FOLLOW

Saturday, 22 February 2014

Adakah Aku Akan Dilayan Seperti pendatang Asing Jika Aku Di Negara Lain

    Dalam entri lepas aku ada postkan pasal pendatang asing dah hegemoni. Kemudian aku asyik memikirkan tentang kaitan hal ini dengan aku. Apa kaitannya? aku bercinta dengan makwe vietnam yang berupa seperti Elly Tran Ha ke? tak,tak.... Tapi yang menjadi persoalannya dalam kepala aku adalah macam mana jika aku sebagai rakyat malaysia hidup di negara orang, Adakah aku akan dilayan sama seperti pendatang asing yang ada dekat malaysia.

    Jika aku hendak duduk jerman atau amerika first sekali adalah aku tidak akan masuk secara haram walaupun aku tidak suka pakai undang-undang atau aku peminat Billie joe Amstrong sekali pun. Tak tahulah kalau ada jalan belakang nak masuk U.S dan kita akan faham mungkin perasaan menjadi pendatang asing.

    Tetapi di U.S masyarakatnya pelbagai kaum dan bangsa. Jika kau terjumpa Ahmad warga bangladesh yang dulunya kerja di Seven E ampang, kau jangan terkejut jika terjumpa Ahmad di U.S. Kau mungkin akan berkawan rapat dengannya kehkeh. Mungkin isu ditindas itu kurang bila kau pergi ke negara yang tidak kisah siapa yang ingin jadi penduduknya atau mengalu-alukannya, asalkan kau berkelakuan baik. Aku nak duduk dekat New York.

     Jika di Australia pula mungkin selalu dikatakan negara yang mempunyai masyarakat yang racist. Mungkin kau sedikit tertekan dengan keadaan ini, perlu lebih berhati-hati mungkin. Bagi aku kalau kau adalah pendatang dekat negara mana pun kau akan hadapi benda ni juga, racist itu adalah sebahagian dari sifat manusia sejauh mana kau nafikan. Mungkin tidak semua tapi kau akan hadapi juga. Mungkin Australia tidak banyak bercampur bangsa seperti U.S dan Australia masih Monarki. Tapi aku tak mahu tinggal di australia walaupun negaranya adalah tempat perlancongan.

    Lagi satu tempat yang aku ingin pergi adalah Jerman. Walaupun negara ini dulunya adalah Nazi yang facist tetapi tidaklah sekarang. Jerman telah berubah lama. Kau boleh tinggal di Berlin jika inginkan sosial masyarakat Islam. Di Berlin lebih ramai penduduk islamnya. Banyak hak istimewa di jerman bagi kaum imigran yang boleh kau nikmati. 

    

No comments:

Post a Comment