FOLLOW

Saturday, 22 February 2014

Pendatang Asing Dan Hegemoni

    Perkara ini sudah bermain sejak dulu lagi dalam kepala hotak aku yang kian berat dengan bermacam benda yang ada di sekeliling. Aku benci dengan perkara remeh-temeh yang rakyat malaysia selalu isukan. Kau jangan salahkan kerajaan kalau malaysia tak maju mana pun. Aku perhati sekarang ramai pendatang asing dekat malaysia ni, mungkin tidak terkawal lagi oleh kerajaan sendiri. Datang dari pelbagai negara yang kebanyakannya bersatus negara susah, kemari untuk mencari rezeki.

    Macam mana hubungan kita dengan pekerja asing??? Amat teruk. Aku tahu mereka semua memang suka buat perangai sesetengahnya. menggangu orang awam dan persekitaran. Mungkin yang lebih teruk adalah pengotor dan kerjanya buat kotor, macam warga Myanmar yang meludah sireh. Kadang-kadang aku tengok semua warga pendatang asing juga kunyah sireh pada hari minggu di Kuala Lumpur.

  
    Kita akan bising kalau waktu hari minggu bila kita keluar untuk lepak-lepak di Kuala Lumpur dan akan dipenuhi oleh mereka. Kau mungkin tak akan pergi atau akan keluarkan dari list tempat best untuk lepak atau dating waktu hari minggu sebab tempat itu hanya dipenuhi warga asing. Mujur warga asing tak memenuhi club-club sekitar Bukit Bintang, Dorai Samy atau Bangsar. Jika tidak aku tak tahulah mana lagi orang nak bersosial waktu malam minggu.(Kita panggil bersosial, bukan panggil pergi jahanamkan diri dekat clubbing, OK?) 

    Pada masa yang sama kita juga adalah rasict walaupun sejauh mana kita cuba nafikan. Kalau kau tidak rasict masakan kau tidak suka dengan mereka atau orang cina yang berniaga atau india yang suka buat bising. Memang sudah fitrah manusia untuk bersifat rasict kadang-kadang dengan bangsa sendiri juga, juga walau sejauh mana kau cuba nafikan.


    Berbanding aku dan kau atau kita kehidupan mereka lebih teruk disini walaupun mereka memang sudah susah dekat tempat asal. Kerja pun entah mana hala. Gaji murah, kerja lebih waktu dan kena tipu juga adalah satu hal. Aku pernah tanya juga kepada mereka bagaimana kalau mereka terjumpa dengan Polis. Kebanyakan mereka mengatakan mereka akan di pau. 30 atau 50 sudah boleh selesai dan Polis akan pergi. Macam mana orang mahu menghormati pihak berkuasa jika begini caranya. Aku tidak tahu mahu bersifat rasict atau tidak dalam hal ini bila kau nampak sesuatu dari sudut lain.


    Kau tahu tak yang diantara mereka juga punyai Diploma dan Ijazah? Aku tiada semua tu tapi tetap senang dekat sini. Aku rasa kita adalah orang yang bernasib baik sebab negara kita bukan negara susah untuk sara rakyat pun walau kadang-kadang tergelincir juga pada hujung bulan. Itu pun mujur tidak perlu buat permit kerja dan terpaksa simpan wang yang banyak untuk perbaharuinya.  ara

No comments:

Post a Comment