FOLLOW

Monday, 3 March 2014

Hipster Sejati


   Aku dah penat dengar perkataan Hipster ni dari mulut orang yang selalu proclaim orang yang berfesyen begitu begini digelarkan Hipster. Kalau berambut undercut atau pakai glasses besar adakah ini Hipster? Sekarang simpan misai tebal dan berkumis pula atau gaya lama yang kembali semula yang bersifat revivalist.

   Aku tak nafikan Hipster ini adalah subculture yang popular dan bersifat moden atau urban, bercita rasa bagus baik dari segi fesyen, music atau political view sekalipun. Tidak sukakan perkara yang terlalu mainstream(ini Hipster sejati) tapi sejauh mana Hipster sekarang menolak mainstream? sedangkan Hipster itu sekarang adalah budaya yang mainstream. Sebab itu kau tengok orang berambut undercut, glasses sebesar pinggan, seluar singkat atau benda popular sejak kebelakangan ni. Kemudian orang akan cakap ini Hipster.

   Bagi aku Hipster sejati adalah kelompok yang menaikkan sesuatu budaya atau mempopularkan sesuatu sehingga menjadi budaya- lebih akrab dengan muda-mudi, kemudiaan bila budaya tu sudah popular mereka Hipster akan beralih arah kepada sesuatu yang belum mainstream atau belum menjadi budaya ikutan. Tak semestinya hipster tu pakai i-phone atau berskarf. Hipster sejati sebolehnya mengelak untuk menjadi mainstream bila dah mainstream.

   Kelompok mereka ni lebih bersifat seni. mereka adalah kelompok kreatif. Seni tak terbatas kepada satu, merangkumi juga fesyen-fesyen yang kau lihat hari ini kebanyakannya lebih dipopularkan oleh para Hipster dari barat. Tak kurang juga dengan Hipster-hipster asia dari negara popular seperti Korea atau Singapore. Seni-seni rekaan juga banyak dipengaruh oleh Hipster. Seperti aku cakapkan tadi, sehingga perkara ini menjadi budaya dan Hipster sejati sudah jauh berkembang kearah yang lebih progresif. Hipster ni boleh memajukan industri seni dalam negara tahu tak? mereka yang lebih arif tentang apa yang sesuai apa yang tidak. Kalau tidak mereka takkan jadi budaya. contohnya baju design yang macam mana nak dikeluarkan, kasut macam mana kita nak pasarkan, handphone yang berkemudahan macam mana patut kita wujudkan. Tapi seni asia lebih bersifat industri, tidak seperti barat, seninya bersifat estetika. Maksud aku industri tu penting tapi tak perlulah lebih bersifat industri sangat.

   Bukan setakat fesyen, tapi dalam aliran seni lain seperti muzik, filem juga banyak dipengaruhi oleh mereka sejak awal 2000. Hipster sudah lama wujud tapi 2000 atau mellenium lebih rancak pergerakannya dan pengaruhnya. Kau tak akan faham apa yang mereka dengar dan apa yang mereka lihat. Seperti muzik mereka lebih menjurus kepada muzik yang tidak mainstream atau tak terlalu mainstream. Band-band alternatif seperti MGMT, Acade Fire, Radiohead, Franz Ferdinand, Yeah Yeah Yeahs, The Strokes dan banyak lagi band-band alternatif rock yang kau jarang dengar mungkin. Tapi kebanyakan band-band ini sudah ada yang mainstream kerana band-band ini banyak dipopularkan oleh Hipster, aku amat yakin dengan perkara ini. Dan sekarang muzik yang bersifat Post-Rock pula digilai oleh anak muda seperti Explosion In The Sky atau Sigur Rós. Dan muzik elektronic seperti Daft Punk atau Icona Pop pula seperti sedang menjadi trend yang dibangkitkan mereka. Hipster sejati ni mereka lebih sukakan benda yang berunsur retro, atau benda yang sudah popular dan mainstream waktu 70-an hingga 90-an seperti muzik atau fesyen itu sendiri, kebanyakannya adalah trend muzik dan fesyen terdahulu yang dilahirkan semula oleh pengaruh mereka.

   Dari segi filem pula bagi aku Hipster sejati turut mempunyai cita rasa yang bagus, mereka tak tengok Ariana Rose. Tapi mereka lebih mengagungkan karya-karya yang berunsur berat. Kalau di malaysia aku kira filem seperti Bunohan atau Laga ini mendapat perhatian.  Jika di eropah karya-karya seperti Vertigo oleh hicthcook dan Doctor Zhivago oleh Boris Patersenak adalah filem wajib tengok bagi Hipster sejati. Pernah tengok??? kalau pernah tak semestinya kau Hipster. Tapi filem Doctor Zhivago ni best juga pasal ada kritik tentang parti Bolshevik.( tak tau sila google). Kemudian filem Fight Club yang datangnya dari novel Chuck Palahniuk dan di filemkan, filem ini pun best juga pasal mengkritik kebejatan di sekeliling kita dan lakonan Brad Pitt bersama Edward Northon. Jika filem-filem lain bergantung kepada minat seseorang Hipster sejati tu sendiri. Contohnya Into The Wild, The Perks Of Being A Wall Flower atau filem Hipster sendiri, I A'm Not a Hipster yang dimana seorang yang lebih kurang Hipster menafikan yang dia adalah seorang Hipster di scene muzik indie di San Diego, Memang Hipster sejati.

   Kemudian beralih pula kepada pengetahuan seseorang Hipster sejati. Pengetahuan Hipster sejati berbeza dengan Hipster jadi-jadian dan jika kau tahu tidak semestinya kau adalah seorang Hipster ok. Mereka kenal orang yang kau tidak kenal atau mereka lebih berpengetahuan falsafah daripada kau tentang Existentialism, Communism, Anarchysm, dan mengenali Friedrich Nietzsche, Soeren Kierkegaard dan Jean Paul Satre bagi falsafah Existentialism. Kemudian Karl Marx, Friedrich Angel bagi Communism yang merangkumi sejarah sehingga era Mikhail Gorbachev. Bagi Anarchysm pula sudah tentu Mikhail Bakunin dan Sigmund Freud bagi Psychology, Pengetahuan tentang ID manusia. Dan juga mengenali orang-orang lain seperti Hedeigger, Camus, Chomsky, Derrida, Rene Descartes dan banyak lagi.  Ini hanya buat Hipster sejati sahaja, bagi aku Hipster sejati itu banyak mengetahui perkara-perkara seperti ini. Hipster sejati bukan Wak Doyok and friend ok? 

   Mungkin kau tertanya-tanya mana pergi gambar Hipster sejati dalam entry ni. Aku tak jumpa gambar yang sesuai untuk di 
upload ke entry ini. Mungkin watak Hipster sejati itu terlalu cool sehingga tiada gambar yang sesuai. 

(bukan Hipster sejati)