FOLLOW

Saturday, 29 March 2014

Selamat Kembali Buat Diri Sendiri



Aku kembali semula ke alam maya melalui blog Pelepak Professional dengan identiti yang masih rahsia dan kabur kepada umum dimana tidak ada orang peduli pun. Sejak aku terputus hubungan dengan internet selama 2 minggu terlalu banyak perkara yang berlaku. Aku tidak tahu perjalanan scene muzik di Amerika selama itu. Kemudian 6 orang didapati mati di Future Music Festival Asia(FMFA) gara-gara overdose dan banyak hal lain lagi. By the way dadah bukan muzik dan muzik bukan dadah.

Lagi satu soal Flight MH370, berita ni senang dapat. Dari metro surat khabar pengintai sehinggalah ke New Street Time semua cerita pasal MH370 sehinggalah pengesahan di lautan Hindi. MH370 ni akhirnya menjadi obsesi rakyat malaysia akhirnya. Bukanlah aku tidak sensitif dengan keadaan. Tapi bermacam-macam spekulasi yang timbul, kena hijack, pusing balik, sakit mental dan yang aku paling susah nak telan adalah spekulasi dari mereka yang suka konspirasi yang mengatakan ini kerja Amerika atau iluminati. Boleh diterima akal tapi sukar disahkan. Tapi orang yang gila teori konspirasi ni bukan suka cakap pakai bukti sahih pun.

Dah 2 hari aku menceroboh ke alam maya ni, tapi baru hari ni nak update blog. Biasalah kadang-kadang aku terpaksa menghormati sikap malas tu sikit sebelum aku mencari idea untuk menulis. Esok mungkin idea akan timbul, selain entry mengarut dari Pelepak Professional atau entry yang perlu berfikir secara melepak dengan penuh ke-professional-an, memang itu pelepak professional pun. Banyak juga benda yang nak kritik ni.

Semalam di Facebok, disamping kemalasan untuk update blog aku cuba chat dengan seorang perempuan cun.

Ruang chat;

Aku: Hey ladies?.

Makwe: Bagi salam please.

Aku: Oh sorry, Assalamualaikum?

Makwe: Waalaikumsalam.

Aku: Nice photo.

Makwe: tak balas.

Aku: U terer memanah ke? (menurut gambar dalam facebook dia, aku stalker sikit je)

Makwe: Taklah, saja try.

Aku: Hahaha okay. So buat apa sekarang?

Makwe: tal balas.

Aku: Busy ke?

Makwe: Tak.

Aku: Oh sorry ganggu.

Makwe: Tak balas.

Aku dalam fikiran, kemarin bukan main beria lagi chat dengan aku.

Razak: Woi pulang balik CD Pearl Jam aku. Lepas tu jom teman aku pergi rumah awek aku jap.

Aku: Tak balas.



Friday, 28 March 2014

The Genius Of The Crowd By Charles Bukowski





there is enough treachery, hatred violence absurdity in the average
human being to supply any given army on any given day

and the best at murder are those who preach against it
and the best at hate are those who preach love
and the best at war finally are those who preach peace

those who preach god, need god
those who preach peace do not have peace
those who preach peace do not have love

beware the preachers
beware the knowers
beware those who are always reading books
beware those who either detest poverty
or are proud of it
beware those quick to praise
for they need praise in return
beware those who are quick to censor
they are afraid of what they do not know
beware those who seek constant crowds for
they are nothing alone
beware the average man the average woman
beware their love, their love is average
seeks average

but there is genius in their hatred
there is enough genius in their hatred to kill you
to kill anybody
not wanting solitude
not understanding solitude
they will attempt to destroy anything
that differs from their own
not being able to create art
they will not understand art
they will consider their failure as creators
only as a failure of the world
not being able to love fully
they will believe your love incomplete
and then they will hate you
and their hatred will be perfect

like a shining diamond
like a knife
like a mountain
like a tiger
like hemlock


they finest art

Saturday, 15 March 2014

Kena Cuti Menulis, Ini Memang Cilaka!

Broadband aku sudah mahu habis koutanya, ini kira entry last. Nyawa-nyawa ikan je ni. Ini mungkin kerana selalu tengok konsert-konsert versi penuh seperti Reading festival, Rock Am Ring, Glastonbury dan itunes festival yang lepas-lepas. Kemudian download lagu.
Ni semua punca ni. Kalau setakat chat dengan makwe dari perancis takda hal sangat MB broadband ni.

Aku belum habis nak membuat riview buku-buku best yang bersepah-sepah dekat rak sedang-sedang aku ni( sebab tu penuh pasal raknya pun sedang). Buku-buku yang aku beli dari pesta buku angtarabangsa Kuala Lumpur setiap tahun bermula 2 tahun lepas(kahkah) dan dengan buku-buku tahun lepas hendaklah di-riview dengan tertib, tapi aku bukan nak riview semua, cuma beberapa sahaja yang aku rasa berbaloi untuk orang baca. 

Aku belum membuat keputusan drastik lagi hendak habiskan masa bercuti ni dekat mana walaupun ini hanya cuti menulis blog sahaja. Mungkin aku akan berjalan-jalan sedikit melihat negeri orang atau mencari makwe baru bagi mengaburi kegagalan percintaan masa lalu. 

Kah kah kah kah kah.

Ini ada sedikit buah tangan buat hibur-hibur.

Band yang datang Malaysia tahun lepas dimana aku tiada duit nak beli tiket, harem betoi!




ULASAN BUKU: Lelaki Eksistensial


Buku yang akan dijudge begitu sahaja oleh serbanitas melalui kulit buku ini. Tapi terpulang pada orang hendak judge atau tak. bagi aku yang dah membaca, buku ini boleh bukakan minda kau sedikit daripada bahan bacaan yang asyik dibelenggu oleh held mentality. buku dari penulis sama ULASAN BUKU: Awek Chuck Taylor terbitan Lejen Press. Jika tak tahu Eksistensial boleh rujuk sini Eksistensialisme

Mengisahkan seorang lelaki tak bernama yang sentiasa dibayangi oleh seorang perempuan bernama Sofea dan mempunyai hubungan dengan beberapa perempuan. Susah hidupnya, kemudiaan senang setelah bertemu seorang perempuan bernama Lin di Frinjan (tempat jual buku dekat shah alam) ketika lelaki ini sibuk baca buku tulisan sendiri. Dipelawa oleh Lin untuk menjadi editor kepada buku dia, kemudiaan diambil bekerja disyarikat penerbitan buku milik Lin yang sebenarnya adalah seorang anak tengku.

Setelah berjaya, lelaki ini menjadi tutor jurusan filem di sebuah universiti dan pada masa yang sama menjadi penulis skrip drama yang sebelum ini menyambung pelajarannya semula setelah berhenti belajar kerana perempuan bernama Sofea, itu pun diatas pujukan Lin yang semakin hari semakin rapat dengannya. 

Semasa menjadi tutor, lelaki ini mengenali seorang gadis hipster bernama Puspa yang akhirnya menjadi teachers pet nya. Seorang gadis yang suka memberontak, melawan arus sistem dan seorang vegeterian. Pada masa yang sama adalah seorang komunis juga, perbalahan dan perdebatan ilmu sering terjadi diantara Puspa dan lelaki ini kerana masing-masing berpandangan tinggi tentang falsafah.

Turut mengenali pelakon perempuan sinetron indonesia gred-B bernama Fitrana ketika pengambaran drama Cinta Luhur Dari Illahi. Seorang gadis bimbo yang tidak tahu soal falsafah atau apa pun juga mempunyai hubungan dengannya. Kemudian gadis seterusnya bernama Maisara, Datang dari keluarga melayu pasca DEB (dasar ekonomi baru) urban konservatif yang bapanya adalah ketua UMNO cawangan perumahan. mengenali Maisara di satu simposium anjuran universiti.

Lelaki kasanova ini mengoda mereka semua dengan mengcungkil ID mereka berteraskan kaedah Sigmund Freud(sila google). Dan setelah berjaya memiliki jiwa mereka, lelaki ini masih belum puas kerana cintanya hanya kepada seorang perempuan bernama Sofea yang dikenali semasa sekolah menengah hingga di universiti. Perempuan yang membuatkan lelaki tak bernama ini putus semangat untuk belajar. Kesemua perempuan yang digodanya, Lin, Puspa, Fitrana dan maisara mempunyai sedikit ciri-ciri Sofea, gadis yang membelenggu dirinya. Bertemu semula dengan Sofea ketika syarikat penerbitan buku milik kekasihnya, lin, mengambil pekerja baru. Kemudian bermula bermacam-macam peristiwa bercelaru.

Buku yang berbaloi untuk dibaca. Jika kau adalah seorang yang konservatif, tolong buka minda untuk membacanya walaupun buku ini agak keterlaluan bagi orang yang konservatif mindanya. Dalam buku ini banyak mengkritik perkara disekeliling kita orang melayu. Perkara-perkara seperti cinta yang gagal seiring dengan perkara-perkara yang kritis. Tentang kehidupan seorang yang eksistensialis.

Eksistensialisme

                               (Soren Kierkegaard,Friedrich Nietzsche, Jean-Paul Sartre)

Eksistensial ni adalah sesuatu nilai yang berat dan dokongan didalam hidup. Diantara salah satu falsafah terbesar dalam bahagian falsafah barat. Buat masa sekarang aku belum membaca naskah-naskah buku atau karya-karya agung eksistensialis, cuma ada membaca beberapa buah buku yang ada kaitan dengan eksistensialis seperti buku Marxism.

Sebelum mengenali Eksistensialisme atau menjadi seseorang yang Eksistensialis kau harus mengenali tokoh-tokoh atau bapa kepada eksistensialisme itu sendiri. Tokoh-tokoh yang wajib kenal bagi falsafah Eksistensialisme terdiri daripada  Soren Kierkegaard, Frederick Nietchze dan Jean-Paul Sartre, mereka adalah orang yang bertanggung jawab membangunkan Eksistensialisme. Didalam wikipedia jika dibaca akan berbunyi Eksistensialisme ini adalah tentang kerber-ada-an manusia. Tapi aku rasa ini terlalu sukar untuk orang nak faham.

Keber-ada-an manusia didalam Eksistensialisme ini terlalu berat bunyinya, tapi dengan maksud penerangan yang lebih senang difahami, Eksistensialisme ini adalah falsafah yang menitik beratkan kewujudan manusia. Inti pati Eksistensialisme adalah mempertahankan hak seseorang manusia sebagai individu yang mempunyai hak untuk berfikiran bebas dan membuat sesuatu dengan bebas tanpa halangan dari orang lain atau faktor yang menghalang seseorang individu tersebut didalam hidupnya.

Eksistensialisme juga terdiri daripada persoalan-persoalannya iaitu, persoalan Eksistensialisme. Persoalan seperti, aku sebagai manusia apa yang patut dilakukan? Bagaimana aku harus jalankan hidup aku? Apakah fungsi aku sebagai manusia? Benarkah jalan ini yang dipilih? Aku buat sesuatu ini atas kehendak aku atau orang lain?. Sehinggakan jika kau ada bela kucing, persoalan Eksistensialismenya berbunyi mengapa aku adalah seekor kucing dan apa perkara sepatutnya aku buat sebagai kucing?.  

Didalam Eksistensialisme kebebasan kau membuat keputusan itu tidak bergantung dengan orang lain atau yang boleh menghalang keputusan kau. Kau boleh buat apa sahaja yang kau nak tanpa dibelenggu oleh sesuatu. Kemudian barulah kau menjadi seseorang yang Eksistensialisme.

Pada hari ini Eksistensialisme bukanlah perkara asing. Eksistentialism banyak mempengaruhi pemikir-pemikir dan ahli falsafah, penulis, pembuat filem dan ramai lagi. Filem-filem dan buku yang berunsurkan Eksistensialism sangat banyak hari ini cuma kau boleh faham atau tidak sahaja. Jika nak diberi contoh kecil, mungkin Into The Wild sebab ini filem kegemaran aku dan menceritakan tentang Christopher Mccandless yang membuat kuputusan untuk mengembara dan mencari diri sendiri di dunia luar. Jika aku tengok filem ini tak semestinya aku adalah seseorang yang Eksistensialis. Tapi masih banyak lagi sebenarnya filem yang lebih pekat Eksistesialismenya seperti No Exit, No Exit lebih dekat dengan karya Eksistensialism Jean-Paul Sartre iatu No Exit juga.

Karya-karya lain bagi Eksistensialisme terdiri dari karya-karya agung seperti Being and Nothingness, The Sickness Unto Death, Thus Spoke Zarathustra, Existentialism and Human Emotion, Truth As Subjectivity, Knight Of Faith, Faith As a Passion, Critique Of Dialetical Reason dan banyak lagi. 



Friday, 14 March 2014

Tempat Aku Hujan

Apa kena mengena tempat aku hujan dengan makwe ni? Sebenarnya ini adalah obsesi lelaki waktu ini dan orang yang steady macam aku tak obses sikit pun dengan dia. Dia nak pakai tudung atau tidak itu lantak dia lah, hak dia.


Dan obsesi aku adalah tentang rumah aku hujan dah turun.  Membasuh muka dengannya buat kali pertama membuatkan aku begitu teruja seperti ianya adalah hujan pertama dalam hidup. Aku bukan hendak berlagak atau tunjuk riak dengan orang yang belum rasa hujan tahun ini, tapi aku akan berus gigi dan membilasnya dengan air hujan kejap lagi. membasuh kaki dengannya dan dijangkakan aku akan masuk tidur awal.

Kah kah kah kah( ini bukan ketawa riak)



Berhibur sikit.

Aku Benci Shopping Mall,Tiada Life

                               (Dirembat dari Google)

Kenapa aku benci shopping mall? apa yang kau dapat lihat dari gambar yang aku kebas dari google ni melalui persepektif kau sendiri. Ini OU(one utama), kebiasaannya memang agak lengang. Kau akan dapat lihat suasana ramai orang pada hari minggu atau paling pack adalah waktu musim perayaan dekat mana-mana shopping mall pun.

Aku memang benci shopping mall tapi tak bermakna aku tak pergi ke shopping mall. Aku akan pergi shopping mall kalau perlu sahaja, macam musim perayaan atau ajakan kawan atau ada makwe pelawa, tapi belum ada lagi. Bukan nak jadi kritis atau rebel tapi shopping mall bagi aku adalah tempat perhambaan. Kau dan aku menjadi hamba kepada imej visual. Beli lah ini kau akan nampak cool, beli lah ini kau akan nampak cantik dengan kasut ini.

Apa perasaan kau bila pakai baju mahal atau seluar mahal berjenama? secara tak langsung kau akan mencipta imej visual itu sendiri. Seperti didalam filem Fight Club "I felt sorry for the guys hwo packing into the gyms to look like calvin klein and tommy hilfiger said they should"  kita terpengaruh dengan imej visual yang mengatakan itu cool, ini cool. tapi sebenarnya tak, kita adaalah hamba imej visual itu sendiri.

Setiap kali aku ke shopping mall, perkara yang aku suka buat adalah perhatikan orang lain, atau ini mungkin ini tabiat aku. Di shopping mall manusia amat tidak friendly diantara satu sama lain, tidak seperti kau tengok bola di stadium atau gig punk rock. Orang akan berlalu dari sebuah butik ke sebuah butik bersama teman wanita, teman lelaki, kawan-kawan begitu sahaja. bagi aku mereka semua sama sahaja.

Sekumpulan lelaki yang perasaan cool akan cuba perhati perempuan-perempuan seksi atau cun dan akan memikat kemudiaan gagal keran belum cukup cool sebagai sebuah imej visual ciptaan yang agung. Akan ada juga yang akan buat segak habis ketika perempuan-perempuan lalu didepan mereka. Bagi perempuan pula, aku selalu nampak ini dari segelintir mereka, mereka akan berlalu seperti model catwalk dan membuatkan kutu-kutu memandang mereka. Aku paling hendak tergelak kepada lelaki atau perempuan yang datang secara berkumpulan besar, mereka baru balik dari kenduri ke apa? tapi itu hak mereka.

Dari segi butik, ada yang sesetengah orang mampu dan tidak mampu. kau pernah masuk butik pakaian mahal? apa yang kau lihat? bagi aku lah, setiap kali aku ke shopping mall, perkara wajib yang aku akan perhatikan adalah perkara ini, dimana jika aku ke butik yang mahal sedikit aku akan perhatikan orang yang tidak cool penampilannya akan masuk untuk tengok-tengok barang dan kemudiaannya akan diperhatikan dari atas hingga bawah oleh pekerja butik itu dengan muka troll.

Sebab itu aku benci shopping mall. Tiada life sebagai seorang manusia. Akan wujud kasta diantara satu sama lain. Mungkin aku sedikit kritis, tapi ini kenyataan dan sebab itu ianya Pelepak Professional. We started seeing things differently. Everywhere we went, we were sizing things up.

Thursday, 13 March 2014

ULASAN BUKU: Awek Chuck Taylor

   Mungkin agak terlewat untuk aku review tentang buku/novel yang dah lama juga diterbitkan. Disebabkan buku ini dah lama benar aku habis membacanya - di berlainan waktu, ada baiknya aku review sahaja. Buku yang ditulis oleh seorang penulis bernama Nami atau Nama Nami(Facebook) atau diatas buku disebut Nami Cob Nobbler. Penulis ni ada tulis beberapa buah buku, 3, 4 buah yang aku belum baca. Kalau aku nak review baik aku mula dari buku pertama beliau.


Awek Chuck Taylor

Jika tak membacanya akan bertanggapan bahawa seorang gadis dan kasut Chuck Taylor sahaja. Tapi ianya lebih dari itu, buku ini adalah tentang kisah percintaan yang bukan biasa-biasa seperti buku novel yang kau baca. Mengisahkan seorang lelaki bernama Hafiz yang drop-out universiti dan masuk belajar semula di form 6 dan menjadi loser buat sementara waktu. Menjadi secret admire kepada Sheila rakan sekelas dan hanya dikenali sebagai Mr. X. Kemudian beberapa sesi percintaan yang gagal sehingga bertemu seorang gadis yang gemar memakai kasut Chuck Taylor, Mira, gadis Hipster Anarchy yang suka menentang sistem dan pada masa yang sama juga Mira adalah seorang gadis Femme fatale yang brutal dan juga cun. Hafiz seorang yang rebel pada masa yang sama mendapati dia boleh masuk kepala dengan Mira yang suka bercakap tentang Anarchy, kebebasan, revolusi dan bukan gadis tipikal. Mengenali Fadillah sebelum itu, gadis pengongkong yang memualkan dan telah dimaki oleh Mira kerana sifat konkongnya terhadap hafiz, kemudiaan hubungan bermula.

Kemudiaan hafiz bersemuka dengan keluarga Mira. Mengenali abangnya Aiman yang juga menyokong club bola sepak sama, Man U. Bapa Mira yang kaki troll dan penyokong tegar Liverpool "Mira kau ni apalah dapat boyfriend tak guna macam ni" "Carilah boyfriend fan Liverpool Mira,ni cari boyfriend Man U, apa la..". mengenali juga ibunya dan adiknya Nana yang mempunyai asthma dan alahan. Kemudiaan Hafiz semakin seronok melayan keluarga Mira sehingga terlalu ambil berat terhadap Nana dan membuatkan Mira cemburu. Mira dan keluarga terpaksa berpindah ke Canada dan membuatkan Hafiz stuck dengan childhood dream dan harapan yang diberi Mira kerana Mira tidak ingin pulang ke malaysia lagi walau apa jua keadaan dan Hafiz tidak yakin dengan impiannya untuk keluar dari Malaysia selamanya. Putus dengan Mira kerana hal itu dan mengenali Bella si mata duitan dan kaki kikis, diberi semangat oleh Nana sehingga jatuh cinta dengan Nana dan berhubung melalui chatting dan hubungan percintaan yang sadis sehingga kematian Nana disebabkan oleh alahan melampau.

Buku yang berbaloi dibaca. Kau dapat kenal watak yang cool seperti Mira. Aku kira amat sukar untuk mencari seorang gadis seperti ini didalam realiti. Gadis tidak suka bercakap tentang solidarnosc, revolusi ke apa ke mereka suka bercakap tentang benda sweet sahaja dan kau boleh bayangkan bagaimana stucknya si Hafiz ni dengan kisah percintaannya setelah berberapa siri percintaan yang gagal sebelum mempunyai hubungan cinta dengan Nana gadis yang sweet. Aku telah membaca buku penulis ini sebanyak 3 buah buat masa ini dan membuat review setelah menbaca 3 buah buku, jika nak dicompare dengan buku Lelaki Eksistensial dan Rokok Nan sebatang, buku ini tak lah sehebat 2 buah buku tu, bagi aku lah. Tapi bagi penulis buku ini amat bermakna kerana ini adalah kisah hidupnya yang sebenar dan buku ini juga adalah buku bestseller. Baru-baru ini naskah buku ini telah pun diadaptasi ke pentas teater dan diarahkan sendiri oleh penulisnya. Kalau nak difilemkan atau buat drama aku lebih suka tengok jika penulisnya yang arahkan sendiri jika tidak jadilah seperti filem dan drama lain yang entah apa-apa. Walaupun buku kisah percintaan bukanlah genre pilihan aku tetapi buku ini memang lain. 




"Jenis aku memang tak bagi bintang!"
      




Monday, 10 March 2014

isteri Dari Masa Hadapan Call.

    Aku duduk di sebuah kerusi dan masih pusing bagaimana hendak mempunyai pembaca blog tetap, pembaca yang akan baca apa yang kau tulis. Sambil fikiran aku menembak dengan sarkastik, buat apa punyai begitu ramai pengikut jika mereka tidak membaca apa yang kau tulis dan mengikut kerana blog itu popular. Kawan aku juga ada mengatakan, buka ruangan komen blog popular, ramai orang yang komen sekadar komen secara lousy dengan harapan blog mereka diikut semula persis kau. Ada benarnya juga. Kata kawan aku lagi, blog sudah hampir tidak releven kerana blog sudah tidak seperti dahulu. Blog dipenuhi benda mengarut seperti tudung bawal, kisah cinta orang lain atau benda yang kau tak perlu tahu dalam hidup kau lalu mengecewakan pembaca macam kau atau penulis macam kau. katanya.

    Aku memasang lagu dari album baru Arctic Monkey yang berjudul Are U Mine yang menunjukkan Arctic Monkeys ini sudah matang dan aku berbaring sambil beralih ke hal lain, dimana aku perlu mencari pekerjaan part-time bagi menyara kos study aku di universiti. Aku tidak mahu terus mengharap duit PTPTN. Leka memikirkan semua permasaalahan, telefon canggih aku berdering lalu membuatkan lagu Seven Nation Army berkumandang dan membuatkan aku marah diwaktu lewat begini.

    Aku perhati nombor yang tertera, private number. Dalam fkiran aku siapakah yang call aku diwaktu begini dengan private number. 
    
    "Hello"

    "Hye, kenapa suara macam takda mood je ni........" Suara seorang makwe, membuatkan aku lebih hairan. Selain makwe member yang bertanyakan pakwe mereka, ada juga makwe satu universiti yang bertanyakan hal universiti diwaktu lewat begini. Tapi ini private number, aku musykil.

    "Err.. ya, Hello" kali ini lebih steady. Mungkin yang call adalah seorang makwe. 

    "Macam tu la.. U tak tido lagi?" Makwe ini mempunyai suara yang agak bagus dan berkemungkinan 70% adalah makwe cantik. Lalu membuatkan aku bingung siapakah makwe ini, lagi-lagi makwe mana yang ber "I" ber "U" dengan aku ni. Aku gagal mengesan kerana ramai makwe yang aku kenal ada diantara mereka menggunakan I dan U.

    "By the way U ni siapa? U know what's time now?" Aku tegas, disamping sifat curiosity.

    "Amboi, tak jawab pon soalan tadi ye. U masa muda-muda macam ni ke?" Suara makwe ini memang lembut, tapi masih belum boleh meruntuhkan ego aku yang sebesar dinosours(Kahkahkah)."

    "Nah, sorry.. I dah tido tadi tapi you yang kacau, and... U ni siapa? do i  know U?
    
    "Yeke dah tidur, U jangan nak tipu I. I kenal U bukan tadi tau. U selalunya tidur lewat dan suka tulis buku waktu-waktu macam ni and siapa I, U tak perlu tahu."

    "What! U ni cakap macam dah kenal I lama sangat? are U stalker? I rasa u ni dah salah orang la, I bukan orang yang U cari dan I tak tulis buku pun, blog pun tak jalan. Better u berambus la." Aku memang bengang dengan orang yang call tapi tak nak bagi tahu nama ni tambah-tambah lagi nak dibuat bergurau diwaktu begini.

   "Who the hell fuck are U!!!!!" tambah aku lagi.

   "Ahh... how dare U?! I tak sangka U macam ni, I though U ni boleh cakap baik-baik dengan perempuan!"

   "Hey jangan bergurau la. Stop pretending like U know me! woi game apa yang kau main ni?"

   "Ini U sebenar ke Zar? I tak kenal U dengan perwatakan ni?" lagi menambahkan celaru.

   "Woi mana kau tau nama aku ni ha? kau ni siapa?

   "I'm your Wife!!! yes, I'm your wife!!! I kenal U luar dalam, puas hati???!!"

   "!!!!!!"


   "Hello Zar U still there? honey?? Honey?"


   "Are U kidding me? U what?" Aku benar-benar blur.

   "Yes honey... I tau U susah nak percaya, but please believe it on me. I'm your wife yang call dari masa hadapan. I dapat pelepasan dari gate calling keeper untuk call my husband, iaitu U." ini benar-benar Sci-Fi.

   "Macam mana i nak percaya, Ini mengarut la, how come? ini diluar kewarasan." aku terus deny sekerasnya.

   "Look honey, cuma ini sahaja bukti yang I mampu tunjukkan dan U tak pernah cerita dengan siapa pun yang U dah tanam hasrat nak duduk di alaska dan mendirikan keluarga bahagia. U cerita pun selepas we get merried." pernyataan ini membuatkan aku sudah hampir percaya, dan itu memang impian aku dari sebelum ini dan aku tak pernah cerita dengan siapa pun.

    "Oh my god......... Jadi siapa U ni? nama u?

    "I tak boleh kasi tau honey, kalau U tau ianya akan menganggu takdir U, tapi tolong percayakan I sayang"

   "Okay, so pasal buku tu betul atau tak?"

   "I tak dibenarkan mendedah terlalu banyak but It's your work hard honey. Sebelum kita kenal dan lepas kita kenal U struggle dengan U punya life. Then tak lama lepas tu U sikit-sikit menaik dengan blog U and then U berjaya tulis buku. After we get merried, kita hidup bahagia dan kukuh dengan usaha U."


   "Really? wow that's a good news. Bila kita nak jumpa masa sekarang?"

   "Itu I tak boleh bagitau. But honey, listen to me. I had a bad news, masa kita bersama tidak terlalu panjang, masa kita mengecapi kebahagiaan amatlah singkat. Tidak sempat melihat anak-anak membesar."

   "Hah, why honey, why?"aku terus memanggil honey kerana terlalu saspen.

   "Apa yang dah terjadi dengan U? kita bercerai ke? U cari orang lain ke? I thought U love me?" tambah aku dengan bimbang selepas dah percaya dengan semua ini.

   "No honey  no, I love U. but It's U" 

   "kenapa dengan I?" aku mula naik bengang dengan diri sendiri di masa hadapan kerana takut-takut aku ni boleh merosakkan rumah tangga.

   "U mati honey. Kita tak sempat berpindah ke alaska sebab U pergi terlalu awal."

   "Biar betul U ni?" aku mula risau.
  
   "listen honey, mulai hari ni U jangan banyak sangat merokok, itu puncanya U pergi. I tak suruh U berhenti tapi kurangkan lah. Makan banyak sayur jaga kesihatan U. I betul-betul inigin hidup lama dengan U, I love U so much honey!"

  "Hadoi U ni I tak percayalah, itu takdir namanya. Kalau nak pergi, pergi juga."

  "Honey U boleh buatkan? Untuk I dan keluarga kita."

  "Emm.. tengok lah nanti"

  "U ni memang degilkan???? Tau tak I sedih sangat pasal U?? U ni sambil lewa je!!


  "Krak!" isteri dari masa hadapan aku terus letak telefon. Merajuk lah tu dan aku terus tidur. Apa da suruh makan sayur la kurang hisap rokok la, aku mana biasa.

   

Friday, 7 March 2014

Buku Ultraman Dan Orang Melayu

    Kau adalah orang islam macam aku juga. Tapi tolong jangan kelam-kabut sangat dengan menunjukkan yang  kau ni mindless drone ikut sahaja apa yang dipogramkan. Orang cakap itu kau pun cakap itu, orang cakap ini kau pun ini. Bagi aku ini mungkin sensitif bagi orang islam di malaysia khususnya melayu, melayu terkenal dengan perkara membabi buta tanpa selidik.

    Buku ini asalnya di jepun. Apa nak pelik dengan jepun diorang liberal dan demokratik dibawah parti bergabung dan ada agama yang kau tak pernah dengar pun. Pergi mampus dengan apa benda pun, komik, punyu munyu, Maria Ozawa, diorang peduli apa. Tapi masuk dekat malaysia benda ni jadi masaalah, dah memang buku tu macam tu fikir lah sikit.

    Kau tengok cerita Thor pun apa kurangnya, bukan macam tuhan??? kau tak marah pun, tapi kau puji, pasal dia tak gunakan kalimah Allah. Cuba dia guna, aku ingat ramai orang melayu merusuh dekat kedutaan amerika. Aku selaku orang islam bukanlah tak sensitif langsung walaupun komik tersebut guna kalimah Allah, tapi kita cepat sangat melatah dengan amarah, bukannya penyelesaian.

    Lagi satu, terjemahan buku ini juga adalah bangang yang meng-kelam-kabut kan masyarakat islam melayu. Sebenarnya aku rasa buku ultraman yang menggunakan kalimah Allah dalam buku tu makna tepatnya adalah tuhan atau god bagi bahasa inggeris. Tapi terjemahannya terlalu lurus dan menjadikannya Allah. Kalau guna perkataan tuhan, yang dipertua atau god orang takkan bising sangat kecuali serbanitas dan masyarakat bukan islam takkan ambil port langsung.

   Jika ini benar-benar menaikkan amarah masyarakat islam, kenapa diharamkan saja dan tiada pencerahan lebih jelas daripada KDN. Kenapa buku yang sensitif lain tak di haramkan KDN contohnya buku lucah. Malaysia ni selain ada budaya yang kita biasa dengar aku fikir budaya haram mengharamkan ni adalah termasuk dalam budaya Malaysia juga. Bagi aku malaysia ni bukan negara islam mana pun, cuma orang canang sana sini yang mengatakan ini negara islam kerana majoritinya adalah penganut agama islam, kalau ya, kenapa pusat pelacuran dan judi masih wujud.

   Benda ni lagi akan kelirukan orang melayu islam yang sikit-sikit sensitif. Bukankah lebih baik jika ada penjelasan atau pencerahan supaya orang tak keliru. Ini tak, tiba-tiba haram. Orang pun baca maklumat yang tiada penjelasan lebih terang. Dah banyak isu kalimah Allah ni, tapi itu lah masaalah masyarakat melayu, tak suka selesaikan masaalah. Lebih suka masaalah menjadi lebih besar. isu buku ultraman ni lebih baik keluarkan semula dengan lebih tertib terjemahannya supaya menjadi jalan penyelesaiaan. Tolong jangan jadi konservatif sangat sampai tidak boleh fikir langsung. 
    

ULASAN FILEM: The Secret Life Of Walter Mitty


Filem yang diarahkan oleh Ben Stiller dan dilakonkan oleh Ben Stiller untuk watak Walter Mitty. Turut dibintangi oleh Kristen Wiig bagi watak Cheryl Melhoff. Filem ni ditayangkan masa 2013, tapi aku baru tengok sebab aku tak sempat ke panggung wayang pun. Dan di download secara harem.

Filem yang mengisahkan tentang makna sebuah kehidupan disamping Walter yang suka berfantasi. Walter Mitty yang berumur 40-an yang menjawat jawatan sebagai pengurus bahagian urusan negatif filem di sebuah syarikat majalah LIFE. Bekerja di sebuah bilik stor yang mengumpulkan semua negatif-negatif filem syarikat majalah LIFE, bersama seorang rakan kerja dan agak terasing dengan pekerja lain. Di awal permulaan filem, bagi aku sudah cukup mengambarkan yang Walter Mitty ni tak gembira dengan hidup dia dan amat meminati rakan sekerja di LIFE iaitu Cheryl Melhoff yang mempunyai anjing berkaki tiga dan mempunyai anak berkaki dua.(seperti maklumat yang tertera pada laman sosial milak Sheryl didalam filem ketika Walter cuba menjadi rakan Sheryl didalam laman sosial e-Harmony)

Kemudian apabila ditempat kerja, Walter berkenalan dengan bos baru di LIFE, Ted Hendrick yang dilakokan oleh Adam Scoot, bos yang menjengkelkan dan bersifat pembuli sedikit. Filem ni bermula penceritaannya di bilik stor negatif filem dengan Walter mendapat sebuah bungkusan daripada seorang jurugambar, Sean O'Connell yang dibawa oleh Sean Penn. Didalam bungkusan itu terdapat satu bekas yang mengandungi negatif filem dari sean untuk majalah LIFE dan terdapat juga dompet untuk Walter dengan kata-kata dari Sean.

Semua pekerja dikejutkan dengan keputusan syarikat untuk mengeluarkan majalah LIFE dengan isu terakhir sebelum majalah tersebut bertukar kepada majalah LIFE online. Walter diminta untuk menyiapkan kesemua gambar yang dihantar oleh Sean untuk keluaran majalah. Tetapi Walter tidak dapat menjumpai negatif filem bernombor 25. Dalam kekalutan itu Walter mula berbual dengan Cheryl dan memintanya mencarikan alamat Sean bagi mendapatkan negatif filem bernombor 25. Sebelum pengembaraan Walter bermula, Walter semakin rapat degan Cheryl dan Cheryl mendapati Sean berada di Greenland dan Walter terus mngembara ke greenland. Tetapi malangnya Sean sudah pergi ke tempat lain sebelum Walter sempat bertemunya. Di bar Greenland, Walter bertemu dengan seorang pemandu helikopter yang mabuk dan telah bergaduh dengannya, dan Walter mendapati ibu jari pemandu helikopter yang bekerja sebagai tukang pos itu memiliki ibu jari sama seperti gambar yang Sean kirim. Kemudian mendapat maklumat darinya tentang Sean, Walter diajak untuk ke laut mengirimkan barang bersamanya. Disini bermula kisah dramatik apabila Walter berbelah bahagi lalu berkhayal tentang Cheryl yang bermain gitar dan menyuruhnya pergi ke laut. Dilaut Walter menumpag sebuah bot menangkap ikan untuk pergi ke Iceland dimana Sean berada. Dan bila tiba di Iceland, terpaksa berebut sebuah basikal dengan krew-krew bot yang hendak ke kelab bogel.

Setelah berjaya sampai, Walter masih gagal menjumpai sean yang hanya dilihat kelibatnya berdiri diatas kapal terbang untuk menangkap gambar gunung berapi yang sedang meletus dan Walter terpaksa melarikan diri dari letusan itu. Walter pulang semula ke tempat asalnya dan mendapati dirinya telah dipecat. Walter berputus asa dan agak tertekan tentang hal itu dan telah membuang hadiah dari sean ke dalam tong sampah dirumah ibunya. Ketika duduk di hadapan piano milik ibunya, sekali lagi bahagian tepi piano itu menyerupai gambar yang dikirim Sean. Sebenarnya Sean pernah datang kerumahnya sebelum ini untuk melawatnya tetapi tidak bertemu. kali ini mendapat maklumat dari ibunya dan terus ke Himalaya untuk mendaki gunung, disana barulah Walter menjumpai Sean. Sean menyatakan negatif bernombor 25 itu berada didalam dompet yang dihadiahkan kepada Walter dan telah dibuang. Walter amat tekilan tetapi tidak ambil peduli setelah menjumpai makna kehidupan berbanding di LIFE. Walter pulang kemudiannya dan diberi semula dompet tersebut oleh ibunya dan memang terdapat sekeping negatif filem yang berbalut, tanpa melihatnya Walter terus menghantarnya kepada LIFE. Dan LIFE berjaya mengeluarkan majalah LIFE isu terakhir dengan bantuan Walter. Selepas itu Walter berdua bersama Cheryl dan telah singgah di sebuah kedai menjual majalah dan Cheryl amat terharu dengan muka depan majalah itu, isu terakhir yang didedikasikan kepada orang yang bekerja keras iaitu Walter. Rupanya negatif bernombor 25 itu adalah gambarnya sendiri yang diambil oleh Sean.

Filem ini bagi aku amat power juga, pasal Selalunya orang kenal Ben Stiller denga watak kelakar. Tapi dalam filem ni Ben amatlah lain walaupun heroinnya aku tak kenal. Lebih seronok lagi apabila Sean Penn ada juga dalam filem ni. Sean Penn ni aku kenal kerana filem yang diarahkannya Into The Wild yang juga filem kegemaran aku amatlah kick.

The Secret Life Of Walter Mitty adalah tentang filem tentang seseorang yang sebelumnya tiada pengertian hidup, tetapi menjumpai dirinya dan pengertian hidup didalam pengembaraan. Bermacam adventure yang dialaminya. Filem yang berbaloi untuk ditonton.




Monday, 3 March 2014

Hipster Sejati


   Aku dah penat dengar perkataan Hipster ni dari mulut orang yang selalu proclaim orang yang berfesyen begitu begini digelarkan Hipster. Kalau berambut undercut atau pakai glasses besar adakah ini Hipster? Sekarang simpan misai tebal dan berkumis pula atau gaya lama yang kembali semula yang bersifat revivalist.

   Aku tak nafikan Hipster ini adalah subculture yang popular dan bersifat moden atau urban, bercita rasa bagus baik dari segi fesyen, music atau political view sekalipun. Tidak sukakan perkara yang terlalu mainstream(ini Hipster sejati) tapi sejauh mana Hipster sekarang menolak mainstream? sedangkan Hipster itu sekarang adalah budaya yang mainstream. Sebab itu kau tengok orang berambut undercut, glasses sebesar pinggan, seluar singkat atau benda popular sejak kebelakangan ni. Kemudian orang akan cakap ini Hipster.

   Bagi aku Hipster sejati adalah kelompok yang menaikkan sesuatu budaya atau mempopularkan sesuatu sehingga menjadi budaya- lebih akrab dengan muda-mudi, kemudiaan bila budaya tu sudah popular mereka Hipster akan beralih arah kepada sesuatu yang belum mainstream atau belum menjadi budaya ikutan. Tak semestinya hipster tu pakai i-phone atau berskarf. Hipster sejati sebolehnya mengelak untuk menjadi mainstream bila dah mainstream.

   Kelompok mereka ni lebih bersifat seni. mereka adalah kelompok kreatif. Seni tak terbatas kepada satu, merangkumi juga fesyen-fesyen yang kau lihat hari ini kebanyakannya lebih dipopularkan oleh para Hipster dari barat. Tak kurang juga dengan Hipster-hipster asia dari negara popular seperti Korea atau Singapore. Seni-seni rekaan juga banyak dipengaruh oleh Hipster. Seperti aku cakapkan tadi, sehingga perkara ini menjadi budaya dan Hipster sejati sudah jauh berkembang kearah yang lebih progresif. Hipster ni boleh memajukan industri seni dalam negara tahu tak? mereka yang lebih arif tentang apa yang sesuai apa yang tidak. Kalau tidak mereka takkan jadi budaya. contohnya baju design yang macam mana nak dikeluarkan, kasut macam mana kita nak pasarkan, handphone yang berkemudahan macam mana patut kita wujudkan. Tapi seni asia lebih bersifat industri, tidak seperti barat, seninya bersifat estetika. Maksud aku industri tu penting tapi tak perlulah lebih bersifat industri sangat.

   Bukan setakat fesyen, tapi dalam aliran seni lain seperti muzik, filem juga banyak dipengaruhi oleh mereka sejak awal 2000. Hipster sudah lama wujud tapi 2000 atau mellenium lebih rancak pergerakannya dan pengaruhnya. Kau tak akan faham apa yang mereka dengar dan apa yang mereka lihat. Seperti muzik mereka lebih menjurus kepada muzik yang tidak mainstream atau tak terlalu mainstream. Band-band alternatif seperti MGMT, Acade Fire, Radiohead, Franz Ferdinand, Yeah Yeah Yeahs, The Strokes dan banyak lagi band-band alternatif rock yang kau jarang dengar mungkin. Tapi kebanyakan band-band ini sudah ada yang mainstream kerana band-band ini banyak dipopularkan oleh Hipster, aku amat yakin dengan perkara ini. Dan sekarang muzik yang bersifat Post-Rock pula digilai oleh anak muda seperti Explosion In The Sky atau Sigur Rós. Dan muzik elektronic seperti Daft Punk atau Icona Pop pula seperti sedang menjadi trend yang dibangkitkan mereka. Hipster sejati ni mereka lebih sukakan benda yang berunsur retro, atau benda yang sudah popular dan mainstream waktu 70-an hingga 90-an seperti muzik atau fesyen itu sendiri, kebanyakannya adalah trend muzik dan fesyen terdahulu yang dilahirkan semula oleh pengaruh mereka.

   Dari segi filem pula bagi aku Hipster sejati turut mempunyai cita rasa yang bagus, mereka tak tengok Ariana Rose. Tapi mereka lebih mengagungkan karya-karya yang berunsur berat. Kalau di malaysia aku kira filem seperti Bunohan atau Laga ini mendapat perhatian.  Jika di eropah karya-karya seperti Vertigo oleh hicthcook dan Doctor Zhivago oleh Boris Patersenak adalah filem wajib tengok bagi Hipster sejati. Pernah tengok??? kalau pernah tak semestinya kau Hipster. Tapi filem Doctor Zhivago ni best juga pasal ada kritik tentang parti Bolshevik.( tak tau sila google). Kemudian filem Fight Club yang datangnya dari novel Chuck Palahniuk dan di filemkan, filem ini pun best juga pasal mengkritik kebejatan di sekeliling kita dan lakonan Brad Pitt bersama Edward Northon. Jika filem-filem lain bergantung kepada minat seseorang Hipster sejati tu sendiri. Contohnya Into The Wild, The Perks Of Being A Wall Flower atau filem Hipster sendiri, I A'm Not a Hipster yang dimana seorang yang lebih kurang Hipster menafikan yang dia adalah seorang Hipster di scene muzik indie di San Diego, Memang Hipster sejati.

   Kemudian beralih pula kepada pengetahuan seseorang Hipster sejati. Pengetahuan Hipster sejati berbeza dengan Hipster jadi-jadian dan jika kau tahu tidak semestinya kau adalah seorang Hipster ok. Mereka kenal orang yang kau tidak kenal atau mereka lebih berpengetahuan falsafah daripada kau tentang Existentialism, Communism, Anarchysm, dan mengenali Friedrich Nietzsche, Soeren Kierkegaard dan Jean Paul Satre bagi falsafah Existentialism. Kemudian Karl Marx, Friedrich Angel bagi Communism yang merangkumi sejarah sehingga era Mikhail Gorbachev. Bagi Anarchysm pula sudah tentu Mikhail Bakunin dan Sigmund Freud bagi Psychology, Pengetahuan tentang ID manusia. Dan juga mengenali orang-orang lain seperti Hedeigger, Camus, Chomsky, Derrida, Rene Descartes dan banyak lagi.  Ini hanya buat Hipster sejati sahaja, bagi aku Hipster sejati itu banyak mengetahui perkara-perkara seperti ini. Hipster sejati bukan Wak Doyok and friend ok? 

   Mungkin kau tertanya-tanya mana pergi gambar Hipster sejati dalam entry ni. Aku tak jumpa gambar yang sesuai untuk di 
upload ke entry ini. Mungkin watak Hipster sejati itu terlalu cool sehingga tiada gambar yang sesuai. 

(bukan Hipster sejati)