FOLLOW

Thursday, 6 February 2014

Kaki Undi Rancangan Realiti TV

    Maharaja lawak mega tamat malam ni, baguslah benda bodoh ni dah habis. Lepas ni tak payah orang sibuk nak tengok benda ni bila hari jumaat. Kalau kau adalah orang yang pergi mengundi bila masa ada PRU/PRK, kau adalah orang yang selamat. Tapi kalau kau adalah orang yang mengundi  untuk Akedemi Fantasia dan Maharaja Lawak Mega atau senang cakap, rancangan realiti TV yang kena undi pakai talipon, mungkin tidak into dengan entry ini. Atau mungkin tidak selamat juga bagi kedua-duanya.

    Kalau aku, aku tak undi. Buang masa bongok undi rancangan realiti TV bodoh macam ni. Sebab itu artis yang terhasil dari benda ni pun macam deep in vain, "Popularity is not measurement of talent" la. Duduk depan TV kemudian undi untuk rancangan realiti TV sama macam buat benda boring. Aku tertanya-tanya juga best ke undi ni? Apa perasaan? Kalau kau undi, undi siapa? Jenis Macam mana orang yang undi rancangan realiti TV ni? aku cuba memahami kelompok ni betul-betul. 

    Mungkin juga ada banyak jenis-

1. Contohnya orang yang mengundi PRU/PRK tapi juga pada masa yang sama adalah pengundi untuk rancangan realiti TV. Aku dah cakap mungkin kedua-duanya tak selamat.

2. Mat Rempit yang ketandusan idea untuk memikat perempuan.

3. Orang yang tidak pernah undi rancangan realiti TV. tapi saja nak cuba, bila selesai bagi undi lepas tu maki hamun pasal kena telan kredit banyak. Kemudian sedar benda ni buang masa.

4. Pelajar tingkatan 5 yang akan duduki peperiksaan SPM. Dimana guru kelasnya adalah pengundi juga.

5. Saudara mara/Ahli keluarga mereka yang masuk rancangan realiti TV. Dipaksa mengundi untuk jaga hati supaya nanti waktu berhari raya tidak bermasam muka. 

6. Atau boleh tumpang glamour dengan mngenangkan undi yang telah diberi.

7. Mengundi untuk kawan yang tidak rapat/bercakap masa tingkatan 3.

8. Penduduk Felda.

9. Die hard fan. Marah bila orang kutuk rancangan realiti TV tersebut. Selalu bagi puji-pujian.

10. Bila waktu rehat kerja, wajib tidak terlepas dari berbual tentang rancangan realiti TV yang diminati dengan teman yang mempunyai hobi yang sama. Kemudian masing-masing berahsia tentang siapa yang diundi.
 "Engko undi sape?" "Ada laaa..." "Engko bagitahu dulu, lepas tu baru aku bagi  tahu"

11. tanda-tanda seorang pengundi ialah menunjukkan kebolehan meniru ayat-ayat poyo yang dipanggil tag line.

12. Tidak kenal Zack De La Rocha.

13. Kredit yang makwe baru top-up kan sekejap sahaja sudah habis. Tidak semestinya boyfriend kau curang dengan menalifon perempuan lain. mungkin juga boyfriend kau adalah kaki undi rancangan realiti TV. Perhatikan hari apa kredit selalu habis.

14. Tidak cool langsung.

15. Kau mengaku atau tidak??.

No comments:

Post a Comment