FOLLOW

Friday, 7 March 2014

ULASAN FILEM: The Secret Life Of Walter Mitty


Filem yang diarahkan oleh Ben Stiller dan dilakonkan oleh Ben Stiller untuk watak Walter Mitty. Turut dibintangi oleh Kristen Wiig bagi watak Cheryl Melhoff. Filem ni ditayangkan masa 2013, tapi aku baru tengok sebab aku tak sempat ke panggung wayang pun. Dan di download secara harem.

Filem yang mengisahkan tentang makna sebuah kehidupan disamping Walter yang suka berfantasi. Walter Mitty yang berumur 40-an yang menjawat jawatan sebagai pengurus bahagian urusan negatif filem di sebuah syarikat majalah LIFE. Bekerja di sebuah bilik stor yang mengumpulkan semua negatif-negatif filem syarikat majalah LIFE, bersama seorang rakan kerja dan agak terasing dengan pekerja lain. Di awal permulaan filem, bagi aku sudah cukup mengambarkan yang Walter Mitty ni tak gembira dengan hidup dia dan amat meminati rakan sekerja di LIFE iaitu Cheryl Melhoff yang mempunyai anjing berkaki tiga dan mempunyai anak berkaki dua.(seperti maklumat yang tertera pada laman sosial milak Sheryl didalam filem ketika Walter cuba menjadi rakan Sheryl didalam laman sosial e-Harmony)

Kemudian apabila ditempat kerja, Walter berkenalan dengan bos baru di LIFE, Ted Hendrick yang dilakokan oleh Adam Scoot, bos yang menjengkelkan dan bersifat pembuli sedikit. Filem ni bermula penceritaannya di bilik stor negatif filem dengan Walter mendapat sebuah bungkusan daripada seorang jurugambar, Sean O'Connell yang dibawa oleh Sean Penn. Didalam bungkusan itu terdapat satu bekas yang mengandungi negatif filem dari sean untuk majalah LIFE dan terdapat juga dompet untuk Walter dengan kata-kata dari Sean.

Semua pekerja dikejutkan dengan keputusan syarikat untuk mengeluarkan majalah LIFE dengan isu terakhir sebelum majalah tersebut bertukar kepada majalah LIFE online. Walter diminta untuk menyiapkan kesemua gambar yang dihantar oleh Sean untuk keluaran majalah. Tetapi Walter tidak dapat menjumpai negatif filem bernombor 25. Dalam kekalutan itu Walter mula berbual dengan Cheryl dan memintanya mencarikan alamat Sean bagi mendapatkan negatif filem bernombor 25. Sebelum pengembaraan Walter bermula, Walter semakin rapat degan Cheryl dan Cheryl mendapati Sean berada di Greenland dan Walter terus mngembara ke greenland. Tetapi malangnya Sean sudah pergi ke tempat lain sebelum Walter sempat bertemunya. Di bar Greenland, Walter bertemu dengan seorang pemandu helikopter yang mabuk dan telah bergaduh dengannya, dan Walter mendapati ibu jari pemandu helikopter yang bekerja sebagai tukang pos itu memiliki ibu jari sama seperti gambar yang Sean kirim. Kemudian mendapat maklumat darinya tentang Sean, Walter diajak untuk ke laut mengirimkan barang bersamanya. Disini bermula kisah dramatik apabila Walter berbelah bahagi lalu berkhayal tentang Cheryl yang bermain gitar dan menyuruhnya pergi ke laut. Dilaut Walter menumpag sebuah bot menangkap ikan untuk pergi ke Iceland dimana Sean berada. Dan bila tiba di Iceland, terpaksa berebut sebuah basikal dengan krew-krew bot yang hendak ke kelab bogel.

Setelah berjaya sampai, Walter masih gagal menjumpai sean yang hanya dilihat kelibatnya berdiri diatas kapal terbang untuk menangkap gambar gunung berapi yang sedang meletus dan Walter terpaksa melarikan diri dari letusan itu. Walter pulang semula ke tempat asalnya dan mendapati dirinya telah dipecat. Walter berputus asa dan agak tertekan tentang hal itu dan telah membuang hadiah dari sean ke dalam tong sampah dirumah ibunya. Ketika duduk di hadapan piano milik ibunya, sekali lagi bahagian tepi piano itu menyerupai gambar yang dikirim Sean. Sebenarnya Sean pernah datang kerumahnya sebelum ini untuk melawatnya tetapi tidak bertemu. kali ini mendapat maklumat dari ibunya dan terus ke Himalaya untuk mendaki gunung, disana barulah Walter menjumpai Sean. Sean menyatakan negatif bernombor 25 itu berada didalam dompet yang dihadiahkan kepada Walter dan telah dibuang. Walter amat tekilan tetapi tidak ambil peduli setelah menjumpai makna kehidupan berbanding di LIFE. Walter pulang kemudiannya dan diberi semula dompet tersebut oleh ibunya dan memang terdapat sekeping negatif filem yang berbalut, tanpa melihatnya Walter terus menghantarnya kepada LIFE. Dan LIFE berjaya mengeluarkan majalah LIFE isu terakhir dengan bantuan Walter. Selepas itu Walter berdua bersama Cheryl dan telah singgah di sebuah kedai menjual majalah dan Cheryl amat terharu dengan muka depan majalah itu, isu terakhir yang didedikasikan kepada orang yang bekerja keras iaitu Walter. Rupanya negatif bernombor 25 itu adalah gambarnya sendiri yang diambil oleh Sean.

Filem ini bagi aku amat power juga, pasal Selalunya orang kenal Ben Stiller denga watak kelakar. Tapi dalam filem ni Ben amatlah lain walaupun heroinnya aku tak kenal. Lebih seronok lagi apabila Sean Penn ada juga dalam filem ni. Sean Penn ni aku kenal kerana filem yang diarahkannya Into The Wild yang juga filem kegemaran aku amatlah kick.

The Secret Life Of Walter Mitty adalah tentang filem tentang seseorang yang sebelumnya tiada pengertian hidup, tetapi menjumpai dirinya dan pengertian hidup didalam pengembaraan. Bermacam adventure yang dialaminya. Filem yang berbaloi untuk ditonton.




No comments:

Post a Comment