FOLLOW

Wednesday, 26 February 2014

Aku Dan Menjadi Bloglist Dalam Blog Orang Lain


    Apa benda paling deep yang terjadi dekat kau???

    Teman lelaki bagi jersi bola?

    Tengok Ariana Rose? (Aku benci Ariana Rose)

    Kawan belanja buku?  

    Pergi kenduri kahwin makwe?

    Atau makwe bagi rumah? (ini cilake, Kah Kah)

    Tak kira lah macam mana deep pun, aku pasti masing-masing  mempunyai peristiwa yang deep. Kalau kau tak berapa deep sangat, perkara deep tu tetap pernah berlaku dekat kau sejauh mana pun kau cuba menafikannya.( nampak tu, deep tu)


    Apa pun aku harus ucapkan terima kasih kepada Precious Cla kerana sudi jadikan blog aku sebagai bloglist dalam blog dia. Walaupun blog aku serupa iblis juga aku perati kadang-kadang selain tiada pembaca tetap.

    sebagai seseorang yang memahami dunia sikit-sikit, aku rasa hendak menangis selepas melihat blog aku telah menjadi bloglist dalam blog walkstatic.blogspot.com. Itu pun selepas hampa mencari buku Charles bukowski dekat PTS. Diorang tak jual ke apa? Diorang tak tahu ke Charles bukowski ni power?

   Tapi mujur perkara ini deep. Itu pun selepas 1 tahun perkara deep yang sudah. Dan perkara ini terlebih dahulu mendahului BR1M. Apa cilaka aku tak dapat BR1M lagi ni?.
Sekali lagi aku berterima kasih dan menganggap ini adalah penhargaan dia. Dan akan berusaha lebih. hu..... bukan main.

   Sebelum terlebih deep, aku akhirinya dengan poem ala-ala Edgar Allan Poe, kasi spirit art menaik sikit dengan poem aku buat ni.

    Dalam visi itu penat ku susun kata
    Hati ku bukan meratapi cinta
    Tapi dunia yang ku kisahkan
    Perit sungguh hidup

    Aku tahu berjalan tak perlu diajar
    Bukankah kau juga tahu berjalan
    berjalanlah dengan apa yang kau percaya
    Hidup ini penuh cara

    Melalui itu ku redah
    Pengertian hidup menanti ku
    Puas ku cari dari kepercayaan
    Bangkit nanti jangan jatuh lagi

    Bukan mahu menelan dunia
    Mencabarnya itu adalah perjalanan
    Diri yang hilang kepelusuk alam
    moganya kembali

   Deep betul.