FOLLOW

Friday, 27 June 2014

Aku Ada Pendapat Sendiri Tentang Tudung

Kau ingat aku tak peduli langsung ke pasal tudung walaupun aku separa liberal  macam sesetengah penduduk dekat bangsar. Disebabkan aku ni orang melayu aku masih mempunyai sisi sifat konservatif yang masih belum neutral dari sifat melayu. Aku jarang ambil tahu tentang tudung tapi aku lihat tudung ada dimana-mana dan cerita ini tertumpu pada kaum perempuan sahaja, takkan lelaki pakai tudung kan? akward gila babi.

Pemerhatian aku dalam golongan melayu sekarang jika kau bertudung kau punya self-esteem akan menaik dan kau punya tahap nak dihormati menaik sikit. Jadi disebabkan ramai orang sekarang yang pakai tudung, maka banyaklah tudung yang macam-macam jenis dan gaya sehingga kau bukak blog pun tak berapa sedap pasal asyik cerita pasal tudung sahaja. 

Aku tak kisah sangat kalau kau nak bertudung atau tak, itu terpulang pada kau. Tapi aku ada rasa sikit perasaan tidak puas hati dengan scene bertudung ni. Bertudung zaman sekarang ni macam kau berada dalam zon yang baik sangat dan aku bengang juga dengan lelaki yang asyik beri pandangan yang perempuan bertudung itu, ini boleh buat isteri lah awek lah. Apa kau ingat perempuan tak bertudung jahat?

Dulu kalau kau perhati dalam cerita-cerita melayu klasik 70, 80,90an atau sebelum itu orang perempuan tak ramai sangat bertudung dan jika kau perhati lagi atau tanya orang lama, ustazah sekolah agama pun tak pakai tudung. Jadi datang dari celah mana pakai tu tanda dia baik? sedangkan tudung itu untuk menutup aurat sahaja.

Kemudiaan tahun 90an dimana zaman Anwar Ibrahim dalam UMNO dan ciri-ciri islamik yang dibawakan oleh Anwar Ibrahim (aku bukan penyokong mana2 parti jadi jangan kaitkan politik lebih2) maka telah ramai wanita-wanita bertudung kerana dizaman itu jika bertudung kau disamakan dengan orang-orang dakwah.

Zaman sekarang semua itu dah tiada. Sesiapa yang nak pakai tudung boleh pakai dan siapa yang tak nak pakai terpulang. Aku lihat sekarang pemakaian tudung adalah sebagai trend yang tengah up. Kebanyakan perempuan tiba-tiba pakai tudung. Sudah tentu kebanyakan perempuan menjadikan Felexia Yeap sebagai epitome mereka atau artis perempuan lain yang dah convert pakai tudung. 

Kau ada search Google atau cari tak yang tudung ni datang dari mana asal-usul dia? Tapi aku yakin yang ada dalam Google hanya dipenuhi asal-usul tudung bawal. Kenapa boleh panggil tudung bawal dan macam-macam lagi la. Orang bukan concern pun dari mana asal-usul pakai tudung ni, tau pakai sahaja.

Macam yang aku cakap, terpulang atas kau la nak pakai atau tak. Tapi yang aku bengang yang baru bertudung ni bila dah convert bertudung macam lain macam pulak dia punya perangai, semua orang dia nak suruh pakai tudung. Aku tak kisah kalau kau dah memang bertudung dan kau dah neutral dengan keadaan bertudung. Kau kena ingat tudung bukan senjata nak perlekehkan orang. Macam Abby Abadi, semua artis kena tarbiah dengan dia.

Bertudung masih belum cukup mencerminkan sifat seseorang perempuan. Aku kenal ramai perempuan bertudung dan tak bertudung. Bagi aku sama sahaja yang membezakan mereka hanyalah tudung. Tudung hanya untuk tutup aurat dan lagi satu benda yang kau tak perlu deny, tudung adalah trend zaman sekarang. 

Macam mana kalau kau lihat perempuan bertudung tapi merokok? Aku dengar dari mulut sesetengah lelaki yang kata "harap bertudung je tapi isap rokok". Atau dari mulut perempuan sendiri "baik tak payah pakai tudung kalau isap rokok". Aku fucked up bila dengar penyataan ni. Apa kejadahnya kau perlu libatkan tudung dengan perangai ni.

Aku tau semua orang ada pendapat sendiri tapi kau jangan samakan tudung dengan sifat seseorang. Ini bukan tahun 90an. Lagi satu aku perhati, ada orang perempuan takut dan segan nak pakai tudung pasal nanti kena kutuk.  Orang melayukan suka judge. Tapi kau kena ingat apa yang aku cakap tadi pakai tudung belum cukup mencerminkan sifat seseorang dan pakai tudung tak semestinya kau baik dan kena jadi baik.






3 comments:

  1. Pada aku perempuan yg bertudung merokok tu mungkin sblm bertudung lagi da merokok kot.isteri aku pon merokok sejak berkawan dgn aku lagi.dn skrg dia da bertudung dn still smoking.susah nk berenti habit merokok tu.ketagori heavy smoker.
    Aku terpaksa memahami keadaan dia pasal aku jg merokok.bkn senang nk berenti mendadak tabiat merokok ni.kena amek masa..

    ReplyDelete
  2. Merokok bkn nilai seseorang tu jahat or baik. Isteri sy perokok. Umur 23 tahun. Dia start merokok sejak form 1. Saja nak cuba2 katanya. Last2 terus jd habit. Isteri sy bkn jenis yg liar or sebagainya. Orangnya lemah lembut, baik, ayu, bertudung pula tu. Tp kuat merokok sekotak sehari. Ada gak la suruh dia stop tp susah katanya sbb dah habit. Tp sy menerima seadanya. Walaupun sy ni tak merokok, sy tak kisah dia merokok sbb sy faham keadaannya. Asalkan dia baik

    ReplyDelete
  3. Bini aku merokok gak. Prwatakan die lemah lembut je, slalu pakai baju kurung n mmg org yg brtudung. Tp kuat merokok smpi nk habis 2 kotak sehari. Hisap marlboro plak tuh. Aku yg laki ni pun tak merokok. Tp aku still can get along with her. Aku faham jiwa perokok mcm mane. Dh 10 tahun kot die merokok. Kategori perokok tegar la bini aku ni. Skang die umo 25. Adik pompuan die umo 20 pun merokok gak. Pakai tudung gak lemah lembut mcm die. Tp taktau la bape batang sehari. Family die jenis tak kisah

    ReplyDelete