FOLLOW

Tuesday, 25 February 2014

Diantara Tahap Truth, Rebel dan Punk

    "Are you ready for Rock 'N' Roll!!!." Jerit aku ketika bangun tidur.

    Here Comes Your Man dari The Pixies sedang berkumandang. Pagi yang deep mungkin.
 
    Aku keluar dari bilik dengan menendang pintu rumah sewa sebagai tanda semangat. Kemudian aku menjenguk di sekeliling ruang tamu takut-takut jika teman serumah baru buat parti tanpa mengejutkan aku, Allhamdulillah, masih bersih seperti semalam. Sejauh mana Punk pun kau, rumah harus kemas. Jika tidak Punk kau tak kemana.

    Kah! kah! Kah!

    "Hey dude, Let's having some fucking breakfast!"  

   Tommy, seorang teman rumah yang berjiwa rebel. Tapi Tommy bukan orang putih. Nama asalnya adalah Tarmimi dan berasal dari Perak. Rambutnya kini bewarna hijau dan akan dipotong tidak lama lagi kerana ayah teman wanita beliau tidak boleh masuk dengan rambut hijau Tommy. Teman wanitanya dan keluarga berasal dari Ampang dan sungguh tidak open minded tentang rambut hijau ni.

    "macam mana Tommy dengan acara yang kita nanti-nantikan tu, kau dah dapatkan tiket ke? Aku sambil mengunyah lempeng pisang D.I.Y buatan Tommy, kan aku dah kata Tommy bukan oarang putih.

    "Soal itu kau jangan risau, aku dah suruh makwe aku ambilkan tiket untuk acara tu. Free of charge, dia kan kerja dekat TM. TM jadi sponsor untuk acara ini!."  Mempunyai teman wanita itu memang beruntung.


STESEN LRT BUKIT JALIL

    Petang itu aku dan Tommy muncul di khalayak umun di LRT Bukit Jalil dengan imej dua orang yang berada di tahap yang sukar digapai. Baju Joy Davidson Tommy yang dibeli di sebuah kedai bundle di klang gah disarung, kaca mata hitam Rayban berstrap merah memang anggun. Manakala aku pula berbaju Pink Floyd semasa mereka melakukan tour muzik tahun 81 dan berkaca mata hitam wayfarer dari Rayban. Kami mengenakan jean denim lusuh dan bersepatu Converse. Cukup mengambarkan tahap truth!.

    "Tu,tu,tu group perempuan tu tengok kita lah. Aku boleh je kalau nak ada 3 makwe!" Tommy yang menurunkan sedikit kaca matanya untuk membalas tenungan group perempuan itu.

    "Rileks Tommy, Buat tak layan je. biar diorang kagum, bagi spirit ingin tahu diorang dekat kita menaik sikit. Bukan susah pun nak cari diorang, nanti jumpa kita tegurlah, cara ini efisien kau tau tak!" Kah kah kah.

    Here we come Rock The World 13! Give your salute! jerit kecil aku ketika mula turun dari tangga LRT. Acara muzik tahunan yang dinanti-nantikan.
    
    Kemudian aku dan Tommy terus ke tempat orang menjaja makanan. Kami order air dan melepak di tepi. Pemerhatian aku sebagai seseorang yang begitu deep amat berlainan sekali ketika menghadiri Rock The World 13 ini, berbeza dengan versi 1 hingga 12. Aku perhatikan otai-otai sudah ramai tidak kelihatan. Semuanya muka baru nak up.

    "Woi kau tengok mamat tu, macam mana dia nak Moshing kalau dia bawak makwe?" Hairan Tommy dengan perkara yang sudah biasa beliau lihat.

    "Entah, kadang-kadang orang tak faham. Diorang selalu anggap tempat begini adalah tempat rekreasi." Jawab aku tenang seperti air di kali.

    "Nah, sekarang kau tengok pula perempuan bertudung tu Tommy, apa mereka buat dekat sini? Aku bukan nak judge orang tapi mereka tahu ke ini tempat apa? mereka boleh masuk ke benda-benda macam ni?." Sambil cucuh rokok.

    "Well, sejak Yuna, Najwa Latif dan Ainan Tasnim benda ni biasa. Dari Rock The World 9 masa Yuna lagi aku perati, kau ingat tak? Takkan tak ingat dengan perempuan bertudung yang kau kenal sekarang, dari mana??? Rock The World!. kemudian muncul ramai artis bertudung dengan gitar mereka, dan apa yang kau perhatikan sekarang adalah effect dari semua tu. Diorang tak pergi konsert Maher Zain je, konsert Rock The World macam ni pun diorang ada. Bukan semua, tapi sesetengah diorang boleh masuk kepala dengan konsert macam ni. Sapa cakap makwe bertudung tu tak rock??? ramai orang silap tentang ni." Sungguh bersemangat Tommy dengan pernyataan beliau.

    "Cilake!, deep juga ya kau Tommy."

    Hari semakin gelap, tapi kami masih berada di luar konsert. Sebagai orang yang masak, kami sudah tahu jika masuk awal hari kau tidak lah sebagus mana kerana Band yang cool akan main lewat sikit. Power betul kata-kata ni.

     "Jom woi, kita lepak dengan group perempuan dekat LRT tadi. diorang ada dekat tempat jual air sebelah sana." Tommy yang kembali dari tandas.

     "Macam mana tiba-tiba boleh main lepak je ni? Nanti tak pasal-pasal jatuh air muka seorang yang rebel." Aku sedikit gusar.

     "Apa ada hal, aku dah slow talk tadi dekat tandas. Aku jumpa salah sorang dari diorang tadi. Jom!." Tommy, semangat betul beliau. Masa dekat LRT tadi aku main-main je.

    "Kau kalau nak bermakwe 2,3 semangat betul, ye dak?" Tipikal Tommy.

    Aku sedikit gugup bila berhadapan dengan sekumpulan perempuan cantik. Tapi demi sifat rock aku kekalkan spirit diri. Kemudian ianya beransur hilang. Mana boleh kalah ye dak?

    Perempuan berbaju kotak " Wow ni lah two guys dekat LRT tadi, bukan main sombong ya."

    "Scores Tommy, scores....kan aku dah kata masa dekat LRT tadi, ianya efisien." Berbisik dalam hati aku.

    "Ya,ya, kau betul, kau betul." Balas Tommy dalam hati juga. Cilake!.

    "Mana ada sombong, tak perasan tadi." Perbualan biasa dari gua, Tommy hanya senyum dan perhati yang mana satu beliau nak buat makwe. Cilake beliau sejak akhir-akhir ni.

    "So you guys mamat indie ni datang dua orang jeke? Kenapa tak masuk lagi?" Pertanyaan dari gadis berbaju biru, Diana.

    "Yup, kita berdua je. Manalah ada awek nak ajak. Sapa lah yang sudi dengan kita." Sejak bila Tommy guna perkataan awek? dan tipikal lagi klise sungguh ayat beliau.

    "By The Way, korang datang nak dengar siapa? Sound yang macam mana?" Aku membuka pertanyaan superb.

    "Kita datang nak dengar sound punk. Ada juga yang suka sound Brit pop" Jawab gadis lagi seorang, Zara.

    "Kita nak tengok Yuna, best..." Liya, gadis bertudung.

    "Senang cerita semua band indielah" Kembali kepada gadis berbaju kotak yang mula-mula menyapa kami, Shikin. yang lain tak bercakap ke?

    "Bro, korang pulak datang nak layan muzik apa?" Sejak bila group ni ada lelaki aku pun tak tahu.

   "Kami layan je." Tommy.

   "Oh ingat datang nak layan muzik indie, tapi sini banyak underground bro." Are you kidding me. 

   "Owh, hahaha tak tau pulak,  tapi apa beza indie dengan underground.?" Duga aku setelah merasakan mereka ini pelik.

   "kau tak tau bro? indie ni dia macam Bittersweet,couple,Grey Sky Morning,the Times. Underground pulak macam Buknface, love me bucth, Seventh colour t-shirt, macam tu la lebih kurang." Jawab lelaki loser itu.

   "Macam mana dengan Punk pulak?" Kini giliran Tommy pula bertanya.

   Gadis yang sejak tadi diam bernama Fikah, kini dia pula bersuara. Mungkin yang paling arif diantara mereka tentang punk. " Punk ni dia pelik sikit, benci kerajaan, tak suka mainstream, pakai boots rambut pacak. tapi ada yang tak pacak. Kalau muzik pulak mesti layan Sex Pistols, Black Flag, Ramones, macam-macam lagi la. Kalau malaysia bunkface la." yakin benar si Fikah ni.  

    Aku saling berpandangan dengan Tommy, dengan siapa kami sedang bersembang sebenarnya kami pun tidak tahu.

    "Owh shit Tommy!"


KahKahKahKahKahKahKah.....................!!!!

    Ini perkara yang boleh bikin orang yang berada di tahap truth geram dan penuh amarah. Aku gelarkan orang begini masih berada di tahap tolol, budak baru nak up dalam scene ini. Kadang-kadang orang salah faham dalam sesuatu benda atau tersalah ambil kira. kemudian benda tu jadi fuck up!.

    "Well guys, Korang ni baru nak up ke atau korang memang dungu aku pun tak tahu, but study harder fellas." Tajam kata-kata Tommy. Sudah cukup untuk membuatkan mereka melopong. Tambah-tambah lagi melihat rambut Tommy yang bewarna hijau.

    "Listen up maggots, Ambik ini sebagai pengetahuan sebelum korang langkah masuk dalam konsert nanti. By the way kami bukan mamat indie atau mamat itu ini, that so fuck up!. Indie itu bukan manusia tapi produk bangang. Dan tak ada beza pun indie dengan underground. Kalau ada pun, sikit" Tarbiah rock 'n' roll dari aku.

   "Underground dan indie ni adalah benda yang sama je. Buat benda yang sama. untuk pengetahuan poser macam korang Bunkface tak lah indie mana pun. Korang akan tahu indie ke tak indie ke bila sesuatu produk itu berada ditahap truth atau tidak, kalau semua sendiri itu indie tahap truth, DO IT YOUR SELF!!!(D.I.Y). karipap juga boleh dibuat secara indie atau underground made. Atau juga bikin sesuatu bersama tapi masih mengekalkan indie itu sendiri. dan babi apa indie masuk melodi!" Sambung Tommy sedikit tekan.

    "Dan punk itu tak semestinya Rambut pacak atau pakai boots, take that's note girl. Punk itu adalah jiwa kita. tak semestinya bila kita punk kita akan benci kerajaan atau peduli apa dengan mainstream atau tak. Punk is the way of life kids!. Punk tidak terbatas kepada muzik atau fesyen sahaja, kita membawanya sama seperti nilai demokrasi atau republic sekali pun. Dan bila kau adalah punk tak semestinya juga kau kena layan band muzik Punk macam Sex Pistols, Dead kennedys, the Clash atau Ramones. Kau ingat, Nirvana tak punk ke walaupun diorang Grunge. Kau ingat radiohead tak punk walaupun diorang alternatif rock??." Aku sebagai orang yang berada di tahap truth membrain wash kutu-kutu baru nak naik ni.

    "Hah, awak yang bertudung tu, Tak semestinya pakai tudung tak boleh jadi punk." Aik Tommy.

    Kami beredar dari situ dengan penuh legend. Aku dan tommy senyum puas. Waktu untuk menyaksikan konsert rock sebenar sudah tiba. Dan sedang spirit rock menaik tu-

   "Ah, mana pulak ni... Kejap,kejap." Tommy rungsing.

   "Kau ni dah kenapa Tommy" melihat Tommy, jadi lagi rungsing dari Tommy.  

   "kejap, kejap aku check betul-betul."

   "Kau jangan buat hal Tommy, sia-sia je jadi lagend malam ni."     

   "Sorry la woi, Aku tertinggal tiket la."

   "Fuck Tommy, fuck. Macam mana kau boleh tertinggal tiket untuk acara penting macam ni.!" Tekilan itu semakin membanyak.

   "So mana tiket kita, kau letak dekat mana???."

   "Tiket dekat makwe aku la. Aku lupa nak ambik semalam masa pergi dating. Dia cakap dia nak ke kuantan dengan family dia, pasal ada kenduri kahwin sepupu dia."

  "Kau memang babi Tommy!!!!!!. 

    Malam itu kami sebagai orang yang begitu truth, deep, punk, rebel, lagend, sukar digapai, hanya mendengar konsert tanpa melihat dari stesen LRT bukit jalil. Bila habis konsert kami terus naik LRT.  

   Orang dalam train "Wah bro, baru balik konsert ke? best ke? best tak?"  Babi.