FOLLOW

Friday, 28 February 2014

Tentang-tentang 1

Creep By Radiohead

   Sejauh mana kau gambarkan betapa peliknya kau dengan orang lain? Kadang-kadang kita adalah orang yang pelik walaupun kita tak sedar, dan creepy juga. Orang lain akan anggap kau creepy bila kau terlalu pelik. Dan manusia kadang-kadang inginkan perhatian.

I just want you to notice
when i'm not around
your so fucking special
i wish i was special

   Ya, lagu Radiohead adalah tentang semua itu dan kuat pembawaannya. Jika kau adalah seseorang yang nerd, loser atau lonely, bah kan semua manusia inginkan perhatian. Lihatlah aku, nampaklah aku. Bila orang berikan perhatian kepada kau, dengan itu kau akan rasa special walaupun special itu hanya kau yang letakkan nilainya. kemudian kau akan inginkan sesuatu yang special itu lebih dari apa yang kau letakkan.

   Seperti Thom York dari Radiohead, dia juga adalah pelik dan creepy dari orang lain. Dari Album Pablo Honey(1993) hingga The King Of Limbs(2011) Dah lebih cukup buatkan kau kenal dengan Radiohead. Aku memang ngam dengan sound Radiohead ni, best.



Wednesday, 26 February 2014

Aku Dan Menjadi Bloglist Dalam Blog Orang Lain


    Apa benda paling deep yang terjadi dekat kau???

    Teman lelaki bagi jersi bola?

    Tengok Ariana Rose? (Aku benci Ariana Rose)

    Kawan belanja buku?  

    Pergi kenduri kahwin makwe?

    Atau makwe bagi rumah? (ini cilake, Kah Kah)

    Tak kira lah macam mana deep pun, aku pasti masing-masing  mempunyai peristiwa yang deep. Kalau kau tak berapa deep sangat, perkara deep tu tetap pernah berlaku dekat kau sejauh mana pun kau cuba menafikannya.( nampak tu, deep tu)


    Apa pun aku harus ucapkan terima kasih kepada Precious Cla kerana sudi jadikan blog aku sebagai bloglist dalam blog dia. Walaupun blog aku serupa iblis juga aku perati kadang-kadang selain tiada pembaca tetap.

    sebagai seseorang yang memahami dunia sikit-sikit, aku rasa hendak menangis selepas melihat blog aku telah menjadi bloglist dalam blog walkstatic.blogspot.com. Itu pun selepas hampa mencari buku Charles bukowski dekat PTS. Diorang tak jual ke apa? Diorang tak tahu ke Charles bukowski ni power?

   Tapi mujur perkara ini deep. Itu pun selepas 1 tahun perkara deep yang sudah. Dan perkara ini terlebih dahulu mendahului BR1M. Apa cilaka aku tak dapat BR1M lagi ni?.
Sekali lagi aku berterima kasih dan menganggap ini adalah penhargaan dia. Dan akan berusaha lebih. hu..... bukan main.

   Sebelum terlebih deep, aku akhirinya dengan poem ala-ala Edgar Allan Poe, kasi spirit art menaik sikit dengan poem aku buat ni.

    Dalam visi itu penat ku susun kata
    Hati ku bukan meratapi cinta
    Tapi dunia yang ku kisahkan
    Perit sungguh hidup

    Aku tahu berjalan tak perlu diajar
    Bukankah kau juga tahu berjalan
    berjalanlah dengan apa yang kau percaya
    Hidup ini penuh cara

    Melalui itu ku redah
    Pengertian hidup menanti ku
    Puas ku cari dari kepercayaan
    Bangkit nanti jangan jatuh lagi

    Bukan mahu menelan dunia
    Mencabarnya itu adalah perjalanan
    Diri yang hilang kepelusuk alam
    moganya kembali

   Deep betul. 
    
    

    
    
   

   
 

Tuesday, 25 February 2014

Diantara Tahap Truth, Rebel dan Punk

    "Are you ready for Rock 'N' Roll!!!." Jerit aku ketika bangun tidur.

    Here Comes Your Man dari The Pixies sedang berkumandang. Pagi yang deep mungkin.
 
    Aku keluar dari bilik dengan menendang pintu rumah sewa sebagai tanda semangat. Kemudian aku menjenguk di sekeliling ruang tamu takut-takut jika teman serumah baru buat parti tanpa mengejutkan aku, Allhamdulillah, masih bersih seperti semalam. Sejauh mana Punk pun kau, rumah harus kemas. Jika tidak Punk kau tak kemana.

    Kah! kah! Kah!

    "Hey dude, Let's having some fucking breakfast!"  

   Tommy, seorang teman rumah yang berjiwa rebel. Tapi Tommy bukan orang putih. Nama asalnya adalah Tarmimi dan berasal dari Perak. Rambutnya kini bewarna hijau dan akan dipotong tidak lama lagi kerana ayah teman wanita beliau tidak boleh masuk dengan rambut hijau Tommy. Teman wanitanya dan keluarga berasal dari Ampang dan sungguh tidak open minded tentang rambut hijau ni.

    "macam mana Tommy dengan acara yang kita nanti-nantikan tu, kau dah dapatkan tiket ke? Aku sambil mengunyah lempeng pisang D.I.Y buatan Tommy, kan aku dah kata Tommy bukan oarang putih.

    "Soal itu kau jangan risau, aku dah suruh makwe aku ambilkan tiket untuk acara tu. Free of charge, dia kan kerja dekat TM. TM jadi sponsor untuk acara ini!."  Mempunyai teman wanita itu memang beruntung.


STESEN LRT BUKIT JALIL

    Petang itu aku dan Tommy muncul di khalayak umun di LRT Bukit Jalil dengan imej dua orang yang berada di tahap yang sukar digapai. Baju Joy Davidson Tommy yang dibeli di sebuah kedai bundle di klang gah disarung, kaca mata hitam Rayban berstrap merah memang anggun. Manakala aku pula berbaju Pink Floyd semasa mereka melakukan tour muzik tahun 81 dan berkaca mata hitam wayfarer dari Rayban. Kami mengenakan jean denim lusuh dan bersepatu Converse. Cukup mengambarkan tahap truth!.

    "Tu,tu,tu group perempuan tu tengok kita lah. Aku boleh je kalau nak ada 3 makwe!" Tommy yang menurunkan sedikit kaca matanya untuk membalas tenungan group perempuan itu.

    "Rileks Tommy, Buat tak layan je. biar diorang kagum, bagi spirit ingin tahu diorang dekat kita menaik sikit. Bukan susah pun nak cari diorang, nanti jumpa kita tegurlah, cara ini efisien kau tau tak!" Kah kah kah.

    Here we come Rock The World 13! Give your salute! jerit kecil aku ketika mula turun dari tangga LRT. Acara muzik tahunan yang dinanti-nantikan.
    
    Kemudian aku dan Tommy terus ke tempat orang menjaja makanan. Kami order air dan melepak di tepi. Pemerhatian aku sebagai seseorang yang begitu deep amat berlainan sekali ketika menghadiri Rock The World 13 ini, berbeza dengan versi 1 hingga 12. Aku perhatikan otai-otai sudah ramai tidak kelihatan. Semuanya muka baru nak up.

    "Woi kau tengok mamat tu, macam mana dia nak Moshing kalau dia bawak makwe?" Hairan Tommy dengan perkara yang sudah biasa beliau lihat.

    "Entah, kadang-kadang orang tak faham. Diorang selalu anggap tempat begini adalah tempat rekreasi." Jawab aku tenang seperti air di kali.

    "Nah, sekarang kau tengok pula perempuan bertudung tu Tommy, apa mereka buat dekat sini? Aku bukan nak judge orang tapi mereka tahu ke ini tempat apa? mereka boleh masuk ke benda-benda macam ni?." Sambil cucuh rokok.

    "Well, sejak Yuna, Najwa Latif dan Ainan Tasnim benda ni biasa. Dari Rock The World 9 masa Yuna lagi aku perati, kau ingat tak? Takkan tak ingat dengan perempuan bertudung yang kau kenal sekarang, dari mana??? Rock The World!. kemudian muncul ramai artis bertudung dengan gitar mereka, dan apa yang kau perhatikan sekarang adalah effect dari semua tu. Diorang tak pergi konsert Maher Zain je, konsert Rock The World macam ni pun diorang ada. Bukan semua, tapi sesetengah diorang boleh masuk kepala dengan konsert macam ni. Sapa cakap makwe bertudung tu tak rock??? ramai orang silap tentang ni." Sungguh bersemangat Tommy dengan pernyataan beliau.

    "Cilake!, deep juga ya kau Tommy."

    Hari semakin gelap, tapi kami masih berada di luar konsert. Sebagai orang yang masak, kami sudah tahu jika masuk awal hari kau tidak lah sebagus mana kerana Band yang cool akan main lewat sikit. Power betul kata-kata ni.

     "Jom woi, kita lepak dengan group perempuan dekat LRT tadi. diorang ada dekat tempat jual air sebelah sana." Tommy yang kembali dari tandas.

     "Macam mana tiba-tiba boleh main lepak je ni? Nanti tak pasal-pasal jatuh air muka seorang yang rebel." Aku sedikit gusar.

     "Apa ada hal, aku dah slow talk tadi dekat tandas. Aku jumpa salah sorang dari diorang tadi. Jom!." Tommy, semangat betul beliau. Masa dekat LRT tadi aku main-main je.

    "Kau kalau nak bermakwe 2,3 semangat betul, ye dak?" Tipikal Tommy.

    Aku sedikit gugup bila berhadapan dengan sekumpulan perempuan cantik. Tapi demi sifat rock aku kekalkan spirit diri. Kemudian ianya beransur hilang. Mana boleh kalah ye dak?

    Perempuan berbaju kotak " Wow ni lah two guys dekat LRT tadi, bukan main sombong ya."

    "Scores Tommy, scores....kan aku dah kata masa dekat LRT tadi, ianya efisien." Berbisik dalam hati aku.

    "Ya,ya, kau betul, kau betul." Balas Tommy dalam hati juga. Cilake!.

    "Mana ada sombong, tak perasan tadi." Perbualan biasa dari gua, Tommy hanya senyum dan perhati yang mana satu beliau nak buat makwe. Cilake beliau sejak akhir-akhir ni.

    "So you guys mamat indie ni datang dua orang jeke? Kenapa tak masuk lagi?" Pertanyaan dari gadis berbaju biru, Diana.

    "Yup, kita berdua je. Manalah ada awek nak ajak. Sapa lah yang sudi dengan kita." Sejak bila Tommy guna perkataan awek? dan tipikal lagi klise sungguh ayat beliau.

    "By The Way, korang datang nak dengar siapa? Sound yang macam mana?" Aku membuka pertanyaan superb.

    "Kita datang nak dengar sound punk. Ada juga yang suka sound Brit pop" Jawab gadis lagi seorang, Zara.

    "Kita nak tengok Yuna, best..." Liya, gadis bertudung.

    "Senang cerita semua band indielah" Kembali kepada gadis berbaju kotak yang mula-mula menyapa kami, Shikin. yang lain tak bercakap ke?

    "Bro, korang pulak datang nak layan muzik apa?" Sejak bila group ni ada lelaki aku pun tak tahu.

   "Kami layan je." Tommy.

   "Oh ingat datang nak layan muzik indie, tapi sini banyak underground bro." Are you kidding me. 

   "Owh, hahaha tak tau pulak,  tapi apa beza indie dengan underground.?" Duga aku setelah merasakan mereka ini pelik.

   "kau tak tau bro? indie ni dia macam Bittersweet,couple,Grey Sky Morning,the Times. Underground pulak macam Buknface, love me bucth, Seventh colour t-shirt, macam tu la lebih kurang." Jawab lelaki loser itu.

   "Macam mana dengan Punk pulak?" Kini giliran Tommy pula bertanya.

   Gadis yang sejak tadi diam bernama Fikah, kini dia pula bersuara. Mungkin yang paling arif diantara mereka tentang punk. " Punk ni dia pelik sikit, benci kerajaan, tak suka mainstream, pakai boots rambut pacak. tapi ada yang tak pacak. Kalau muzik pulak mesti layan Sex Pistols, Black Flag, Ramones, macam-macam lagi la. Kalau malaysia bunkface la." yakin benar si Fikah ni.  

    Aku saling berpandangan dengan Tommy, dengan siapa kami sedang bersembang sebenarnya kami pun tidak tahu.

    "Owh shit Tommy!"


KahKahKahKahKahKahKah.....................!!!!

    Ini perkara yang boleh bikin orang yang berada di tahap truth geram dan penuh amarah. Aku gelarkan orang begini masih berada di tahap tolol, budak baru nak up dalam scene ini. Kadang-kadang orang salah faham dalam sesuatu benda atau tersalah ambil kira. kemudian benda tu jadi fuck up!.

    "Well guys, Korang ni baru nak up ke atau korang memang dungu aku pun tak tahu, but study harder fellas." Tajam kata-kata Tommy. Sudah cukup untuk membuatkan mereka melopong. Tambah-tambah lagi melihat rambut Tommy yang bewarna hijau.

    "Listen up maggots, Ambik ini sebagai pengetahuan sebelum korang langkah masuk dalam konsert nanti. By the way kami bukan mamat indie atau mamat itu ini, that so fuck up!. Indie itu bukan manusia tapi produk bangang. Dan tak ada beza pun indie dengan underground. Kalau ada pun, sikit" Tarbiah rock 'n' roll dari aku.

   "Underground dan indie ni adalah benda yang sama je. Buat benda yang sama. untuk pengetahuan poser macam korang Bunkface tak lah indie mana pun. Korang akan tahu indie ke tak indie ke bila sesuatu produk itu berada ditahap truth atau tidak, kalau semua sendiri itu indie tahap truth, DO IT YOUR SELF!!!(D.I.Y). karipap juga boleh dibuat secara indie atau underground made. Atau juga bikin sesuatu bersama tapi masih mengekalkan indie itu sendiri. dan babi apa indie masuk melodi!" Sambung Tommy sedikit tekan.

    "Dan punk itu tak semestinya Rambut pacak atau pakai boots, take that's note girl. Punk itu adalah jiwa kita. tak semestinya bila kita punk kita akan benci kerajaan atau peduli apa dengan mainstream atau tak. Punk is the way of life kids!. Punk tidak terbatas kepada muzik atau fesyen sahaja, kita membawanya sama seperti nilai demokrasi atau republic sekali pun. Dan bila kau adalah punk tak semestinya juga kau kena layan band muzik Punk macam Sex Pistols, Dead kennedys, the Clash atau Ramones. Kau ingat, Nirvana tak punk ke walaupun diorang Grunge. Kau ingat radiohead tak punk walaupun diorang alternatif rock??." Aku sebagai orang yang berada di tahap truth membrain wash kutu-kutu baru nak naik ni.

    "Hah, awak yang bertudung tu, Tak semestinya pakai tudung tak boleh jadi punk." Aik Tommy.

    Kami beredar dari situ dengan penuh legend. Aku dan tommy senyum puas. Waktu untuk menyaksikan konsert rock sebenar sudah tiba. Dan sedang spirit rock menaik tu-

   "Ah, mana pulak ni... Kejap,kejap." Tommy rungsing.

   "Kau ni dah kenapa Tommy" melihat Tommy, jadi lagi rungsing dari Tommy.  

   "kejap, kejap aku check betul-betul."

   "Kau jangan buat hal Tommy, sia-sia je jadi lagend malam ni."     

   "Sorry la woi, Aku tertinggal tiket la."

   "Fuck Tommy, fuck. Macam mana kau boleh tertinggal tiket untuk acara penting macam ni.!" Tekilan itu semakin membanyak.

   "So mana tiket kita, kau letak dekat mana???."

   "Tiket dekat makwe aku la. Aku lupa nak ambik semalam masa pergi dating. Dia cakap dia nak ke kuantan dengan family dia, pasal ada kenduri kahwin sepupu dia."

  "Kau memang babi Tommy!!!!!!. 

    Malam itu kami sebagai orang yang begitu truth, deep, punk, rebel, lagend, sukar digapai, hanya mendengar konsert tanpa melihat dari stesen LRT bukit jalil. Bila habis konsert kami terus naik LRT.  

   Orang dalam train "Wah bro, baru balik konsert ke? best ke? best tak?"  Babi.
   

Monday, 24 February 2014

PELEPAK PROFESSIONAL RULES.


1. First rule of Pelepak Professional Blog is, you do not talk about Pelepak Professional.

2. Second rule of Pelepak Professional Blog is, you DO NOT! talk about Pelepak professional.

3. Third rules of Pelepak Professional Blog, if someone "yells" stop, just give a shit and fuck and don't stop your reading.

4. Fourth rule of Pelepak Professional Blog, you just can talk about the post.

5. Fifth rule of Pelepak Professional Blog, you just can read one entry at a time, fellas.

6. sixth rule of Pelepak Professional Blog, don't expect some clumsy, lousy, lame fuck entry. Be cool and try harder.

7. Seventh rule of Pelepak Professional Blog, Reading will be clearly without doubt and go on as long as they have to.

8. Eighth rule of Pelepak Professional Blog, Just ignore with my pronounce if it is bullshit.

9. And the Ninth and final rule of Pelepak Professional Blog, if this is your first time a Pelepak Professional, you have to read! suck it and see! i'm not insult your inteligent. Just fuck it this BLOG.

Saturday, 22 February 2014

Adakah Aku Akan Dilayan Seperti pendatang Asing Jika Aku Di Negara Lain

    Dalam entri lepas aku ada postkan pasal pendatang asing dah hegemoni. Kemudian aku asyik memikirkan tentang kaitan hal ini dengan aku. Apa kaitannya? aku bercinta dengan makwe vietnam yang berupa seperti Elly Tran Ha ke? tak,tak.... Tapi yang menjadi persoalannya dalam kepala aku adalah macam mana jika aku sebagai rakyat malaysia hidup di negara orang, Adakah aku akan dilayan sama seperti pendatang asing yang ada dekat malaysia.

    Jika aku hendak duduk jerman atau amerika first sekali adalah aku tidak akan masuk secara haram walaupun aku tidak suka pakai undang-undang atau aku peminat Billie joe Amstrong sekali pun. Tak tahulah kalau ada jalan belakang nak masuk U.S dan kita akan faham mungkin perasaan menjadi pendatang asing.

    Tetapi di U.S masyarakatnya pelbagai kaum dan bangsa. Jika kau terjumpa Ahmad warga bangladesh yang dulunya kerja di Seven E ampang, kau jangan terkejut jika terjumpa Ahmad di U.S. Kau mungkin akan berkawan rapat dengannya kehkeh. Mungkin isu ditindas itu kurang bila kau pergi ke negara yang tidak kisah siapa yang ingin jadi penduduknya atau mengalu-alukannya, asalkan kau berkelakuan baik. Aku nak duduk dekat New York.

     Jika di Australia pula mungkin selalu dikatakan negara yang mempunyai masyarakat yang racist. Mungkin kau sedikit tertekan dengan keadaan ini, perlu lebih berhati-hati mungkin. Bagi aku kalau kau adalah pendatang dekat negara mana pun kau akan hadapi benda ni juga, racist itu adalah sebahagian dari sifat manusia sejauh mana kau nafikan. Mungkin tidak semua tapi kau akan hadapi juga. Mungkin Australia tidak banyak bercampur bangsa seperti U.S dan Australia masih Monarki. Tapi aku tak mahu tinggal di australia walaupun negaranya adalah tempat perlancongan.

    Lagi satu tempat yang aku ingin pergi adalah Jerman. Walaupun negara ini dulunya adalah Nazi yang facist tetapi tidaklah sekarang. Jerman telah berubah lama. Kau boleh tinggal di Berlin jika inginkan sosial masyarakat Islam. Di Berlin lebih ramai penduduk islamnya. Banyak hak istimewa di jerman bagi kaum imigran yang boleh kau nikmati. 

    

Pendatang Asing Dan Hegemoni

    Perkara ini sudah bermain sejak dulu lagi dalam kepala hotak aku yang kian berat dengan bermacam benda yang ada di sekeliling. Aku benci dengan perkara remeh-temeh yang rakyat malaysia selalu isukan. Kau jangan salahkan kerajaan kalau malaysia tak maju mana pun. Aku perhati sekarang ramai pendatang asing dekat malaysia ni, mungkin tidak terkawal lagi oleh kerajaan sendiri. Datang dari pelbagai negara yang kebanyakannya bersatus negara susah, kemari untuk mencari rezeki.

    Macam mana hubungan kita dengan pekerja asing??? Amat teruk. Aku tahu mereka semua memang suka buat perangai sesetengahnya. menggangu orang awam dan persekitaran. Mungkin yang lebih teruk adalah pengotor dan kerjanya buat kotor, macam warga Myanmar yang meludah sireh. Kadang-kadang aku tengok semua warga pendatang asing juga kunyah sireh pada hari minggu di Kuala Lumpur.

  
    Kita akan bising kalau waktu hari minggu bila kita keluar untuk lepak-lepak di Kuala Lumpur dan akan dipenuhi oleh mereka. Kau mungkin tak akan pergi atau akan keluarkan dari list tempat best untuk lepak atau dating waktu hari minggu sebab tempat itu hanya dipenuhi warga asing. Mujur warga asing tak memenuhi club-club sekitar Bukit Bintang, Dorai Samy atau Bangsar. Jika tidak aku tak tahulah mana lagi orang nak bersosial waktu malam minggu.(Kita panggil bersosial, bukan panggil pergi jahanamkan diri dekat clubbing, OK?) 

    Pada masa yang sama kita juga adalah rasict walaupun sejauh mana kita cuba nafikan. Kalau kau tidak rasict masakan kau tidak suka dengan mereka atau orang cina yang berniaga atau india yang suka buat bising. Memang sudah fitrah manusia untuk bersifat rasict kadang-kadang dengan bangsa sendiri juga, juga walau sejauh mana kau cuba nafikan.


    Berbanding aku dan kau atau kita kehidupan mereka lebih teruk disini walaupun mereka memang sudah susah dekat tempat asal. Kerja pun entah mana hala. Gaji murah, kerja lebih waktu dan kena tipu juga adalah satu hal. Aku pernah tanya juga kepada mereka bagaimana kalau mereka terjumpa dengan Polis. Kebanyakan mereka mengatakan mereka akan di pau. 30 atau 50 sudah boleh selesai dan Polis akan pergi. Macam mana orang mahu menghormati pihak berkuasa jika begini caranya. Aku tidak tahu mahu bersifat rasict atau tidak dalam hal ini bila kau nampak sesuatu dari sudut lain.


    Kau tahu tak yang diantara mereka juga punyai Diploma dan Ijazah? Aku tiada semua tu tapi tetap senang dekat sini. Aku rasa kita adalah orang yang bernasib baik sebab negara kita bukan negara susah untuk sara rakyat pun walau kadang-kadang tergelincir juga pada hujung bulan. Itu pun mujur tidak perlu buat permit kerja dan terpaksa simpan wang yang banyak untuk perbaharuinya.  ara

Wednesday, 19 February 2014

Keputusan Sebuah Kehidupan


         Cahaya menyilau dari jendela yang senantiasa terbuka membiaskan tempiasnya kearah wajah lalu mengejutkan tidur yang sepertinya sebentar. Nyenyak benar, tubuh  yang berpeluh seperti baru dihambat dek mimpi ngeri sebenarnya tidur yang tiada mimpi, sama seperti hidup ini yang tidak dipasang mimpi dan harapan.
             
        Termenung dalam mamai, mungkin hampir mustahil untuk seorang manusia tidak menyimpan mimpi dan harapan. Atau aku punyai mimpi dan harapan, cuma sengaja aku putuskan mimpi dan harapan itu tidak pernah wujud kerana mimpi dan harapan itu akhirnya menemui kegagalan dan mempunyai batu penghalang. Jadi aku biarkan sahaja mimpi dan harapan itu menjadi angan-angan dan jika punyai kesempatan untuk aku laksanakan biarlah ianya menjamah masa bertahun asalkan hati masih tetap.
           
        Sejak tamat pengajian di ASWARA dalam bidang seni halus aku tidak kemana-mana. Seperti aku teperangkap terus tanpa jalan keluar dari Felda Desa Sergoa ini. Aku bukan benci dengan desa ini walaupun orang-orang disini  terkadangnya amat aku tidak senangi sikapnya, tetapi jiwa aku seperti berperang dengan diri dan melalui hati ianya berbisik aku bukan sekadar disini.
            
        Mana mungkin mimpi dan harapan itu mampu dicapai dalam keadaan jiwa diri itu dikurung. Sukar untuk kita bebaskan jiwa yang menentang keadaan yang sedang apa kita hadapi. Ianya haruslah bebas terlebih dahulu sebelum memerdekakan diri. Sama juga seperti konsep tulen negara yang merdeka, rakyatnya haruslah bebas jiwa dirinya. Kemudian, barulah negaranya merdeka dengan sempurna.


Jiwa

          
        “Krakk” Bunyi sekahan banir dari pohon Cengal kedengaran kuat seperti tulang balang dilenyek kereta kebal Markova. Dengan pantas aku menarik mata Chainsaw dari celahan banir yang sudah dipotong sebagai tanda berjaga-jaga. Pohon yang kekudanya itu sudah tidak ampuh tumbang meyembah bumi dan sepertinya bergegar sekeliling alam. Pada fikiran aku bagaimanakah jika bangunan seperti KLCC menerima hempakan pohon sebesar tiga pemeluk ini?. Aku fikir, remuk sebelah bangunan.
           
        Kerja yang aku suka di desa ini walaupun aku sudah tiada hati disini. Kalau punyai masa lapang aku kehutan menjerat binatang. Tapi, inilah satu-satunya kerja yang aku buat selepas tamat pengajian biarpun berisiko,menebang pohon dihutan atau membelah kayu jika ada permintaan. Kerja yang tidak terikat dan perlu mengikut jari telunjuk orang lain atau perlu memenuhi pencapaian orang atasan dan tekanan dikemudian hari.
          
        Aku tidak mengatakan bahawa bekerja dikilang atau punyai majikan itu hamba Kapitalis  mahupun orang yang terpaksa berkerja. Ianya perlu untuk menyara kehidupan, tetapi aku masih tidak faham mengapa kebanyakan rakyat selalu impikan bekerja dengan badan kerajaan. Mungkin tertarik dengan wang pencen atau mudah membuat pinjaman Bank atau sedap didengar oleh telinga bakal mertua dan mungkin itulah yang mewujudkan sifat terlalu bergantung. Akan tetapi bagaimana orang yang tidak bekerja dengan kita? Dalam erti kata lain pengangur. Menurut kefahaman aku dalam Negara ini manusia tidak kisah sangat tentang jenayah yang berlaku. Tetapi jika mengangur ianya mengundang sinis masyarakat.
            
        Bagi aku bekerja atau tidak dan dimana, apa-apa pun halnya tidaklah terlalu penting . Tetapi aku percaya seperti apa yang aku baca dan ditulis oleh bapa kapitalism Adam Smith dalam The Wealth of Nation dan The Road of Serfdom karya Friedrich Hayek ada menyatakan perkara yang sama iaitu setiap manusia mempunyai bakat dan kamampuan untuk mencapai sesuatu bedasarkan bakat dan minat.
             
        “Tahukah kau Sani apa tindakannya jika Jabatan Perhutanan dapat menangkap orang yang menceroboh hutan?.” Soalan aku yang cuba menduga teman sekerja.                                                  
        “Manusia yang sentiasa meyusahkan keadaan.” Sani yang sedang mengambil saiz ukuran kayu.
        “ Aku tak fikir ini mencuri, sebagai manusia kau ada hak untuk ini. Tidak semestinya kerajaan kata salah ianya bermakna salah. Kau harus ingat Yok, hasil bumi yang sudah dijarah oleh mereka selama ini hanyalah untuk mereka dan tidak berbalik dengan sepatutnya.”  Mungkin benar kata-kata Sani itu dan ada logiknya. Banyak hasil bumi yang telah tersedia bagi manusia untuk dikerjakan sebaiknya. Jadi gunakanlah sebaik-baiknya.


Keraguan


         Kopi yang dibikin panas-panas oleh Mak Cik Sal memang sedap dihirup tak kala hujan lewat begini. Aku, Che Hamdan, Sani, Pak Cik Man semeja masing-masing lebih senang membisu. Hujan lebat yang menghempas atap secara kasar kemudiannya menempiaskan kabusan air ke wajah, mungkin membuatkan semua warga warung membisu sejak tadi. Tembakau timbang dan daun pucuk pula menjadi ruji warga semeja, sesekali menghirup minuman sambil menikmati hujan yang masih menghempas atap.
        Tersenyum semua acapkali ada teman yang bersuara. Aku menyatakan jika hujan begini tentu seronok jika bertemu tilam dan bantal, masing-masing tersenyum dan menganguk seperti yang dijangka. Aku tahu hujan ini membuatkan mereka semua tenang ketika semua warga warung yang lain sudah meredah hujan pulang. Yang tinggal hanya kami berempat dan Mak Cik Sal.
        “Masih sayang dengan desa ini?”  Pak Cik Man bersuara.
        “buat apa fikir banyak lagi kalau hati sudah bukan disini. Tahulah mak dan ayah kamu menjaga diri,Abang dan Kakak kamu pun boleh tengok-tengokkan. Tak seronok juga ada impian kalau tak direalisasikan, dah tua-tua nanti macam aku ni apa pun tak pernah jadi.”  Aku hanya diam tak terkata mendengar kata-kata itu.
        “Senang-senang kamu ikut abang sajalah, kerja ikut berlayar. Boleh pergi banyak tempat dalam dunia ni, kalau impian kamu tu hendak ke jepun pun boleh” Kali ni aku tersenyum sedikit mendengar kata-kata Che Hamdan, berat untuk menolak berat juga untuk menerima.
        “Ah, mana mau dia bekerja macam penjara macam tu, kamu boleh lah. Sesekali barulah dapat menjejak tanah.”  Tersengih Che Hamdan dengan gurauan yang sudah dianggap biasa dari Pak Cik Man sesekali terjenguk juga Mak Cik Sal dari dapur yang sedang membasuh pinggan.
       “Tapi kalau kamu nak kumpul duit untuk masa depan ke apa ke boleh ikut Abang belayar. Memang lah terikat sedikit hidup diatas kapal. Tapi kalau kamu ada rancangan yang lebih jauh dan kamu rasa baik untuk kamu, kamu teruskan sahaja, abang tidak menghalang.”
       “Saya memang ada memasang sedikit angan-angan, tapi tidak tahu bila hendak mula. Buat masa ini biarlah tinggal didesa dulu.”
       “Dah bila lagi nak mula. Nanti takut jadi hangat-hangat tahi ayam pula bila disimpan lama-lama.” Pak Cik Man yang sesekali menghirup kopi.
       “Nanti bila saya sudah siap sedia, barulah saya pergi mengembara.” Tercengang Che Hamdan dan Pak Cik Man mendengar perkataan itu daripada mulut aku.
        Seraya ketawa “kamu ni biarlah benar  jika nak bergurau pun. Abang ingat kamu setakat nak ke Kuala Lumpur saja.” Kemudian tawaan tadi beransur reda.
       “mengembara ni bukan perkara main-main. Apa benar itu selama ni yang kamu simpan?.” Aku hanya memandang Sani ketika Pak Cik Man bertanyakan itu. Kerana sani sudah lama mengetahui rencana sebenar aku itu.
       “Ya, memang benar. Adakah salah jika saya menyimpan impian dan mimpi sebegitu?”
       “Salah atau Aku ini menghalang itu tidak, tapi impian kamu itu haruslah difikir masak habis. Mengembara ini bukan perkara remeh. Apa yang kamu ingin buat ini lebih besar untung ruginya. Apa yang kamu dapat bila mengembara nanti misalnya, kamu hendak kemana dan terlalu banyak perkara yang perlu dihitung.” Tekan Pak Cik Man.
       “Macam mana masa hadapan kamu nanti? Takkala anak muda seusia kamu sekarang sedang sibuk mencari wang, Abang pun tidak tahu bagaimana kamu boleh terfikir untuk mengembara.” Che Hamdan hanya Mengeleng kepala tanda ambil serius. Sesekali mata aku menjenguk juga ke dalam warung kerana khuatir dan segan kalau-kalau perbualan ini didengari Mak Cik Sal.
       “Terserah kepada kamu lah wahai anak muda. Hidup kamu, ada baiknya kamu yang tentukan.” Akur Pak Cik Man.

Bebas


         Aku hanya berbaring menghadap syiling yang dibelakangi kipas. Mimpi dan Impian itu benar-benar menghambat kembali penyimpannya, yang sebelum ini hanya acuh tidak acuh tetapi saat dan ketika ini seperti ianya menuntut janji untuk ditunaikan. Apa benar aku sudah cukup bersedia, dimanakah tekad aku tentang hal ini.                            
          
         Sejak pulang dari warung, otakku ligat memikirkan tentang hal ini tanpa henti. Hidup ini perlu dijalani sebaiknya dan jangan disia-siakan. Tapi ini bukanlah jalan untuk mensia-siakan hidup. Lagipun aku tidak mahu teperangkap lama di dalam desa yang sepertinya karnivor ini, indah pada pandangan tetapi mampu menelan jiwa. Ada baiknya aku pergi sahaja menurut impian ini dan aku juga tidak mahu impian aku berakhir dengan menjawat jawatan dalam badan kerajaan semata.
            
        Soal hendak kemana atau apa untung rugi hidup sudahpun aku fikirkan sebelum bait soalan itu terkeluar dari mulut Pak Cik Man atau Che Hamdan. Lagipun aku pernah terbaca artikel tentang seorang  pengembara perancis mengembara tanpa apa-apa kesana kemari. Jika begitu mengapa aku tidak boleh lakukannya, bukankah dia juga seorang manusia biasa. Apa yang kita hadapi sebenarnya bukanlah keadaan tetapi yang lebih teruk daripada itu adalah tahap kekuatan mental dan hati. Aku percaya jika aku punyainya aku juga mampu.
            
        “Tecum noesce” dari bahasa latin, jika di melayukan menjadi “kenali diri sendiri”. Pada pemikiran aku, aku harus kenali diri sendiri.  Apakah aku. Apa yang perlu aku lakukan sebagai manusia dan menjalani kehidupan sewajarnya. Mungkin cara untuk aku memahaminya adalah melalui pengembaraan ini. Dan tidak pula aku mencuba untuk menjadi seseorang eksistensialis seperti yang dipengaruhi oleh ahli falsafah Soren Kierkegaard, Jean Paul Satre mahupun Friedrich Nietzsche. Walaupun begitu serupa dengan apa yang aku lalui tetapi aku tidak mengangap ini satu eksistensialism sebolehnya.

             
         Aku lakukan ini dengan rela hati tanpa dipaksa oleh sesiapa pun, jika gagal bukan kehidupan namanya. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Keputusan ini telah mula berputik semula setelah sekian lama teragak-agak dan digengam erat sambil bersiap siaga dengan segala kemungkinan nanti. Semoga akan jumpa makna dan apa yang ku cari didunia luar sana, sebuah pengertian hidup yang luas tanpa batasan. 

Tuesday, 18 February 2014

Kenapa Melayu Selalu Konservatif


    Aku pernah berniat ingin mewarnakan rambut aku warna hijau tetapi aku lupakan sahaja kerana masa itu aku tinggal dikampung. Jadi aku tidak Punk sepenuhnya waktu itu.
Bila kau tinggal dikampung kau tidak boleh terlalu menonjol, kenapa???
sebab mereka konservatif.

    Lupakan soal rambut hijau atau Punk. Hari ini aku tengok masyarakat di bandar juga tidak semua berfikiran terbuka atau bersifat liberal. Aku pasti kalau kau berambut Hijau sesetengah mereka akan memandang pelik. kerana apa??? mereka konservatif.
Bukan itu sahaja, dalam rutin kehidupan mereka juga konservatif.  Kau kalau perempuan tidak boleh menyanyi didapur, bagaimana jika kau adalah seorang punkroker perempuan.?

   Bangsa melayu hari ini masih percaya pada malam jumaat ada banyak hantu atau buat anak, ini takpa. masih percaya benda karut lebih-lebih atau Ocultism. Sini ada hantu sana ada hantu dalam Pavillion ada hantu dalam I setan ada setan. Sampai nak kencing atas tanah pun puh kanan puh kiri.

   Kembali kepada kehidupan moden yang serba liberal: Aku rileks je jika lihat orang pulang dari clubbing baik lelaki atau perempuan mabuk dan buat tak tau sahaja. Ini perkara biasa. Atau setengah yang masih konservatif akan mengutuk, "Bodoh perempuan ni tak reti balik rumah ke. Dah lah mabuk terselak sana sini, rosak-rosak... tak boleh buat bini ni."
Bagi perempuan, "Macam ni nak buat laki, dengan perempuan kehulu kehilir, mabuk pulak tu keluar disko"(yang konservatif akan menyebut disko bukan clubbing) Atau dalam hati mereka "kan best kalau dapat pergi disko."

   Sama juga kalau artis kantoi pakai bikini, padahal sekadar fhotoshot tepi kolam renang, orang akan kutuk artis ini dalam blog-blog. Erra Fazira bercerai orang akan menyibuk, jadi masyarakat yang obses dengan penceraian artis. Orang cina atau india tidak ambil peduli tentang hal ini tetapi orang melayu akan peduli, kerana mereka konservatif.

   Masa sebelum merdeka orang melayu majoriti tempatnya dikampung. Dibandar tak ramai sangat. Yang di kampung ini adalah konservatif dan yang dibandar separa konservatif dan liberal. selepas merdeka dan rusuhan kaum tahun 1969 ramai masyarakat melayu dikampung dipindahkan ke bandar seperti Kuala Lumpur bagi mengawal tregedi seperti 1969 berulang. Walaupun berpindah dibandar, mereka tetap konservatif, tidak bergaul sangat dengan bangsa lain kerana kesan dari dasar pecah dan perintah masa zaman kolonial british sebelum merdeka. Berbeza dengan kaum melayu yang telah berpindah awal sebelum merdeka, mereka telah matang dengan kehidupan bandar ketika telah merdeka dan lebih terbuka mindanya.

   Jadi pehijrahan besar-besaran itu membuatkan sifat konservati itu masih berbaki lagi didalam masyarakat bandar hari ini. Tidak boleh buat konsert sampai pagi di stadium Bukit Jalil kerana penduduk akan bising. Dekat U.S rileks je buat konsert sampai pagi. Tidak boleh tanggal baju semasa buat konsert nanti kena Gam. Red Hot Chilli Paper steady je aku tengok tak pakai baju dan tak pernah pakai baju.

   Itu belum sentuh pasal ketuanan melayu lagi, semua orang melayu yang konservatif akan buat report polis pasal kau tegur raja buat salah. belum kutuk lagi. Kemudian orang melayu akan tunduk kalau ahli politik guna agama untuk mempengaruhi mereka. Parti politik pun konservatif asyik isu-isu yang bodoh je dimainkan. Kalau pebangkang cakap sikit terus report polis atau pegang sepanduk beramai-ramai "Kami bantah Anuar".

     Senang cerita orang melayu masih konservatif lagi dalam apa jua keadaan. Mereka terlalu berpegang oleh adat, bangsa dan agama terlalu berlebihan.

Monday, 17 February 2014

Kalau Aku Adalah Artis®

Ini adalah counter attack kepada rancangan Kalau Aku Bukan Artis.

    Aku punya rutin harian senang sahaja, tetapi tidak menentu kerana aku adalah seorang Rockstar. Sebagai seorang Rockstar aku harus rileks dengan kehidupan yang gila. Aku akan bangun pukul 12 tengah hari selepas penat berparti atau bikin konsert sehingga lewat pagi tanpa ganguan JAIS. Tidak ketinggalan turut bersarapan dan dilayan pembantu warga Itali yang berambut hitam. 

    "(Bercakap dalam bahasa itali) Sayang, jemput makan. I masak special untuk u" Aku tidak suka orang panggil aku tuan. Sebaliknya aku menyuruh pembantu rumah aku memanggil sayang. Sayang itu dalam bahasa melayu.
    
    "Terima kasih, tak sia-sia ambik u jadi pebantu rumah. dah lah cantik pandai pula melayan." Aku memuji pembantu rumah ku sendiri. juga dalam bahasa Itali.

    "I dah siapkan bilik mandian untuk u. bila siap makan nanti i bawa u pergi mandi."

    "Tak perlulah lagi i memuji u utuk yang ini kerana ternyata u memang perihatin" Ini juga dalam bahasa Itali. selepas itu aku bercakap sendirian dan menyudahkan sarapan secepat yang boleh.

    Hari itu aku keluar rumah dengan hati yang senang kerana perut kenyang. Aku memakai baju t-shirt The Who di dalam dan berjeket jeans diluar bersama seluar denim lusuh dan bersepatu Converse koyak. Aksesori lain hanya cermin mata hitam Wayfarer saiz 51. Aku tidak mahu berkelihatan seperti seorang Rockstar tipikal. 

(Masa aku jadi Rockstar ni Kalau boleh biarlah fikiran rakyat malaysia sudah berubah dan bukan mengangap rock itu Searh dan Wings. Search dan wings sudah tidak releven buat masyarakat.)

    Aku lebih selesa berjalan kaki dari rumah yang ditengah bandar untuk kemana. Inilah Rockstar sejati, berada dalam masyarakat. kahkahkah. Kemudian aku akan ditawarkan kontrak dengan sebuah syarikat rakaman.

    "Sekarang macam ni, kami berjumpa dengan Mister Zar ini adalah bagi menawarkan sebuah kontrak menarik dengan menjadi artis di syarikat kami, macam mana?" Tawaran dari orang syarikat rakaman.

    "Apa yang aku dapat dari semua ni?" Soalan sama seperti sebelum-sebelum ini.

    "Kita boleh kaya, lebih terkenal denga kontrak ini. memandangkan populariti Mister Zar sebagai seorang  Rockstar kini tidak dapat disangkal lagi."

    Aku menyalakan api sebatang rokok " Oh ya, So macam mana kehidupan aku selepas ikat kontrak dengan syarikat ni?"

   "Dengan EMI Malaysia ni totally different. Success,money,fame,women. semuanya dalam gengaman. First kita akan bayar 200 ribu, kemudian bergantung kepada hasil           keluaran unit album, merchandise,persembahan semualah.Tapi dengan syarat, kena patuhi segala apa yang dirancang oleh pihak syarikat." Dengan ghairah beliau menerangkannya.

    "Sorry guys, aku tak minat dengan syarikat ni. Popularity is not measurement of talent"

    "Look Mister Zar, ini adalah peluang bagus. Jarang kita buka kontrak yang macam ni  untuk artis malaysia. Rugi kalau tak sign." cuba memujuk.

    "No,No. U know what? this is the bullshit things." Aku terus koyakkan kontrak kemudian habiskan air atas meja dan berlalu pergi dengan ego seorang Rockstar.

    Tidak lama selepas itu hati aku terbuka dan aku telah mengikat kontrak besar bersama Warner Bros yang ada Green Day dan Red Hot Chilli Paper. Lebih baik ikat kontrak dengan mereka daripada ikat dengan syarikat entah mana-mana yang ada Siti Nurhaliza atau Anuar Zain. (Kahkahkah cilaka juga kalau aku Rockstar)

    Kemudian bila dah jadi Rockstar ni akan ada gosip yang berkaitan perempuan lah dadah lah atau isu sombong. kemudian masuk Melodi, rancangan gosip tipikal rakyat Malaysia.

   "So kita nak interviev Mister Zar sikit lah berhubung tentang, betul ke yang Mister Zar terlibat dengan najis dadah? Soalan attack dari Michelle Wee.

   "I guess this is just a small issues. Semua orang nak menyibuk. Aku rasa kalau terlibat dengan dadah kau orang peduli apa. Aku tak maksudkan aku hisap dadah. Tapi kalau         kau boleh bagi komitmen aku rasa isu ini adalah pure bullshit"(sambil perkaaan bullshit       tu di censor"teeettttt"). Aku menyalakan rokok secara live.
  
   "Ok, kemudian selepas isu dadah timbul pula gosip hangat yang mengatakan Mister Zar kehulu kehilir bersama perempuan. Ada peminat yang mengadu bahawa Mister Zar selalu bertukar-tukar pasangan, kejap dengan perempuan ini kejap dengan yang ini. Betul ke?" Michelle Wee tegas sambil lenggok suaranya seperti kecaman.

Aku pandang kearah lain dan sepertinya tidak ambil peduli dengan pertanyaan,
    "Oh yeah? satu lagi isu yang aku rasa buang masa. Itu adalah kehidupan peribadi aku, aku nak kawan dengan siapa itu aku punya pasal. Orang takkan bising kalau aku keluar dengan kawan lelaki tapi kalau perempuan kenapa nak bising? benda ni sama je. Tolong cepat sikit aku ada date petang ni." Michelle Wee tergamam apatah lagi rakyat Malaysia yang konservatif. 
   
Kemudian ada satu isu lagi di Melodi selepas 3 kali iklan. si dungu Zizan dan Awal berdolak dalih tentang isu artis sombong dengan peminat.
    " Katanya ada artis ni, sombong dengan peminat sendiri sampai tegur pun tak balas"      Zizan.
    "Kenapalah sombong, apa salahnya balas sapaan peminat. kita kalau jadi artis mesti bertanggung jawabkan.  Iiiishh, malas nak cakap banyak, jom kita layan" Awal Sehari.
   "Roll it" Zizan. 

    Di majlis AJL yang kononnya berprestij "Okay, kamera,kamera, lihat dekat sana. seorang Rockstar yang katanya bermasaalah. Dan bersama-sama beliau adalah seorang perempuan dan dengar-dengar adalah teman wanita baru beliau. Mari kita teeerrrjjjjaahhhhhh!!!!!!!" Kata Nas Ahmad Secara live sambil merangkak.

    Sedang aku mix around "Wow apa ni, Fuck(censors "teeeeettt")

    "Ya, ini dia kita dah dapat tangkap Mister Zar." Bangun Nas Ahmad dari meniarap.

    "Woi bodoh, apa salah aku?"
   
    "Mister Zar kita nak terjah sikit la. Boleh kesini sikit." Aku tinggalkan kawan perempuan aku untuk layan oang bodoh.
   
    "Dengar cerita u sombong la dengan peminat, banyak kita dapat aduan dari peminat"

    "Kau meniarap tadi sebab nak tanya soalan bodoh ni???. Well, siapa-siapa pun ada masa nak sombong." Jawab aku bersahaja sambil sambil mengekalkan ego seorang Rockstar.

    "Tapi kerap sangat kita dapat aduan bahawa u sentiasa sombong. Tegur tak jawab, peminat nak bergambar tak boleh, ke macam mana??"

    "Kalau aku sombong kenapa?? Aku tak pernah anggap aku artis pun, aku jalani kehidupan biasa macam orang lain juga. Kau boleh jadi peminat aku kalau kau faham aku, kalau tak boleh kau boleh berambus atau boleh terus meminati Faizal Tahir mamat Superman." Aku menyalakan rokok lagi sambil carutan-carutan dicensor oleh TV. 

    "Tak boleh la macam tu, u sebagai public figure kena jaga hati orang" Nas Ahmad memandai.

    "Pergi mampus lah dengan semua tu. Aku peduli apa!!!!! FUCK! FUCK! fUCK!!! FUCK!!!!!!!!! TREEEEETTTT TREEEEEETTT TREEEEET"

    Setahun kemudia aku berpindah ke San Diego. kahkahkahkah. Rockstar woiii.

Thursday, 6 February 2014

Kaki Undi Rancangan Realiti TV

    Maharaja lawak mega tamat malam ni, baguslah benda bodoh ni dah habis. Lepas ni tak payah orang sibuk nak tengok benda ni bila hari jumaat. Kalau kau adalah orang yang pergi mengundi bila masa ada PRU/PRK, kau adalah orang yang selamat. Tapi kalau kau adalah orang yang mengundi  untuk Akedemi Fantasia dan Maharaja Lawak Mega atau senang cakap, rancangan realiti TV yang kena undi pakai talipon, mungkin tidak into dengan entry ini. Atau mungkin tidak selamat juga bagi kedua-duanya.

    Kalau aku, aku tak undi. Buang masa bongok undi rancangan realiti TV bodoh macam ni. Sebab itu artis yang terhasil dari benda ni pun macam deep in vain, "Popularity is not measurement of talent" la. Duduk depan TV kemudian undi untuk rancangan realiti TV sama macam buat benda boring. Aku tertanya-tanya juga best ke undi ni? Apa perasaan? Kalau kau undi, undi siapa? Jenis Macam mana orang yang undi rancangan realiti TV ni? aku cuba memahami kelompok ni betul-betul. 

    Mungkin juga ada banyak jenis-

1. Contohnya orang yang mengundi PRU/PRK tapi juga pada masa yang sama adalah pengundi untuk rancangan realiti TV. Aku dah cakap mungkin kedua-duanya tak selamat.

2. Mat Rempit yang ketandusan idea untuk memikat perempuan.

3. Orang yang tidak pernah undi rancangan realiti TV. tapi saja nak cuba, bila selesai bagi undi lepas tu maki hamun pasal kena telan kredit banyak. Kemudian sedar benda ni buang masa.

4. Pelajar tingkatan 5 yang akan duduki peperiksaan SPM. Dimana guru kelasnya adalah pengundi juga.

5. Saudara mara/Ahli keluarga mereka yang masuk rancangan realiti TV. Dipaksa mengundi untuk jaga hati supaya nanti waktu berhari raya tidak bermasam muka. 

6. Atau boleh tumpang glamour dengan mngenangkan undi yang telah diberi.

7. Mengundi untuk kawan yang tidak rapat/bercakap masa tingkatan 3.

8. Penduduk Felda.

9. Die hard fan. Marah bila orang kutuk rancangan realiti TV tersebut. Selalu bagi puji-pujian.

10. Bila waktu rehat kerja, wajib tidak terlepas dari berbual tentang rancangan realiti TV yang diminati dengan teman yang mempunyai hobi yang sama. Kemudian masing-masing berahsia tentang siapa yang diundi.
 "Engko undi sape?" "Ada laaa..." "Engko bagitahu dulu, lepas tu baru aku bagi  tahu"

11. tanda-tanda seorang pengundi ialah menunjukkan kebolehan meniru ayat-ayat poyo yang dipanggil tag line.

12. Tidak kenal Zack De La Rocha.

13. Kredit yang makwe baru top-up kan sekejap sahaja sudah habis. Tidak semestinya boyfriend kau curang dengan menalifon perempuan lain. mungkin juga boyfriend kau adalah kaki undi rancangan realiti TV. Perhatikan hari apa kredit selalu habis.

14. Tidak cool langsung.

15. Kau mengaku atau tidak??.

Pesona

Beberapa hari lepas aku ada mengirimkan puisi buatan khas kepada seorang perempuan cantik . Sementara aku masih gusar tentang puisi atau apakah ini, beliau mengatakan puisi ni sangat "Sweet dan melting habis" aku sebenarnya bencikan perkataan sweet ni. Lagi pun tajuknya serupa gampang.



Matamu cantik nilai ciptaannya, mahu saja aku tenung sedalam mungkin, jika aku huraikan mungkin sejernih air yang tampak ikannya, pesonanya tak dapat aku alihkan tumpuan.
kulitmu sehalus tembusan cahaya, cahaya yang tidak dapat dirobek mata pena pun, ternampak ia melalui jiwa lalu mata hati terbuka untuk melihat, indahnya lebih dari matahari menyingsing.
batang hidungmu sepadan wajah, setanding pandanganku terhadap mata dan bibir, bintik hitam pada batang hidungmu sesuai tempat mnyerlah pandangan, unik tiada tanding.
bibirmu tidak akan aku katakan bak delima tetapi selembut sutera, ingin kuletak jariku yg gusar dibibirmu, supaya rasa dihujung jari kemudian kembali semula ke jiwa, biar terbatas rasa takkan aku lupa dihati.
kamu itu seperti bintang, bintang yang tidak kenal pemandang asing, tapi wajah itulah memberi ilham, aku tenggelam dalam pesonamu, tetapi aku tahu mata itu terkadangnya mampu menitiskan air jika jiwa terluka, kulit itu tiada serinya lagi, hidung tidak semangat bernafas, bibirmu pucat tiada punca. tetapi mata itu jugalah mencerminkan kegembiraan, kulit wajahmu pasti kemerahan menahan malu, hidung bernafas teguh, bibir merah jambumu tentu menguntum senyum jika hati diusik.
aku harap kamu tidak sedih atau berduka sehingga hilang pesonamu. tiadalah ilham lagi.

Tuesday, 4 February 2014

Rancangan TV masyrakat kelas ke-3



  Rumah aku pada masa tahun sebelum 2007 jangan katakan Akedemi Fantasia, piring Astro pun takda. Bila aku ke sekolah pelajar lelaki atau perempuan asyik berceritakan tentang rancangan TV yg satu ni. Bila aku balik sekolah dan boring asyik menonton TV 1,2,3 atau 9 aku ke rumah kutu untuk menonton Astro. Aku cuba tonton rancangan TV yang menjadi buah mulut ni, menghampakan. Mana mungkin orang yang asyik dengar lagu-lagu seperti nirvana atau lagu berunsur memberontak pada masa itu boleh menerima perkara seperti ini.

    Selepas 2007 rumah aku mula pasang Astro. Tapi perkara seperti AF ini masih belum berakhir walaupun aku sudah tamat sekolah. Sudahlah rancangan Astronya berulang terpaksa pula seseorang yang cool macam aku menghadapi perkara memalukan seperti siaran ulangan AF. Jadilah aku seperti mamat Edward Norton dalam gambar yang kelihatan boring.

    Sekarang sudah pun 2014. Steve Job dah pun mati dan Najib Razak masih kekal jadi menteri Malaysia.
Tapi?? benda yang pure-bullshit ini tidak berakhir seiring perkara yang berlaku. Raja Lawak, Maharaja Lawak masih ada dikaca TV, tahun ini tidak pasti AF itu ada atau tidak, kemudian muncul pula rancangan terbaru Masterchef. Itu belum masuk lagi rancangan bukan realiti TV macam Primadona, drama TV3 atau paling cilaka sekali sinetron atau cerita tak logik indonesia.

    Ketika aku menonton Maharaja Lawak Mega aku tidak tahu mahu gelak atau apa, reaksi sama juga dari beberapa kutu lain. Macam mana rakyat Malaysia yang majoritinya penonton Maharaja Lawak Mega boleh terhibur dengan Lawak yang terlalu menyempitkan otak ni. Masih ramai yang bermartubasi dengan benda-benda macam ni. Mungkin aku sudah hilang sense of humor barangkali atau Nora Danish mahupun Luna Maya bukan wanita impian aku.

    Masterchef pula rancangan yang bodoh panggil artis suruh masak. Tapi orang tengok juga pasal ada artis kegemaran yang sebenarnya tak reti memasak. Kalau kau perasan, kebanyakan rancangan TV dekat Malaysia ni selalu tiru negara barat. Sebenarnya ini dah jadi lumrah negara kelas ke-3, asyik meniru. Malaysian next top Model tak boleh buat nanti kena bising dengan serbanitas.

    Aku akui Erra Fazira masih cantik, tapi tak semestinya aku tengok rancangan Primadona dalam perdebatan antara gender ni. Aku selalu lebel rancangan sebegini sebagai takda kerja walau pun ada Erra dan Rozita Che Wan. Bertelagah pasal siapa lagi bagus dengan menampakkan sisi minda masyarakat kelas ke-3 yang konservatif ni sama macam buang masa. Bagi aku kedua kaum ada sama baik dalam peranan masing-masing.

    Masyarakat yang tolol datangnya dari pengaruh yang mempengaruhi. Macam mana otak minda masyarakat nak berkembang kalau rancangan TV pun macam cilaka. Ini kau boleh salahkan Astro sebab kau bayar bil mahal-mahal tapi siaran ulang-ulang. Itu belum cerita pasal filem. Kau cuba cerita dekat aku kenapa filem Bunohan tak ramai orang pergi tengok dekat pawagam hari tu, Tapi dapat anugerah dekat luar negara kemudian baru dapat anugerah dekat negara sendiri??? Ya, orang Malaysia suka tengok cerita cinta bodoh atau hantu lawak mengarut, Mamat Khalid kau oleh kecualikan dalam hal ini ok? Aku tak tahulah apa nasib cerita Laga nanti pasal cerita parodi bodoh pertama negara Jangan Pandang Belakang, boleh Tak? tayang jugak. Mungkin sudah termasuk bahagian filem tapi mungkin lebih panjang dalam entry lain.

   Sekarang aku banyak habiskan masa menonton channel 438 Sundance, pasal banyak cerita bagus walaupun rancangan channelnya adalah filem tapi kira rancangan TV juga pasal ada dalam list rancangan TV dekat rumah kau. Kemudian ada interview orang pasal filem dan Studio Session. Beberapa sahaja rancangan TV yang aku kira bagus seperti Parit Jawa, Parut Ashikin yang ada Erra Fazira dan rancangan TV yang seangkatan dengannya. Sampai kadang-kadang aku rasa iklan Hari Raya lagi bermutu dari rancangan TV yang ada. Jadi jawapan kepada semua benda pain in ass ini, rancangan seperti Maha Raja Lawak Mega, Masterchef, Af, Primadona, drama bodo TV3, Melodi, sinetron bodo takan berhenti selagi minda masyarakat masih bermaturbasi.