FOLLOW

Tuesday, 4 February 2014

Rancangan TV masyrakat kelas ke-3



  Rumah aku pada masa tahun sebelum 2007 jangan katakan Akedemi Fantasia, piring Astro pun takda. Bila aku ke sekolah pelajar lelaki atau perempuan asyik berceritakan tentang rancangan TV yg satu ni. Bila aku balik sekolah dan boring asyik menonton TV 1,2,3 atau 9 aku ke rumah kutu untuk menonton Astro. Aku cuba tonton rancangan TV yang menjadi buah mulut ni, menghampakan. Mana mungkin orang yang asyik dengar lagu-lagu seperti nirvana atau lagu berunsur memberontak pada masa itu boleh menerima perkara seperti ini.

    Selepas 2007 rumah aku mula pasang Astro. Tapi perkara seperti AF ini masih belum berakhir walaupun aku sudah tamat sekolah. Sudahlah rancangan Astronya berulang terpaksa pula seseorang yang cool macam aku menghadapi perkara memalukan seperti siaran ulangan AF. Jadilah aku seperti mamat Edward Norton dalam gambar yang kelihatan boring.

    Sekarang sudah pun 2014. Steve Job dah pun mati dan Najib Razak masih kekal jadi menteri Malaysia.
Tapi?? benda yang pure-bullshit ini tidak berakhir seiring perkara yang berlaku. Raja Lawak, Maharaja Lawak masih ada dikaca TV, tahun ini tidak pasti AF itu ada atau tidak, kemudian muncul pula rancangan terbaru Masterchef. Itu belum masuk lagi rancangan bukan realiti TV macam Primadona, drama TV3 atau paling cilaka sekali sinetron atau cerita tak logik indonesia.

    Ketika aku menonton Maharaja Lawak Mega aku tidak tahu mahu gelak atau apa, reaksi sama juga dari beberapa kutu lain. Macam mana rakyat Malaysia yang majoritinya penonton Maharaja Lawak Mega boleh terhibur dengan Lawak yang terlalu menyempitkan otak ni. Masih ramai yang bermartubasi dengan benda-benda macam ni. Mungkin aku sudah hilang sense of humor barangkali atau Nora Danish mahupun Luna Maya bukan wanita impian aku.

    Masterchef pula rancangan yang bodoh panggil artis suruh masak. Tapi orang tengok juga pasal ada artis kegemaran yang sebenarnya tak reti memasak. Kalau kau perasan, kebanyakan rancangan TV dekat Malaysia ni selalu tiru negara barat. Sebenarnya ini dah jadi lumrah negara kelas ke-3, asyik meniru. Malaysian next top Model tak boleh buat nanti kena bising dengan serbanitas.

    Aku akui Erra Fazira masih cantik, tapi tak semestinya aku tengok rancangan Primadona dalam perdebatan antara gender ni. Aku selalu lebel rancangan sebegini sebagai takda kerja walau pun ada Erra dan Rozita Che Wan. Bertelagah pasal siapa lagi bagus dengan menampakkan sisi minda masyarakat kelas ke-3 yang konservatif ni sama macam buang masa. Bagi aku kedua kaum ada sama baik dalam peranan masing-masing.

    Masyarakat yang tolol datangnya dari pengaruh yang mempengaruhi. Macam mana otak minda masyarakat nak berkembang kalau rancangan TV pun macam cilaka. Ini kau boleh salahkan Astro sebab kau bayar bil mahal-mahal tapi siaran ulang-ulang. Itu belum cerita pasal filem. Kau cuba cerita dekat aku kenapa filem Bunohan tak ramai orang pergi tengok dekat pawagam hari tu, Tapi dapat anugerah dekat luar negara kemudian baru dapat anugerah dekat negara sendiri??? Ya, orang Malaysia suka tengok cerita cinta bodoh atau hantu lawak mengarut, Mamat Khalid kau oleh kecualikan dalam hal ini ok? Aku tak tahulah apa nasib cerita Laga nanti pasal cerita parodi bodoh pertama negara Jangan Pandang Belakang, boleh Tak? tayang jugak. Mungkin sudah termasuk bahagian filem tapi mungkin lebih panjang dalam entry lain.

   Sekarang aku banyak habiskan masa menonton channel 438 Sundance, pasal banyak cerita bagus walaupun rancangan channelnya adalah filem tapi kira rancangan TV juga pasal ada dalam list rancangan TV dekat rumah kau. Kemudian ada interview orang pasal filem dan Studio Session. Beberapa sahaja rancangan TV yang aku kira bagus seperti Parit Jawa, Parut Ashikin yang ada Erra Fazira dan rancangan TV yang seangkatan dengannya. Sampai kadang-kadang aku rasa iklan Hari Raya lagi bermutu dari rancangan TV yang ada. Jadi jawapan kepada semua benda pain in ass ini, rancangan seperti Maha Raja Lawak Mega, Masterchef, Af, Primadona, drama bodo TV3, Melodi, sinetron bodo takan berhenti selagi minda masyarakat masih bermaturbasi.
 

3 comments:

  1. Suka entry ni.memang rancangan tv sekarang ni dah bullshit sangat.semua rancangan tu untuk jadikan melayu semakin layu dan terperangkap dalam kebodohan yang abadi.Tahniah!.tp peliknye macam tiada siapa yang peduli.Melayu akan ada minda kritis seperti Pak Sako atau filosof spt Hamka kah jika asyik menonton Bintang mencari bintang?.ayuh!reformasi television!gerakan bantah rancangan tv bodoh!!!!!!!!.

    ReplyDelete
  2. Rancangan di tv3 memang bagus.Dengan rancangan realiti lawak yg banyak dan dpt melahirkan pelawak2 Melayu kelas antarabangsa.Lambakan sinetron Indonesia pula boleh meningkatkan penguasaan bahasa ibunda kita,anak2 gadis melayu tentu suka.bolehla mrk ikut cari pkwe indon &menetap di Lombok,bekerja di sana....ibu bapa boleh tumpang bangga,dpt menantu over the sea.yes...we support tv3.

    ReplyDelete
  3. Pandangan yang sarkastik, not bad.

    ReplyDelete