FOLLOW

Thursday, 13 March 2014

ULASAN BUKU: Awek Chuck Taylor

   Mungkin agak terlewat untuk aku review tentang buku/novel yang dah lama juga diterbitkan. Disebabkan buku ini dah lama benar aku habis membacanya - di berlainan waktu, ada baiknya aku review sahaja. Buku yang ditulis oleh seorang penulis bernama Nami atau Nama Nami(Facebook) atau diatas buku disebut Nami Cob Nobbler. Penulis ni ada tulis beberapa buah buku, 3, 4 buah yang aku belum baca. Kalau aku nak review baik aku mula dari buku pertama beliau.


Awek Chuck Taylor

Jika tak membacanya akan bertanggapan bahawa seorang gadis dan kasut Chuck Taylor sahaja. Tapi ianya lebih dari itu, buku ini adalah tentang kisah percintaan yang bukan biasa-biasa seperti buku novel yang kau baca. Mengisahkan seorang lelaki bernama Hafiz yang drop-out universiti dan masuk belajar semula di form 6 dan menjadi loser buat sementara waktu. Menjadi secret admire kepada Sheila rakan sekelas dan hanya dikenali sebagai Mr. X. Kemudian beberapa sesi percintaan yang gagal sehingga bertemu seorang gadis yang gemar memakai kasut Chuck Taylor, Mira, gadis Hipster Anarchy yang suka menentang sistem dan pada masa yang sama juga Mira adalah seorang gadis Femme fatale yang brutal dan juga cun. Hafiz seorang yang rebel pada masa yang sama mendapati dia boleh masuk kepala dengan Mira yang suka bercakap tentang Anarchy, kebebasan, revolusi dan bukan gadis tipikal. Mengenali Fadillah sebelum itu, gadis pengongkong yang memualkan dan telah dimaki oleh Mira kerana sifat konkongnya terhadap hafiz, kemudiaan hubungan bermula.

Kemudiaan hafiz bersemuka dengan keluarga Mira. Mengenali abangnya Aiman yang juga menyokong club bola sepak sama, Man U. Bapa Mira yang kaki troll dan penyokong tegar Liverpool "Mira kau ni apalah dapat boyfriend tak guna macam ni" "Carilah boyfriend fan Liverpool Mira,ni cari boyfriend Man U, apa la..". mengenali juga ibunya dan adiknya Nana yang mempunyai asthma dan alahan. Kemudiaan Hafiz semakin seronok melayan keluarga Mira sehingga terlalu ambil berat terhadap Nana dan membuatkan Mira cemburu. Mira dan keluarga terpaksa berpindah ke Canada dan membuatkan Hafiz stuck dengan childhood dream dan harapan yang diberi Mira kerana Mira tidak ingin pulang ke malaysia lagi walau apa jua keadaan dan Hafiz tidak yakin dengan impiannya untuk keluar dari Malaysia selamanya. Putus dengan Mira kerana hal itu dan mengenali Bella si mata duitan dan kaki kikis, diberi semangat oleh Nana sehingga jatuh cinta dengan Nana dan berhubung melalui chatting dan hubungan percintaan yang sadis sehingga kematian Nana disebabkan oleh alahan melampau.

Buku yang berbaloi dibaca. Kau dapat kenal watak yang cool seperti Mira. Aku kira amat sukar untuk mencari seorang gadis seperti ini didalam realiti. Gadis tidak suka bercakap tentang solidarnosc, revolusi ke apa ke mereka suka bercakap tentang benda sweet sahaja dan kau boleh bayangkan bagaimana stucknya si Hafiz ni dengan kisah percintaannya setelah berberapa siri percintaan yang gagal sebelum mempunyai hubungan cinta dengan Nana gadis yang sweet. Aku telah membaca buku penulis ini sebanyak 3 buah buat masa ini dan membuat review setelah menbaca 3 buah buku, jika nak dicompare dengan buku Lelaki Eksistensial dan Rokok Nan sebatang, buku ini tak lah sehebat 2 buah buku tu, bagi aku lah. Tapi bagi penulis buku ini amat bermakna kerana ini adalah kisah hidupnya yang sebenar dan buku ini juga adalah buku bestseller. Baru-baru ini naskah buku ini telah pun diadaptasi ke pentas teater dan diarahkan sendiri oleh penulisnya. Kalau nak difilemkan atau buat drama aku lebih suka tengok jika penulisnya yang arahkan sendiri jika tidak jadilah seperti filem dan drama lain yang entah apa-apa. Walaupun buku kisah percintaan bukanlah genre pilihan aku tetapi buku ini memang lain. 




"Jenis aku memang tak bagi bintang!"
      




8 comments:

  1. tak pernah baca lagi novel ni..sounds is interesting...kena beli buku ni...neway, salam ukhuwah :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Tak. Aku lebih adore Sara ali.

      Delete
    2. okay kau x gay. lol
      btw buang capctha kau..pemati selera org nak komen

      Delete
  3. Kahkahkah aku tak tau selama ni ada capctha dekat blog aku.

    ReplyDelete