FOLLOW

Tuesday, 18 February 2014

Kenapa Melayu Selalu Konservatif


    Aku pernah berniat ingin mewarnakan rambut aku warna hijau tetapi aku lupakan sahaja kerana masa itu aku tinggal dikampung. Jadi aku tidak Punk sepenuhnya waktu itu.
Bila kau tinggal dikampung kau tidak boleh terlalu menonjol, kenapa???
sebab mereka konservatif.

    Lupakan soal rambut hijau atau Punk. Hari ini aku tengok masyarakat di bandar juga tidak semua berfikiran terbuka atau bersifat liberal. Aku pasti kalau kau berambut Hijau sesetengah mereka akan memandang pelik. kerana apa??? mereka konservatif.
Bukan itu sahaja, dalam rutin kehidupan mereka juga konservatif.  Kau kalau perempuan tidak boleh menyanyi didapur, bagaimana jika kau adalah seorang punkroker perempuan.?

   Bangsa melayu hari ini masih percaya pada malam jumaat ada banyak hantu atau buat anak, ini takpa. masih percaya benda karut lebih-lebih atau Ocultism. Sini ada hantu sana ada hantu dalam Pavillion ada hantu dalam I setan ada setan. Sampai nak kencing atas tanah pun puh kanan puh kiri.

   Kembali kepada kehidupan moden yang serba liberal: Aku rileks je jika lihat orang pulang dari clubbing baik lelaki atau perempuan mabuk dan buat tak tau sahaja. Ini perkara biasa. Atau setengah yang masih konservatif akan mengutuk, "Bodoh perempuan ni tak reti balik rumah ke. Dah lah mabuk terselak sana sini, rosak-rosak... tak boleh buat bini ni."
Bagi perempuan, "Macam ni nak buat laki, dengan perempuan kehulu kehilir, mabuk pulak tu keluar disko"(yang konservatif akan menyebut disko bukan clubbing) Atau dalam hati mereka "kan best kalau dapat pergi disko."

   Sama juga kalau artis kantoi pakai bikini, padahal sekadar fhotoshot tepi kolam renang, orang akan kutuk artis ini dalam blog-blog. Erra Fazira bercerai orang akan menyibuk, jadi masyarakat yang obses dengan penceraian artis. Orang cina atau india tidak ambil peduli tentang hal ini tetapi orang melayu akan peduli, kerana mereka konservatif.

   Masa sebelum merdeka orang melayu majoriti tempatnya dikampung. Dibandar tak ramai sangat. Yang di kampung ini adalah konservatif dan yang dibandar separa konservatif dan liberal. selepas merdeka dan rusuhan kaum tahun 1969 ramai masyarakat melayu dikampung dipindahkan ke bandar seperti Kuala Lumpur bagi mengawal tregedi seperti 1969 berulang. Walaupun berpindah dibandar, mereka tetap konservatif, tidak bergaul sangat dengan bangsa lain kerana kesan dari dasar pecah dan perintah masa zaman kolonial british sebelum merdeka. Berbeza dengan kaum melayu yang telah berpindah awal sebelum merdeka, mereka telah matang dengan kehidupan bandar ketika telah merdeka dan lebih terbuka mindanya.

   Jadi pehijrahan besar-besaran itu membuatkan sifat konservati itu masih berbaki lagi didalam masyarakat bandar hari ini. Tidak boleh buat konsert sampai pagi di stadium Bukit Jalil kerana penduduk akan bising. Dekat U.S rileks je buat konsert sampai pagi. Tidak boleh tanggal baju semasa buat konsert nanti kena Gam. Red Hot Chilli Paper steady je aku tengok tak pakai baju dan tak pernah pakai baju.

   Itu belum sentuh pasal ketuanan melayu lagi, semua orang melayu yang konservatif akan buat report polis pasal kau tegur raja buat salah. belum kutuk lagi. Kemudian orang melayu akan tunduk kalau ahli politik guna agama untuk mempengaruhi mereka. Parti politik pun konservatif asyik isu-isu yang bodoh je dimainkan. Kalau pebangkang cakap sikit terus report polis atau pegang sepanduk beramai-ramai "Kami bantah Anuar".

     Senang cerita orang melayu masih konservatif lagi dalam apa jua keadaan. Mereka terlalu berpegang oleh adat, bangsa dan agama terlalu berlebihan.