tak update langsung. Ini sama macam kau baca buku Brother Karamazov dari Fyodor Dostoyevsky sebanyak 10 kali. Jadi sebagai memecahkan hegemoni blog-blog lousy dan permulaan kepada Rejim penulisan aku, aku lancarkan Manifesto Dictatorship melanggar kesemua hukum blog dan pem-blog dalam masyarakat.

    Mungkin aku sedikit kritis. Tapi lebih baik menjadi kritis dari kau terus-menerus stuck dengan benda yang kau tak boleh masuk. Aku mungkin dah tak boleh masuk kepala dengan minda masyarakat lagi, boleh saja anggap aku berasal dari planet Tronckeszer(aku reka). Tapi aku mungkin boleh masuk dengan orang yang layan lagu Pink Floyd atau Rage Against The Machine. tentu banyak perkara yang hendak diceritakan.

    Berbalik kepada Maniefesto tadi, aku perlukan idea untuk berbuat sesuatu tentang hal ini. Tapi nampaknya idea yang aku tunggu tu masih belum muncul pun, fuck. Mungkin Soviet Union tumbang pun kerana takda idea. Seperti blog yang sibuk hendak mengajar orang bercinta yang aku baca sebelum ni - hanya masa yang menentukan segalanya, ambil masa. Mungkin itu saja bait-bait yang aku rasa releven.

No comments:

Post a Comment